"Cakap besar" bukat tiket tumbangkan BN
Kemenangan Pakatan Rakyat (PR)-DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu
Sarawak sudah tentu sesuatu kejayaan yang perlu dibanggakan oleh PR yang
bukan sahaja keputusan itu menjadi pemangkin kepada kekuatan PR diwilayah
Borneo (Sabah dan Sarawak) sekaligus ia disifatkan sangat signifikan untuk
merangkul lebih banyak kerusi Parlimen PR bagi menubuhkan kerajaan baru
dinegara ini selepas kerajaan BN ditewaskan.
Sungguhpun begitu kejayaan di Sibu tidak perlu dijadikan sandaran untuk 'bercakap
besar' kerana ia sekadar merupakan suatu 'gegaran kecil' ibarat gempa bumi
dimana gegaran itu tak sampai pun mencecah 1.5 skala ritcher (suatu skala
bacaan minimum gegaran kuat). Namun begitu ia telah menunjukkan kepada
rakyat diwilayah Borneo bahawa PR berpotensi besar untuk menggugat kekuatan
BN dwilayah ini pada PRU13.
MANAKALA keputusan ketika prk Parlimen Hulu Selangor iaitu sebelum prk
Parlimen Sibu dimana calon PR-PKR Dato' Zaid Ibrahim tewas lebih seribu
majority kepada calon muka baru BN-MIC, tetapi para penganalisis politik
tanah air menyifatkan Zaid bukannya kalah dalam prk itu sepertimana yang
digembar gemburkan oleh BN, malah sebenarnya undi PR-PKR telah meningkat
jika dibandingkan daripada PRU12.
Konklusinya, adalah jelas menunjukkan bahawa 53 peratus pengundi Melayu
diprk Parlimen Hulu Selangor telah mengundi PR-PKR, manakala calon MIC Kamal
hanya mendapat 15 peratus undi Melayu, India 20 peratus Cina 10 peratus dan
undi selebihnya yang memenangkan MIC tidak dikenal pasti datang dari arah
kumpulan mana.
Dalam pada itu, perkara yang amat menggerunkan setiap kali prk amalan RASUAH
lah satu satunya musibah yang mencabuli pemikiran rakyat yang sepatutnya ia
menjadi musuh No.1 negara, tetapi malangnya ia menjadi senjata No.1 kerajaan
BN untuk digunakan menumpas lawan politiknya.
Prk Parlimen Sibu dan Hulu Selangor penyakit RASUAH bukan menjadi suatu
RAHSIA lagi dikalangan rakyat malah turut menjadi topik perbualan dikedai
kedai kopi dan warung warung dan tidak cukup jelas lagi ia turut berlaku
dimajlis majlis ceramah perdana seperti yang rakyat saksikan diTV1,TV2,TV3
dan AWANI.
Akhirnya, kelibat mereka (BN) telah terperangkap diprk Parlimen Sibu dimana
rakyat khususnya para pengundi Parlimen Sibu bertindak dengan berani memilih
langkah yang tepat sekali apabila rakyat Sibu menolak kerajaan yang KORUPSI
dan sebaliknya memilih PR-DAP yang satu satunya parti yang berjuang
berlandaskan KEADILAN untuk semua kaum dan berjuang menghapuskan RASUAH,
seterusnya berjuang untuk mengembalikan sistem Perundangan dan Kehakiman ke
landasan yang betul.
Episod certia DAP Sabah selepas kemenangan PR-DAP PRK Sibu
Selepas kemenangan calon PR-DAP prk Parlimen Sibu, keghairahan segelintir
pemimpin DAP Sabah kelihatan syok sendiri sehingga ada pemimpinnya terlupa 'siapakah
dirinya yang sebenar'. Malahan pemimpinnya seperti Dr Edwin Bosi merasakan
seolah olah DAP Sabah sudah terlalu 'Kuat' selepas kemenangan DAP dalam prk
Parlimen Sibu.
APA TIDAKNYA, selepas beberapa hari keluar dari perut kapal terbang 'Airbus'
dari Kuching ke Kota Kinabalu, dengan lantas Bosi yang politiknya sudah Basi
mengungkapkan pula kata kata berbentuk 'sinis' namun 'pedas' kepada rakan
seperjuangan dalam pembangkang SAPP (bukan gagasan PR) yang menyarankan
wakil wakil rakyat SAPP letak jawatan bagi memberi laluan kepada 'pilihanraya
kecil' sebagai menguji kekuatan pembangkang diSabah.
"Apakah saranan Bosi itu boleh dipandang masyarakat penyokong SAPP sebagai
lojik? Apakah mungkin Bosi benar benar serius atau sekadar mengejek SAPP
kerana Bosi mendabik dada konon DAP sudah kuat sepertimana yang terbukti
diprk Sibu."
Terdapat banyak andaian disekeliling masyarakat yang tidak gemar melihat
kelibat pemimpin 'sarcastic' seperti Bosi lantas berfikiran negatif
terhadapnya, malah ada yang sudah berkira kira akan menghukum Bosi dimana
sahaja ianya bertanding pada PRU13 tidak kira atas tikit apa digunakannya.
Mereka berkata bahawa setiap yang 'egoist' akan menerima pembalasan 'si
pitung'.
TIDAK ADA SUATU YANG PERLU DIBANGGAKAN SANGAT meskipun DAP memenangi prk
diParlimen Sibu, namun perjuangan PR untuk merebut kerajaan dari tangan BN
masih jauh dan perlu mengharungi onak dan duri untuk sampai ke matlamat
perjuangan.
SEBALIKNYA apa yang perlu PR lakukan ialah kesepakatan perjuangan dikalangan
gagasan Pembangkang termasuklah SAPP, Bersekutu dan lain lain (jika ada)
perlu digarap semula untuk mengumpulkan kekuatan bagi menumbangkan kerajaan
BN. Perlu diingat bahawa sejarah telah membuktikan kekuatan DAP diSabah
sejak berjuang bersendirian disini lebih 20 tahun lalu, jangankan menumbang
BN malah menggoncangkan BN pun belum tentu.
Oleh: GONOD M |