|

2010 Jun 2 - BN sudah nazak, beri peluang kepada PR
BN sudah nazak, beri peluang kepada PR
Wednesday, 02
June 2010 00:03
Oleh: FAIZAL OKADAU
KALAU rakyat Malaysia tidak sanggup menghadapi pengurangan subsidi di mana
antaranya minyak, tenaga elektrik dan tol perlu dinaikkan bagi membantu
menjimatkan wang kerajaan, negara ini boleh jatuh bangkrap menjelang 2019.
Mesej ini disampaikan secara terbuka oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Idris Jala khamis lalu. Mesej ini jelas menunjukkan
Kerajaan Pimpinan Barisan Nasisonal sudah hilang arah dalam mendapatkan
hasil untuk mengurus negara kecuali dengan cara membebankan rakyat.
Malah, rakyat sering dimangsakan oleh Barisan Nasional, UMNO apabila
negara menghadapi krisis kewangan. Sedangkan gaya hidup dan cara
perbelanjaan pimpinan BN masih dalam keadaan mewah. Demikian luahan Datuk
Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ketika berceramah di Tawau, sabtu.
Beliau melahirkan keyakinan, kata-kata Datuk Seri Idris Jala itu akan
menjadi kenyataan jika BN terus diberi kuasa memerintah. Pimpinan BN
mendabik dada bahawa mereka bijak mengurus tetapi hakikatnya mereka
terlalu lemah dan naif dalam mengurus harta negara. BN sanggup
menghalalkan judi bolasepak demi mengaut keuntungan sekalipun terpaksa
mengorbankan keruntuhan akhlak dan bercambahnya jenayah dalam negara.
"Penyerahan dua telaga minyak yang bernilai 360 bilion kepada Brunei dan
tanah KTMB kepada Singapura juga merupakan bukti yang kukuh bahawa BN
sudah tidak ketahuan dalam mentadbir negara. Segalanya sanggup dikorbankan
asalkan mereka boleh terus berkuasa," tambah beliau lagi.
Daya juang pimpinan BN untuk mengurus negara juga lemah. Sikap ini
diperlihatkan ketika PAS mengambilalih kepimpinan Kelantan pada tahun
1990. BN mengatakan Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang selepas enam bulan
kerana hasil negeri Kelantan yang sedikit.
BN juga melalui media mereka cuba mengambarkan Kelantan negeri yang miskin
dan dhaif sehingga ramai rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah mencari
kehidupan di luar Kelantan. Propaganda dan sikap lemah semangat BN ini
telah mempengaruhi rakyat luar Kelantan sehingga ada yang membawa beras
dan maggi ke Kelantan sebagai bekalan.
Hakikatnya, hari ini PAS sudah 20 tahun memerintah Kelantan dan Kerajaan
Kelantan berjaya membangunkan dan membayar hutang-hutang yang ditinggalkan
oleh Kerajaan BN. Datuk Mahfuz menyeru pengundi-pengundi Tawau khususnya,
dan Sabah amnya memberi peluang dan bangkit bersama Pakatan Rakyat pada
pilihanraya ke 13 bagi memastikan negara tidak muflis pada tahun 2019. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|