|

2010 Jun 21 - Rizab minyak mentah akan kering dalam 43 tahun
Rizab minyak mentah akan kering dalam 43 tahun
Kuala Lumpur, Jun 21, 2010: Kerajaan persekutuan menyatakan bahawa
anggaran rizab minyak mentah di luar pantai negeri Sabah pada 1 Januari
2009 adalah kira-kira 2.3 bilion tong manakala anggaran rizab bagi gas
asli pula adalah kira-kira 12.1 trillion kaki padu.
Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun yang
menyoalkan jumlah isi kandungan minyak mentah dan gas yang dihasilkan
telaga-telaga ini akan kering serta samada penerokaan telaga baru minyak
dan gas ini sudah dikenal pasti dan berapa jumlah isi kandungannya.
Purata kadar pengeluaran minyak mentah di luar pantai Sabah adalah
kira-kira 147 ribu tong sehari.
Berdasarkan kadar pengeluaran ini, jangka hayat bagi rizab minyak mentah
adalah dianggarkan selama 43 tahun dan jangka hayat bagi gas asli adalah
dianggarkan 30 tahun.
Perdana Menteri juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti penerokaan akan
terus dijalankan oleh Petronas untuk mencari medan-medan minyak dan gas
baru, bukan sahaja di luar pantai Sabah tetapi di lokasi-lokasi lain di
Malaysia serta di negara lain.
Beliau juga berkata bahawa langkah ini penting bagi memastikan sumber
serta rizab minyak dan gas negara akan dapat ditingkatkan untuk menampung
permintaan yang terus bertambah dari semasa ke semasa. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|