|

2010 Jun 26 - Masalah PTI di Sabah Perlu tindakan segera
Masalah PTI di Sabah Perlu tindakan segera
KOTA KINABALU, Jun 26, 2010: Pati Maju Sabah (SAPP) ingin tahu bilakah Ketua Menteri
Datu Seri Musa Aman akan mengumumkan hasil penemuan makmal khas yang
ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pendatang tampa izin sabah.
Menteri di jabatan perdana Menteri Datuk Seri Idris jala baru baru ini
berkata Ketua Menteri akan mengumum hasil penemuan itu pada masa yang
sesuai.
"Soalannya bilakah masa yang sesuai itu?" tanya setiausaha agung SAPP Datuk
Richard Yong dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
"Jika kerajaan Negeri telah mendapat rancangan dan cadangan itu daripada
makmal kerajaan persekutuan, maka ia haruslah dimaklumkan kepada orang
ramai sekarang.
"Apa yang dihadapi sabah adalah masalah yang memerlukan perhatian dan
tindakan segera. sebarang kenyataan daripada kerajaan seperti 'masih
mengkaji perincian dan cadangan' mungkin akan henya dilihat sebagai atu
alasan yang lemah.
" Belau menegaskan, SAPP telah mengemukakan banyak memorandum dan cadangan
kepada kerajaan di peringkat negeri dan juga persekutuan.
"Kami telah mengesa kerajaan supaya memulakan pelan tindakan segera untuk
menyelesaikan situasi pendatang tanpa izin di sabah termasuk Mykad
disindiketkan serta dokumen mencurigakan yang lain," kata Yong.
Katanya, Pada 1999, SAPP mengemukakan memorandum bertajuk "Pendatang Tanpa
Izin: Ibu segala Ancaman" kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Pada 2006 mengemukakan Memorandum 14 perkara mengenai "Masa Untuk Tindakan
Langsung Pencegahan" kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah dan juga
kepada Timbalan ketua menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu
perdana menteri sekarang, tambahnya.
"Semua memorandum itu dikemukakan berserta cadangan untuk menangani
masalah itu secara tegas dan berperikemanusiaan. Bersamanya, SAPP juga
mengemukakan pelbagai isu berkaitan sabah.
Bagaimanapun, kami kesal kerana kebanyakan isu yang telah ditimbulkan
berulang kali itu tidak mendapat respons atau tindakan daripada kerajaan.
Itulah kenapa SAPP memutuskan yang masa depan sabah banyak bergantung
kepada rakyat di sabah dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan
persekutuan," kata Yong.
"Sehingga hari ini kerajaan masih bercakap tentang kajian, perbincangan
dan cadangan," kata belau. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|