|

2010 July 1 - Rakyat Sabah masih keliruan tentang penyerahan padang minyak dan gas kepada
Brunei
Rakyat Sabah masih
keliru tentang penyerahan padang
minyak dan gas kepada Brunei
Kuala
Lumpur, Jul 1, 2010: Ucapan daripada Datuk Chua Soon Bui, Ahli Dewan
Rakyat bagi Kawasan Tawau..."Rakyat Malaysia terutama yang di Sabah terkeliru, bertanya-tanya dan ingin
tahu status 3 juta ekar padang minyak dan gas Blok L dan M setelah
pelbagai pernyataan menteri-menteri gagal menjelaskan pendedahan oleh
bekas pperdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa hak dan
kepentingan Malaysia terhadap padang minyak dan gas Blok L dan M telah
diserah kepada Brunei, dan membawa kerugian sebanyak RM320 bilion dalam
minyak dan ngas di satu kawasan berkeluasan setara dengan gabungan
negeri-negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor.
Rakyat Malaysia terutama yang di Sabah berhak mengetahui mengapa kerajaan
pusat mengambil keputusan pada Mac 2009 untuk menyerahkan padang minyak
dan gas Blok L dan M berkeluasan 3 juta ekar dalam wilayah lautan Malaysia
kepada pihak Brunei.
Meski pun terdapat banyak pernyataan rasmi bahawa blok L dan M bukan
sebahagian Malaysia, mengapa Murphy Oil Sabah Sdn Berhad.(anak syarikat
Murphy Oil Corporation) pula yang mengumumkan pada 16/1/2003 bahawa ia
telah dianugerahi Kontrak Pengkongsian meliputi Blok L dan M di luar sisir
Malaysia. Murphy Oil mempunyai 60% kepentingan di Blok L dan 70% di Blok M
manakala Petronas Carigali Sdn. Bhd. memegang bakinya 40% dan 30%
masing-masing di blok-blok itu.
Pihak berkuasa anugerah adalah Petroleum
Nasional Bhd.(PETRONAS). Mengapakah tiada sebarang pertikaian atau
tuntutan hak dan kepentingan oleh Brunei pada masa anugerah itu? Jika
blok-blok itu bukan sebahagian Malaysia, Murphy Oil Corporation yang telah
ditubuhkan lama tidak akan menubuhkan Murphy Oil Sabah bertapak di Sabah
untuk berkongsi kontrak bersama Petronas Carigali Sdn Bhd.
Yang penting sekali, mengapakah Petronas menjadi pihak berkuasa yang
mennganugerahkan kontrak itu jika blok-blok ini bukan sebahagian Malaysia?
Kesedaran hanya bangkit pada 22 April 2010 apabila Murphy Oil Corporation
mengumumkan bahawa ia telah diberitahu oleh Petronas pada 21/4/2010 bahawa
menyusul perlaksanaan surat-menyurat antara Malaysia dan Brunei pada
16/3/2009 kawasan carigali luar sisir di blok L dan M bukan lagi
sebahagian Malaysia, maka kontrak perkongsian itu telah ditamatkan.
Rakyat bertanya-tanya terhadap kesahan dari sisi undang-undang serta
menuntut ketelusan berkaitan apa yang sebenarnya telah berlaku di antara
2003, selepas penugerahan kontrak-kontrak dan 2009, sama ada wilayah
lautan Sabah di utara Labuan telah diubahkan dan di bawah keadaan ini sama
ada perbuatan tersebut telah bercanggah dengan Artikel 2 Perlembagaan
Malaysia menjadikan perbuatan itu tidak berperlembagaan dan haram.
Malaysia telah merujukkan kes Pulau Sipadan kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (International Court of Justice) dan memenangi kes itu pada
Disember 2002. Tentunya 3 juta ekar di Block L dan M dengan minyak dan gas
bernilai RM320 bilion lebih bernilai dan berfaedah kepada Malaysia
berbanding Pulau Sipadan. Jika tiada sebarang pertikaian dengan Brunei,
mengapakah kes itu tidak dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada hal
Malaysia mempunyai kepakaran Undang-Undang Antarabangsa berhubung
pertikaian wilayah? Rakyat Sabah terkejut lagi hairan mengapa kerajaan
sudi berusaha sungguh-sungguh dan belanja berjuta-juta untuk
memperjuangkan tuntutan wilayah dalam kes Batu Putih, tetapi langsung
tidak buat apa pun untuk mempertahankan blok-blok yang kaya dalam minyak
dan gas itu.
Sekarang bukan sahaja kehilangan pengeluaran minyak dan gas yang bernilai
tinggi, Malaysia juga kehilangan wilayah perairan untuk pengangkutan,
hidupan lautan dan sumber-sumber makanan untuk kepentingan semua rakyat
terutama yang di Sabah dan Labuan. Maka dengan penuh keikhlasan, ingin
saya bercadang kepada Jabatan Perdana Menteri supaya memanggil satu "Kertas
Putih " untuk menjelaskan segala keraguan rakyat serta memastikan rakyat
sentiasa diutamakan dan hak dan kepentingan rakyat sentiasa terjamin." |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|