Perbahasan rang undang-undang pemuliharaan 2010
Julai
16, 2010: Teks ucapan oleh Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui
seperti berikut.
"Meski pun Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ini tidak
terpakai di Sabah, saya ingin membawa masalah-masalah di Sabah yang juga
merupakan masalah-masalah universal di Semenanjung Malaysia
Ingin saya bangkitkan beberapa isu yang relevan dengan Rang Undang-Undang
ini seperti berikut:
(1) Perlindungan , Hidupan Marin dan Biodiversiti di Sabah:
Saya sungguh-sungguh membantahpembinaan loji jana kuasa 300 MW arang
batu di Sahabat, Lahad Datu atau di mana-mana di Sabah. Juga saya mahu
mencatatkan bantahan saya tentang pandangan-pandangan awam EIA dengan
sebab-sebab yang berikut:
Saya ingin mendesak Kementerian supaya memperluaskan liputan Akta ini
ke Sabah supaya seksyen-seksyen relevan dapat ditetapkan di Sabah demi
kepentingan perlindungan di bawah kementerian-kementerian dan
jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.
(a) Sabah telah pun dikelaskan sebagai tempat yang paling biodiversiti
sekali dalam dunia ini, menjadi rumah kepada 380 spesies mamalia (44
adalah endemik), 664 burung (51 adalah endemik), 100 amfibia, 394 ikan
(149 adalah endemik), dengan lebih daripada 500 spesies terumbu yang
membina karang, 15,000 tumbuhan (6,000 adalah endemik).
Senarai ini juga termasuk apesies terancam, spesies langka dan yang
akan menjadi spesies terpupus, seperti gajah kerdil Borneo yang merupakan
gajah terkecil sedunia, badak Borneo, orang utan, monyet berlalai,burung
enggang, penyu dan buaya dan lain-lain.
Kebanyak spesies langka dan terancam didapati di Rezab Tabin. Sukau,
Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, Maliau Basin, yang ada dalam proses
dicalonkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh kerajaan Sabah, Kawasan
Pemuliharaan Kinabatangan Bawah, Sanktuari Orang Utan Sepilok dan segiiiga
terumbu yang terkenal.
Kesemua kekayaan sistem ekologi biodiversiti dunia ini akan dimusnahkan
oleh pembinaan loji jana kuasa 300 MW arang batu yang dicadangkan di
Sahabat, Lahad Datu.
Ingin saya mencadangkan kepada Kementerian supaya watakkan
kawasan-kawasan pemuliharaan Pantai Timur Sabah, iaitu kawasan
pemuliharaan dan sanktuari yang disebut saya, sebagai tapak-tapak ekologi
dan biodiversiti warisan dunia.
Malaysia telah komited dan menandatangani perjanjian Segitiga Karang
pada Mei 2009 bersama Indonesia, Filipina, kepulauan Solomon, Papua New
Guinea dan Timor Timur, bersetuju untuk menyelaraskan perlindungan
sumber-sumber marin dalam suatu kawasan lautan seluas 1.6 bilion ekar dan
yang menyokong 75 % daripada semua sepsis karang yang dikenalpasti di
seluruh dunia.
Apabila Malaysia begitu komited kepada perlindungan biodiversiti di
Wilayah-Eco Marine Sulu-Sulawesi (SSME) di puncak Segitiga Karang,
mengapakah kerajaan tidak komited kepada Negara kita sendiri pula?
Tiada wang dapat membeli balik atau memperbaiki kerosakan teruk kepada
alam sekitar dan rakyat di Sabah yang disebabkan pencemaran dari loji jana
kuasa arang batu.
(b) Pada 1991, sebuah syarikat utiliti Belanda berusaha-sama dengan
kerajaan negeri Sabah untuk menanam pokok di sebuah kawasan pemuliharaan,
iaitu Kawasan Pemuliharaan Tabin, untuk kredit carbon, berjuta-jutaan
pokok telah ditanam dalam 20 tahun yang lalu. Banyak kerja penyelidikan
telah pun dijalankan dalam kawasan-kawasan ini oleh saintis-saintis dan
pelajar-pelajar dari merata-rata seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia.
Orang-orang asing dari seluruh dunia pun menganggapkan apa yang dimiliki
kita sebagai harta bernilai tinggi, mengapa pula SESB/TNB begitu berkeras
mahu memaksakan rakyat Sabah menerima sahaja loji jana kuasa arang batu
yang kotor dan toxik?
(c) Adalah tidak benar dan salah kerajaan menyesatkan rakyat di Kg.
Sinakut, Sahabat , Lahad Datu untuk mempercayai bahawa tiada orang telah
membantah pembinaan loji jana kuasa arang batu itu.
Apabila loji jana kuasa arang batu itu dicadangkan buat kali pertama di
Silam, Lahad Datu pada 2006, ia dibantahkan rakyat di Lahad Datu.
Apabila cadangan yang sama dipindah ke Sandakan, sekali lagi ia ditolak
sebulat suara oleh kabinet negeri Sabah pada April 2008 atas sebab
pencemaran alam sekitar dan risiko kesihatan rakyat.
Apakah rasional pemindahan cadangan tersebut ke Sahabat kali ketiga
apabila isu-isu pencemaran yang sebenar masih menjadi faktor yang
mengancam. Kumpulan Green Surf dari Sabah yang melawat Parlimen beberapa
minggu lalu untuk mengemukakan dan mengutarakan bantahan mereka, dan
mencari tenaga bersih dan pembangunan hijau di Malaysia.
Pakar-pakar dari UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) juga mengutarakan
keprehatinan mereka terhadap proses EIA tentang loji jana kuasa arang batu
itu.
Banyak lagi Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) , rakyat Malaysia dan NGO
dari Negara-negara lainj juga mengutarakan keprehatinan dan bantahan
mereka.
(d) Adalah tidak bertujuan langsung untuk menipu diri kita sendiri atau
semua rakyat Malaysia di Sabah bahawa loji jana kuasa arang batu ini
adalah bersih dan tidak merbahayakan alam sekitar.
Kami baru menerima satu taklimat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air tentang pembangunanan pembekal tenaga nukliar, pakar dari
Korea juga mengakui bahawa loji jana kuasa arang batu memancarkan amaun
Karbon dioksida CO2 yang banyak sekali ke udara di antara semua pembekal
kuasa.
Ingin saya mengetahui apakah yang akan dilakukan oleh SESB/TNB terhadap
discas zarah-zarah yang lebih besar daripada 100mg/m3 sedangkan ESP (presipitator
elektrostatik) hanya mampu mengeluarkan zarah-zarah tidak lebih kecil
daripada 100mg/m3 pada suhu 120 darjah Celcius.
Apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian terhadap fluks discas asid
tinggi dan suhu tinggi lebih kuran 120oC apabila sebarang suhu tinggi
melebihi 30oC akan memusnahkan karang dan hidupan marine.
Bahkan bila condenser turbin disejukkan dengan perkitaran air laut,
suhu akan mencatat lebih kurang 50 oC. Selain suhu tinggi, penyesujakan
sistem minyak turbin juga menggunakan perkitaran air laut.
Penggunaan air laut yang tinggi akan merbahayakan karang dan hidupan
marine.
Dalam laporan EIA tentang loji jana kuasa arang batu yang dicadangkan,,
kajian ini juga mengakui bahawa penjanaan kuasa arang batu akan
meningkatkan suhu permukaan laut, sebanyak 4 darjah Celsius di
daerah-daerah tertentu.
(e) Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Universiti California di
Berkeley pada Mac 2010, pakar-pakar tenaga terkemuka dunia di Makmal
Tenaga Boleh Diterbarui dan Munasabah telah memberikan rekomendasi
terperinci berkenaan bagaima keperluan tenaga Sabah boleh digantikan
dengan pilihan bentuk tenaga yang boleh diterbarui selain daripada arang
batu.
Satu lagi mesyuarat yang dijalankan di Sabah oleh penyelidik-penyelidik di
Malaysia pada 2010 juga membuat rekomendasi menggunakan
alternatif-alternatif tenaga terbarui dan hijau selain arang batu.
(f) Adalah tidak masuk akal langsung untuk SESB/TNB memberikan jaminan
bekalan kuasa arang batu yang bersih apabila hukuman untuk ketidakpatuhan
di bawah Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah cuma RM100,000
maximum atau pepenjaraan selama tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Pada hal keuntungan TNB bagi tempoh dari Disember 2009 hingga Februari
2010 mencapai RM855.7 juta, membayar denda itu merupakan satu urusan yang
terlalu senang sahaja.
(g) Saya mendesak kementerian berkenaan untuk hentikan pembinaan loji
jana kuassa arang batu di Sabah. Rakyat Sabah atau kesihatan rakyat dan
alam sekitar serta masa hadapan tidak patut diputuskan oleh beberapa orang
dalam pihak berkuasa berkenaan.
Terdapat banyak Pembekal Kuasa Bebas (IPP) di Semenanjung Malaysia yang
juga membantah loji jana kuasa arang batu di Sabah serta sudi membina loji
jana kuasa setinggi 300 MW yang terbarui dan berterusan di Sabah dengan
peruntukan kerajaan RM 1.7 bilion.
Saya ingin tahu sama ada Perdana Menteri telah disesatkan ketika ia
mengumumkan bahawa loji jana kuasa arang batu merupakan satu-satunya
sumber yang layak untuk pengeluaran kuasa elektrik di Sabah. Adakah
kerajaan bersedia untuk mengubah deposit tetap kita menjadi defisit di
Sabah?
(2)Perlindungan Hidupan Liar terutama species dan habitat yang terancam,
dalam pembangunan pertanian:
Dengan kelulusan dan perlaksanaan Rang Undang-Undang Pemuliharaan 2010
ini, diharap saya bahawa ia akan membantu untuk memadamkan persepsi
negatif terhadap Malaysia oleh negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat
yang cuba mengurangkan atau memulaukan pembelian minyak sawit dan
produk-produk bahanapi bio, makanan terproses, kosmetiks dan produk-produk
toiletry, kononnya berdasarkan alasan Malaysia tidak mematuhi
prinsip-prinsip sustainabiliti alam sekitar.
Kebimbangan tentang penyahutanan bagi tujuan penanaman kelapa sawit,
dengan jumlah luas 4,304,913 ekar di seluruh Malayisa, dikatakan
menghapuskan hutan hujan tropikal dan habitat-habitatnya terutamja sekali
bagi spesies terancam.
Sama ada ini merupakan satu agenda politik atau ekonomi anggapan
pembeli-pembeli antarabangsa, terpulang kepada peranan dan tanggungjawab
kita di Malaysia untuk memuliharakan alam sekitar kita, suatu keseimbangan
ekologi dengan kekayaan sistem biodiversiti akan mengelakkan perubahan
iklim yang drastik yang sedang berlaku dalam dunia ini.
Tidak dapat dinafikan fakta-fakta bahawa banyak habitat tertiutama
sekali gajah, orang hutan, dan banyak lagi spesies monyet sudah dirampas
makanan-makanan semulajadinya akibat pembukaan lading-ladang kelapa sawit.
Sebuah keluarga gajah boleh membinasakan secara senang pada suatu malam
sahaja lebih dari beberapa ratus ekar pokok kelapa sawit dalam pencarian
makanan.
Walau pun banyak lading kelapa sawit yang besar sudah menggunakan
pagar-pagar berlektrik untuk mencegah kemasukan gajah-gajah sebagai satu
langkah pencegahan.
Namun tepat masanya sekarang untuk kita menubuhkan lebih banyak kawasan
rezab perlindungan atau sanktruari supaya yang tercedera dapat
dipuliharakan, spesies terancam dapat hidup dalam alam sekitar
semulajadinya tanpa diperbahayakan atau diburui.
Masih ada banyak kerja perlu dipelajari daripada pusat pemuliharaan
orang hutan yang berjaya, yang terletak di Sepilok, Sandakan, Sabah, yang
terkenal di seluruh dunia.
Adakah Kementerian mempunyai sebarang pelan berkaitan perlindungan
sepsis rare dalam dunia ini, contohnya, Gajah kerdil Borneo, gajah
terkecil sekali dalam dunia ini, spesies langka kijang dan sebagainya?
(3) Rang Undang-Undang ini sepatutnya mengawal dan membangunkan tetapi
tidak menjepit perusahaan Sarang Burung Layang-Layang.
(a) Terdapat terlalu banyak pihak berkuasa yang mengawal perusahaan
sarang burung layang-layang, iaitu, lesen operasi daripada majlis tempatan,
penguatkuasaan oleh jabatan verterinari di bawah Kementerian Pertanian,
pemeriksaan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, Amalan Baik
Perternakan Haiwan, dan kini pula lesen untuk pengutipan, pembelian, impot
dan ekspot sarang burung di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Adakah kerajaan mempunyai sebarang pelan untuk menubuhkan sebuah badan
tunggal untuk mengawal dan mentadbirkan perusahaan sarang burung
layang-layang demi keberkiesanan yang lebih baik dalam pengurusan dan
pembangunan perusahaan ini? Pengusaha-pengusaha perusahaan ini terkeliru
oleh Garis Panduan Perusahaan Sarang Burung Layang Layang (dikenali
sebagai 1GP), di bawah mana jabatan atau kementerian ianya akan
dikuatrkuasakan? Mereka juga terkeliru dengan Amalan Baik Perternakan
Haiwan sebab burung layang-layang adalah burung yang terbang bebas sahaja,
mereka bebas datang dan pergi dan tidak terkurung seperti pemeliharaan
lebah madu.
(b) Garis Panduan Am mengenai syarat-syarat perlu untuk lesen dan
proses pengutipan, penjualan, impot dan ekspot sarang burung tidak diberi
secara jelas, menyebabkan proses perlesenan tidak telus dan boleh
disalahgunakan. Sebab-sebab yang spesifik patut diberikan bagi penolakan
sesuatu permohonan lesen.
(c) Oleh kerana sudah ada bilangan pihak berkuasa yang mencukup di
bawahnya lesen tersebut dikuatkuasakan, kemasukan penjualan sahaja bagi
pembeli-pembeli berlesen akan menambah satu peringkat birokrasi sebab
ianya akan menggalakkan monopoli dan patut dibatalkan. Perusahaan sarang
burung sudah bertumbuh dengan impak ekonomi yang tinggi dan monopoli yang
dimaksudkan itu akan memusnahkan seluruh perusahaan itu.
(4) Adakah saintis-saintis asing yang dating ke sini untuk menjalankan
penyelidikan terhadap memerlukan lesen daripada pihak berkuasa terutama
sekali di bawah Seksyen 45, berkaitan penandaan?
(5) Mengapa terdapat hukuman yang standard dan liabiliti denda tidak
melebihi RM20,000 atau pepenjaraan selama tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya? Bukankah ini tidak sekadar dengan kesalahan sesuatu orang
yang hanya gagal membarui lesennya berbanding tindakan-tindakan
pemburu-pemburu di kawasan-kawasan habitat?
(6) Saya keberatan dengan usul dibangkitkan Datuk Ismail Hutson
daripada Persatuan Zoologikal Malaysia dicadangkannya untuk memindahkan
haiwan-haiwan ikonik dan langka dari Sabah, seperti Gaji Kerdil
Kalimantan, Monyet belalai, Orang Utan dll ke Zoo Hulu Kelang.
Mengeluarkan spesies-spesies langka dari habitat alam semula jadi
mereka akan membahayakan kehidupan mereka. Selain itu, adakah kakitangan
terlatih yang mencukupi terampil untuk menangani dan merawat haiwan-haiwan
ini terutamanya Gajah Kerdil Kalimantan.
Adakah Kementerian mempunyai sebarang pelan untuk memastikan ada cukup
kakitangan terlatih khususnya pegawai penguatkuasa undang-undang untuk
mengurus dan memantau haiwan-haiwan liar di bawah Akta ini.
Rakyat sangat marah dan sedih dan ingin menanyakan keputusan apa yang
telah dibuat pada pegawai RELA yang membunuh seekor harimau sendirian, dan
bagaimanakah kerajaan akan menjamin bahawa insiden tersebut tidak terjadi
lagi?
Konvensyen Antarabangsa Konflik Manusia-Buaya (HCC) baru-baru ini di
Kota Kinabalu telah mengakui kejayaan peningkatanbilangan buaya air masin
di Sabah, Sarawak, Kalimantan dan buaya air masin boleh dikeluarkan dari
senarai haiwan terancam punah.
Apakah yang akan tersirat rumusan dalam keadaan seperti ini di bawah
Rang Undang-Undang ini?"
Oleh: Datuk Chua Soon Bui, Ahli Dewan Rakyat kawasan Tawau |