Kertas Putih perlu untuk butiran penuh
Kota Kinabalu, Ogos 4, 2010: ADUN Likas, Datuk Liew Teck Chan berkata,
Kertas Putih perlu untuk member butiran penuh mengenai kejatuhan harga
unit Saham Amanah Sabah(SAS) pada l997-1997.
Membentangkan usul itu pada Selasa, Liew yang juga Timbalan Presiden Parti
Maju Sabah(SAPP) berkata,isu itu telah dipertikaikan oleh
pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika parti itu mejadi
pembangkang dan sekarang ini berada dalam Barisan Nasional.
Katanya, para pemimpin PBS iaitu Timbalan Presiden Datuk Dr Yee Moh Chai ,setiausaha
politiknya, John Lim, Naib Presiden Datuk Herbert Timbon Lagadan, Ketua
Penerangan, Datuk Johnny Mositun dan ahli majlis tertinggi, Chin Teck
Ming, telah membuat tuduhan seolah-olah kejatuhan SAS itu disebabkan salah
laku dan kesilapan pentadbian mantan ketua menteri Datuk Yong Teck Lee.
Katanya, Ketua Menteri sekarang juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar
bahawa isu SAS itu adalah isu kecil tetapi mereka (PBS) terus membuat
kenyataan mengelirukan rakyat sambil menuduh mantan ketua menteri itu ada
kena mengena dengannya.
Beliau berkata, para pemimpin PBS harus memberitahu perkara sebenar kepada
rakyat bahawa kejatuhan harga unit SAS itu disebabkan kemelesetan ekonomi
dan krisis kewangan Asia1997-1998.
"Mereka juga harus berani dan bertanggungjawab untuk mendedahkan sebarang
salah laku jika ada untuk kepentingan orang ramai," katanya.
Menurut Liew, Kertas Putih itu boleh mejadi rujukan bagi pihak-pihak
berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan jika ada sebarang salah laku
dan penyalahgunaan kuasa oleh seseorang dalam mengendalikan SAS itu sejak
pewujudannva.
Adun Luyang, Melanie Chia ketika membahaskan sambil menyokong usul itu
menjelaskan,disebabkan krisis kewangan itu banyak syarikat utama terpaksa
tutup kedai dan ramai individu mengalami kerugian besar dalam pasaran
sahamn.
Beliau berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada fenomena itu apabila
saham di kaunter-kaunter dan indeks Bursa Sahamjatuh ke paras terendah
262.7 mata sementara nilai Ringgit merundum hampir RM4 berbanding 1 Dolar
AS.
Pada masa yang sama, beliau berkata, ekonomi Sabah yang berasaskan kepada
hasil hutan, kelapa sawit, getah dan petroleum turut tejejas dengan
penurunan harga komoditi di pasaran dunia.
Chia yang juga ketua Wanita SAPP berkata,keadaaan itu mejadi bertambah
buruk berikutan fenomena bencana alam pada l996-1997apabila Ribut Greg dan
E1 Nino melanda menyebabkan banyak
Harta benda dan infrastruktur mengalam kerosakan.
"Ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak cukup dengan negeri dilanda
krisis kewangan yang melemahkan tabung negeri, kita juga diserang bencana
aIam yang memaksa Kerjaan berbelanja lebih untuk membaiki semua kerosakan
untuk faeda hrakyat," katanya.
Pada masayang sama, katanya,ramai penduduk Sabah telah melabur dalam SAS
yang pada 1996 bernila RM1 seunit dan amat malang sekali SAS tidak
terkecuali daripada kejatuhan harga saham semasa krisis kewangan1997-1998.
Chia berkata, juga difahhamkan yang banyak saham di Selangor, Johor, Kuala
Lumpur turut mengalami penurunan yang agak sama menjejaskan ramai pelabur.
"Apa yang dicadangkan Adun Likas itu supaya Kertas Putih itu dibentangkan
dalam Dewan Ogos ini mempunyai asas agar semua keraguan dan pertikaian
tentang SAS boleh dijelaskan secara terbuka dan telus," katanya.
Chia berkata, aIasan yang diberikan Datuk Dr Yee Moh Chai dalam satu
kenyataan akhbar yang Kertas Kerja itu mengambil masa yang lama untuk
diproses samalah seperti memperlekahkan perkhidmatan awam.
Kertas Putih mengenai Perhutanan juga telah dibuat di Dewan Undangan
Negeri sebelum ini tanpa sebarang masalah, katanya.
"Malangnya hasrat tulus untuk mewujudkan ketelusan dan
kebertanggungjawaban bagi Kerajaan telah digunakan sebagai medan untuk "membelasah"
mantan Ketua Menteri itu," katanya.
"Jika ada salah laku, buat tangkapan. Kenapa terus dengan semua
politicking ini? Kertas Putih akan mendedahkan segala-galanya," kata
beliau.,
Sementara itu, Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong dalam perbahasannya berkata,
sebagai wakil Pakatan Rakyat, pendirian beliau terhadap usul itu adalah
berkecuali tetapi adalah penting supaya masalah itu diselesaikan seberapa
segera.
"Saya mengharapkan penyelesaiah, sama ada kamu mahu mengeIuarkan Kertas
Putih atau hadapkan seseorang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), buat sekarang, jangan hanya cakap sahaja.
Melengah-lengahkan perkara bukan satu keadilan," katanya.
Sumber: Daily Express |