|

2010 Aug 5 - Loji arang batu dan empangan: Belia menghantar surat bantahan
Loji arang batu dan empangan: Belia menghantar surat bantahan
KOTA KINABALU; Kumpulan Belia yang menamakan diri mereka sebagai
Solidariti Belia Sabah yang terdiri daripada belia dari Kg. Sinakut, Kg.
Tambatuon dan Kg. Kaiduan telah menyerahkan surat bantahan berkenaan
pembinaan Loji janakuasa- Arang Batu dan empangan yang akan dibina kawasan
mereka masing-masing.
Surat tersebut telah diserahkan sendiri oleh Stephan Gaimin selaku Ketua
kumpulan dan diterima sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman
dan kemudian menyerahkan surat berkenaan kepada Tan Sri Datuk Jospeh
Pairin Kitingan, Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Sabah.
Dalam pertemuan yang singkat tersebut, rombongan seramai 35 orang
berkenaan hanya sempat bersalaman dengan Ketua Menteri yang terpaksa
beredar ke persidangan Dewan Undangan Negeri.
Ketika ditanya berkenaan kenyataan akhbar sebuah akhbar tempatan berkenaan
kelulusan RM1 billion oleh Menteri Pertanian di satu Majlis yang diadakan
di Kota Belud, Tan Sri Datuk Pairin yang baru sahaja kembali dari
percutian berkata beliau belum tahu berkenaan apa yang disiarkan oleh
akhbar tersebut.
"Itu keputusan mesti mahu berasas kepada perbincangan yang teratur dan
mengikut apa yang baik untuk semua" Kata Tan Sri Pairin Kitingan dan terus
meninggalkan tempat untuk ke persidangan DUN.
Terdahulu ADUN Likas, Datuk Liew Teck Chan dan Pembantu Menteri Kewangan
yang juga ADUN Moyog Donald Majuntin ada datang bertemu dan bersalaman
dengan kumpulan tersebut.
Stephen Gaimin apabila ditemui berkata, kesudian Ketua Menteri yang
sanggup menemui mereka walaupun dalam masa begitu singkat mencerminkan
Ketua Menteri masih mengambil berat tentang kebajikan dan permasalahan
rakyat Sabah.
Beliau berharap, Kerajaan Negeri dapat menghalang apa-apa sahaja aktiviti
yang melibatkan loji dan empangan sehingga Kerajaan Negeri membuat
keputusan berkenaan projek tersebut. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|