Jentera pilihanraya telah diaktifkan: Pemuda SAPP
KOTA
KINABALU, Ogos 9, 2010: Pergerakan Pemuda SAPP telah mengadakan Program Interaktif
Pemuda di seluruh Sabah bagi menghadapi pilihanraya yang melibatkan tujuh
(7) Zon iaitu Zon Kota Kinabalu, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Pendalaman,
Zon Sandakan, Zon Lahad Datu dan Zon Tawau, yang diketuai sendiri oleh
Ketua Pemuda SAPP, Edward Dagul.
Majlis Penutupan program berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden SAPP,
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, di Maju Center Inanam. Pada majlis yang
sama Yong juga turut melancarkan Facebook rasmi Pemuda SAPP.
Dalam ucapan ringkas, Yong menyarankan agar pemuda terus bergerak aktif
sebagai kumpulan pendesak bagi memperjuangkan hak-hak dan kepentingan
rakyat Malaysia di Sabah. Beliau juga meminta agar pemuda memainkan
peranan dalam mengatasi isu-isu sosial golongan belia yang kini semakin
meruncing.
Terdahulu Ketua Pemuda SAPP Edward Dagul, yang juga merupakan salah
seorang penceramah telah menjelaskan isu-isu semasa politik dan
ketidakseimbangan pembangunan yang dihadapi oleh Sabah. Diantaranya isu
diperjelaskan ialah Lot L&M, Amanah Saham Sabah (SAS), Loji Gas Kimanis,
Loji kontroversi arang batu dan empangan di Kg. Kaiduan dan Kg. Tambatuon.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden SAPP merangkap
Pengerusi Zon Kota Kinabalu, YB Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden YB
Datuk Eric Majimbun, Naib Presiden Don Chin dan barisan EXCO Pemuda SAPP
Sabah.
|
 |
|