|

2010 Aug 10 - Police report lodged on SAS
Laporan Polis oleh SAPP
Kota Kinabalu,
Ogos 10, 2010: Ahli Majlis Tertinggi, Dato' David Chong Ket Sui, telah
membuat suata laporan polis terhadap Menteri-menteri PBS Datuk Dr Yee Moh Chai
dan Datuk Herbert Timbon
Ligadan hari ini...maklumat selanjutnya adala seperti berikut:
"Saya David Chong Ket Sui buat laporan polis terhadap Yang Berhormat Datuk
Dr. Yee Moh Chai dan Yang Berhormat Datuk Herbert Timbon Ligadan keatas
maklumat yang disampaikan semasa membahas usul meminta kerajaan negeri
membentangkan Kertas Putih yang dibawa oleh yang Berhormat Datuk Liew Teck
Chan ADUN dari Likas pada 3hb Ogos 2010 seperti berikut:-
1. YB. Datuk Dr. Yee Moh Chai telah menjelaskan bahawa lebih dari 55,000
pemegang saham SAS mengalami kehidupan yang susah disebabkan kejatuhan saham
SAS. Beliau menyifatkan sesuatu yang tidak kena dalam kejatuhan Saham Amanah
sabah(SAS).
2. Datuk Herbert menyatakan ada pihak yang menganggap bahawa kejatuhan nilai
Saham Amanah Sabah ada hubung kait dengan penyelewengan pelaburan dalam
saham SAS
3 Datuk Herbert Timbon menyatakan bahawa Kertas putih tidak boleh
meyelesaikan isu yang telah diusulkan oleh wakil dari Likas, yang boleh
menyelesaikan ini adalah SPRM
4 Datuk Herbert Timbon juga telah menyatakan bahawa jika Tun Ling Liong Sik
bekas menteri Persekutuan boleh disiasat oleh SPRM tiada sebab mengapa bekas
pemimpin negeri tidak boleh disiasat
5 Datuk Herbert juga telah menyatakan beliau banyak maklumat untuk
ditunjukan, dan beliau tunjukan fail-fail diatas meja yang telah disediakan,
ini bermaknah beliau ada maklumat yang disembunyikan
6 Namun sehingga hari ini mereka tidak membuat seberang laporan Polis dan
pihak SPRM
Tujuan laporan polis ini adalah atas kepentingan awam.
Saya minta pihak polis buat siasatan segera kepada Datuk Dr.Yee Moh Chai
Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat merangkap ADUN Api-Api dan
juga terhadap Datuk Herbert Timbon Lagadan Pembantu Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kedamaian, dimana kedua-dua
mereka mempunyai maklumat tentang sebab musabab kejatuhan saham SAS pada
tahun 1997 dan 1998 yang mengaitkan adanya bentuk penyelewengan dalam
pengurusan dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang tertentu.
Saya minta Datuk Yee dan Datuk Herbert disiasat sepenuhnya untuk mendapatkan
maklumat daripada mereka supaya sesiapa yang melakukan peyelewengan dan
rasuah tentang kejatuhan Saham SAS pada tahun 1997 dan 1998 harus dibawa ke
muka pengadilan, selama ini Kedua-dua pemimpin kanan PBS ini lantang buat
tuduhan, saya percaya ada maklumat penting yang mereka lindungi termasuklah
syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan pemimpin-pemimpim negeri yang
juga telah membawa kerugian besar kepada SAS pada tahun 1997 dan 1998 tidak
didedahkan oleh mereka" |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|