Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   6/23/2017 6:52:12 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Aug 14 - Penduduk ingin tahu status sebenar projek empangan KB

Penduduk ingin tahu status sebenar projek empangan KB

Kota Kinabalu, 14 Ogos, 2010: Pendedahan Menteri Pertanian Persekutuan Datuk Noh Omar minggu lepas bahawa "projek Empangan Kota Belud tidak akan diberhentikan" benar-benar mengejutkan penduduk Kota Belud.

Bagaimana seorang Menteri KL dating dan berkata yang projek empangan ini tidak akan dihentikan?," kata pengurusi SAPP Kadamaian, Agnes Moi Fun Liewpin , sebelum menambah, "adakah ini bermakna kerajaan sudah membuat keputusan untuk meneruskan projek ini walaupun rakyat belum dibawa berunding?"

"Wakil-wakil rakyat kita seperti Adun Kedamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan telah memaklumkan bahawa mereka akan dibawa berunding terlebih dahulu… adakah beliau berbohong kepada rakyat?," katanya dalam satu kenyataan disini, Jumaat.

Beliau berkata, apabila juru ukur dan juru teknik lain datang untuk menjalankan pemeriksaan tapak di Kampung Tambatuon (di Kota Belud) dan kampung-kampung sekitarnya tahun lalu, ramai penduduk tertanya-tanya kerana mereka tidak diberitahu apa yang berlaku.

'Hentikan kekeliruan rakyat'

Pada 12 Ogos, MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tapak untuk empangan yang dicadangkan itu masih dalam kajian.

Moi berkata, kenyataan bercangah daripada Noh, Herbert dan sekarang Abdul Rahman telah menambahkan lagi kekeliruan mengenai empangan yang dicadangkan di Kg Tambuton itu.

"Berhenti daripada mengelirukan rakyat. Kami berharap MP Abdul Rahman akan memastikan yang Kerajaan mendengar bantahan penduduk ini dan menghormati perasaan rakyat.

"SAPP akan terus berusaha memberi kesedaran kepada penduduk tentang akibat dan risiko projek empangan mega ini," katanya.

Pada 1 Ogos, anak-anak muda di Kg Tambatuon disertai belia dari Kinduan dan Kg Sinakut, Tungku Lahad Datu dalam satu kem perpaduan di Kg Tambatuon.

Pemuda Kinduan membantah empangan ini sementara belia Sinakut membantah logi tenaga arang batu di Tungku Lahad Datu.

Memorandum membantah projek-projek yang dicadangkan ini kemudiannya dikemukakan kepada Ketua Menteri, pada hari berikutnya, kata Moi, sambil menambah SAPP akan menyokong kempen membantah tiga projek mega ini.

Drpd: Harian Ekspres

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party