|

2010 Aug 17 - SAPP desak Kekal Mewah baiki jambatan
SAPP desak Kekal Mewah baiki jambatan
Tenom,
Tuesday, 17 August 2010:
BERSIH ... Jimmy turut serta membersihkan jambatan yang tersumbat dan
tertimbus di Kg Luong, Pulong. Manakala gambar kanan Jimmy menunjukkan
tebing sungai runtuh yang merosakkan struktur jambatan
KEADAAN Jambatan kayu Kg Luang, Pulong yang hampir musnah berikutan hujan
lebat petang ahad akibat limpahan deras banjir sungai itu dan struktur
kayu jambatan yang reput dan tebing sungai runtuh telah memburukkan lagi
keadaan sehingga jambatan sukar dilalui kenderaan.
"Saya meminta kepada JKKK agar membawa masalah itu ke pengetahuan Pejabat
Daerah atau Kekal Mewah Sdn Bhd, syarikat yang memegang konsesi membaiki
kemudahan luar bandar itu," kata Jimmy Jawatah, Naib Presiden Parti Maju
Sabah (SAPP).
Jimmy yang juga Ketua CLC SAPP Tenom menambah, jalan tersebut merupakan
laluan utama penduduk untuk mengeluarkan hasil pertanian termasuk getah,
justeru tindakan segera perlu diambil untuk memperbaiki kemudahan awam
berkenaan.
Dalam tinjauannya pada Isnin, Jimmy beserta beberapa ahli cawangan SAPP Kg
Pulong telah mengadakan gotong-royong membersihkan sebuah lagi jambatan di
kampung itu yang tersumbat dan tertimbus oleh ranting-ranting kayu akibat
limpahan banjir.
Source: Sabahkini.net
 |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|