Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   10/20/2017 12:49:32 PM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Aug 26 - Projek Pusat Internet Desa terbengkalai

Projek Pusat Internet Desa terbengkalai

TERBENGKALAI ... inilah bangunan Pusat Internet Desa di Kg Pulong yang terbangkalai ditinggalkan kontraktor sejak 2008TENOM, Ogos 26, 2010: Siasatan perlu dijalankan ke atas pembinaan Pusat Internet Desa di Kg Pulong, kira-kira 15 kilometer dari sini kerana projek yang sepatutnya dapat meningkatkan taraf celik komputer penduduk itu terbengkalai pembinaannya sejak 2008.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah memberitahu pihaknya difahamkan bahawa kontraktor yang sepatutnya menyiapkan projek berkenaan telah meninggalkan kerja-kerja pembinaan di separuh jalan dan tidak pernah muncul lagi.

"Sepatutnya pemantauan dibuat ke atas pembinaan Pusat Internet Desa itu agar dapat disiapkan. Kini projek berkenaan ditinggalkan terbiar dan menimbulkan tanda tanya bagaimana projek yang penting dan sudah mendapat peruntukan itu ditinggalkan terbiar," kata Jimmy.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap tidak menolak kemungkinan bahawa projek itu telah melalui proses pelaksanaan yang tidak cekap sehingga menimbulkan masalah kepada sub-kontraktor pelaksana.

Menurut Jimmy, sekiranya benar projek berkenaan telah beralih tangan dari sebuaah syarikat kontraktor kepada kontraktor lain, bagaimana sub-kontraktor terakhir dapat menyiapkan pembinaan apabila jumlah peruntukan tidak lagi dapat menampung kos sebenar pembinaan.

Jimmy seterusnya meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang bertanggungjawab melantik kontraktor tersebut agar mencari jalan penyelesaian untuk menyiapkan pembinaan kemudahan internet desa itu.

Pusat Internet Desa amat diperlukan di kampung-kampung untuk dimanfaatkan oleh penduduk dan golongan belia agar tidak ketinggalan menggunakan media siber untuk memperolehi pelbagai maklumat yang berguna untuk kehidupan masa kini.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party