|

2010 Aug 31 - PAS Beruk didakwa sebar gambar palsu Guan Eng
'PAS Beruk' didakwa sebar gambar palsu Guan Eng
Ogos 31, 2010: Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kini beredar
gambar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyembelih lembu korban
untuk umat Islam di internet.
Kesal dengan penyebaran gambar palsu yang menggunakan teknik super impose
itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa ia didalangi oleh penulis
upahan Umno yang dikenali sebagai 'PAS Beruk'.
"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana Umno terus memainkan
instrumen fitnah bagi memburukan imej PAS-Pakatan Rakyat, walaupun masih
berada dalam bulan Ramadan," kata pemangku ketuanya Herman Samsudeen.
Dalam satu kenyataan hari ini, Herman mendakwa gambar itu memaparkan
gambar Lim yang dengan gaya tersbeut dengan tulisan: "Sanggupkah kita
lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP?"
Katanya, gambar Lim yang ditampal itu pada asalnya merupakan gambar bekas
menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menyifatkan perkara itu sebagai keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen
agama, Herman berkata beliau kesal kerana budaya fitnah terus membiak
dalam Umno walaupun pada bulan suci Islam.
"Gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa
kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam," katanya.
Herman juga berkata tindakan terbaru PAS Beruk merupakan rentetan "fantasi
Umno" selepas memutarbelitkan fakta berubung kes ahli parlimen Serdang Teo
Nie Ching yang didakwa memberikan 'tazkirah' dalam surau.
"Kini mereka bermain gambar pula, sama seperti gambar (Penyelaras Pakatan)
Zaid (Ibrahim) minum arak yang mereka cipta di Hulu Selangor.
"Tindakan ini menunjukan Umno semakin kehabisan modal untuk burukkan PAS-Pakatan
rakyat," kata Herman lagi. |
  |
|
Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan
bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan
kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh
seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini.. |
|
|
(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka
telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan
Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC
SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|