Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   11/22/2017 8:42:37 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 2 - Simpton masalah dalam Barisan Nasional

Simpton masalah ujud dalam Barisan Nasional

KOTA KINABALU, Sep 2, 2010: Tindakan Datuk Peter Pang untuk keluar dari Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar diri untuk meletakan jawatan timbalan ketua menteri dan menteri cabinet adalah simptom masalah yang ujud di dalam Barisan Nasional (BN) pada hari ini.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata tindakan Pang itu adalah punca asas kepada masalah politik yang melanda BN pada hari ini.

"Kita hanya melihat simptom-simptom pada hari ini tapi ianya telah pun menjadi begitu terang di mata umum dan akan terus menambah runcing lagi perbalahan dalaman BN," kata beliau.

"Maka pada hari ini begitulah bertepatan sekali. Maka itulah sebabnya kita ada "Pilihanku SAPP"," katanya pada pemberita selepas melancarkan buku Pilihanku SAPP hasil pena Emin Madi di Krishna Fish Head Curry restaurant di Millenium sini, Rabu.

"Daripada tengahari tadi sehingga sekarang yakni lebik kurang dalam masa enam jam begitu banyak perkara yang telah terbongkar. Pada hakikatnya kenyataan Perdana Menteri di Seremban bahawa Pang telah memberitahu beliau bahawa dia akan menyertai Gerakan menunjukkan bahawa tindakan beliau bukanlah dibuat secara mengejut dan ini termasuklah hal-hal lain dalam satu dua hari yang lalu," katanya.

"Sememangnya proses perbincangan telah dibuat sebelum sampai ke hari ini ... namun secara peribadi saya tidaklah terkejut dengan pengumuman itu kerana dalam satu masa ada (Timbalan Presiden LDP) Chin Su Phin bersama beberapa orang lagi telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan berkerjasama dengan Ketua Menteri.

"Kemudian ada pula Presiden yang seolah-olah tanpa arah dan ada Peter Pang yang telah membuat keputusan untuk keluar dari LDP. Ini bermakna beliau (Pang) akan menyebelahi Ketua Menteri dan bukan parti beliau sendiri," katanya.

"Memang terlalu banyak perkara yang sedang berlaku didalam BN," katanya, sambil menambah perletakan jawatan itu juga boleh dilihat dari sudut kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said yang telah menimbulkan isu satu rancangan oleh LDP dan lain lain pihak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sabah.

"Oleh kerana Sabah dianggap sebagai simpanan tetap BN di Malaysia maka bila mereka hilang simpanan tetap ini, mereka akan turut juga kehilangan dan kalah diperingkat persekutuan," katanya lagi.

Yong berpendapat bahawa kekosongan jawatan dalam kabinet negeri itu akan mencetuskan perebutan hangat diantara komponen parti BN termasuklah dari parti semenanjung.

"Jikalau perletakan jawatan Pang tidak diterima maka ini menunjukkan bahawa semua ini cuma wayang," katanya.

Ditanya sekiranya parti Cina dari Semenanjung dalam BN akan mengambil sepenuh kesempatan situasi ini untuk menguatkan lagi pengaruh mereka di Sabah, Yong berkata bahawa parti itu, MCA, telah menunggu sekian lama.

"Sudah begitu banyak pusingan pengerusi MCA Sabah, Datuk Edward Khoo menunggu. Semasa penggal kedua beliau sebagai ahli dewan undangan negeri beliau telah di war-warkan untuk menjawatan menteri penuh iaitu pada Mei 2009 selepas Raymond Tan (ketika itu menjawat timbalan ketua menteri untuk kuota kaum Cina di Sabah) ketiadaan parti," katanya.

"MCA juga didalam konvensen mereka baru baru ini juga telah menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan tambahan satu lagi kerusi dewan negeri. Maka sudah tentulah MCA akan melobi jawatan tersebut," kata beliau.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party