Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   11/23/2017 10:27:18 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 13 - SAPP rai Hari Raya bersama rakan Muslim

SAPP RAI HARI RAYA BERSAMA RAKAN MUSLIM

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun Sakaran DandaiKOTA KINABALU, 13 Sept 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) meluangkan masa mengunjungi rakan-rakan Muslim disekitar Ibu Negeri sambil merayakan Hari Raya Aidil Fitri bersama pada Jumaat dan Sabtu.

Pada Hari Raya pertama, satu rombongan para pemimpin SAPP yang diketuai Presiden Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee telah mengunjungi kediaman bekas Yang DiPertuan Negeri Tun Sakaran Dandai di Kampung Likas, di sini.

Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah telah diiringi isteri Datin Seri Stella Yong, Timbalan Presiden Datuk Liew Teck Chan, beberapa Naib President, Setiausaha Agung dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi.

Pada sebelah petang, rombongan SAPP itu telah mengunjungi kediaman bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor di Putatan, dekat sini, sambil mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pemimpin politik veteran itu.

Rombongan SAPP itu seterusnya mengunjungi kediaman salah seorang Penasihat Parti, Datuk Haji Murshidi Haji Nambi di Sembulan, di sini.

Yong dan rombongan merakamkan kenangan bersama Tun Sakaran Dandai

Yong dan rombongan di kediaman Datuk Haji Murshidi Haji Nambi

Yong dan rombongan mengunjungi kediaman Datuk Mohd Noor Mansoor

Yong dan rombongan turut mengunjungi kediaman bekas YB Merotai Encik Said Senang di Putatan

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party