Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   7/28/2017 6:00:05 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 13 - Lawatan pemimpin SAPP sempena Hari Raya Aidilfitri

Lawatan pemimpin SAPP sempena Hari Raya Aidilfitri

Datin Seri Panglima Stella Yong, YB Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, Datuk Richard Yong, Datuk Philip Yong, Chong Pit Fah, Don Chin, Foo Fook Ming merakam gambar kenangan bersama Matlan Merasin dan keluarga di Kg RampayanKOTA KINABALU, 14 Sept 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Jabatan Air Negeri menangani masalah bekalan air di Kampung Likas, di sini, selepas paip utama ke kampong itu didapati pecah.

Timbalan Presiden SAPP Datuk Liew Teck Chan berkata, beliau mendapati masalah itu berlaku apabila mengunjungi beberapa rumah rakan kenalan pada Hari Raya Aidil Fitri di kampong itu.

"Masalah itu berlaku sejak hari pertama Hari Raya Aidil Fitri lagi sehingga menyebabkan para penduduk kampong yang beragama Islam menghadapi kesukaran membuat persediaan menyambut perayaan itu.

"Bayangkan kesukaran yang mereka hadapi terutamanya apabila hendak memasak juadah istimewa seperti rendang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada para tetamu selain sanak saudara yang datang dari jauh hanya untuk balik kampong beraya," katanya.

Beliau selaku Timbalan Presiden SAPP berkata demikian selepas dimaklumkan tentang masalah itu ketika mengunjungi rumah sahabat handai dan para ahli parti di kampong itu sempena Hari Raya Aidil Fitri ini.

Turut menemani Teck Chan membuat kunjungan itu ialah Datin Seri Panglima Stella Yong iaitu isteri Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Datin Chu Yun Moi iaitu isteri Teck Chan, Setiausaha Agung SAPP Richard Yong, Naib Presiden SAPP cum Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang Melanie Chia, Naib Presiden SAPP Don Chin, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah, Penolong Setiausaha Agung SAPP Foo Fook Ming dan beberapa pemimpin parti.

Teck Chan berkata, para penduduk yang beragama Islam di kampong itu sudah tentu tidak akan menghadapi sebarang kesukaran membuat persediaan menyambut perayaan itu jika Jabatan Air bertindak cepat memperbaiki paip yang rosak itu.

Katanya, beberapa penduduk di kampong itu juga melaporkan bahawa mereka terpaksa membeli air paip bersih untuk kegunaan utama harian seperti memasak dan minum.

Menurut beliau, ada air paip bersih itu dijual pada harga RM1 setiap satu botol besar air mineral bersaiz 1.5liter dan keadaan sedemikian sudah tentu menyusahkan para penduduk kerana terpaksa mengeluarkan belanja besar hanya untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Datin Seri Panglima Stella Yong, YB Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, Datuk Richard Yong, Chong Pit Fah merakam gambar kenangan bersama Cik Norela Hj Malim dan keluraga di Kg Likas Rumah Murah

Datuk Liew Teck Chan bersalam dengan Abd Salim Berunai di Kg Gudon

Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, Datuk Philip Yong, Don Chin merakam gambar kenangan bersama KK Tuan Hj Rawi Mantasin dan keluraga di Kg Cenderakasih

Datuk Liew Teck Chan, Datuk Philip Yong, Don Chin merakam gambar kenangan bersama Mohd Zain Atam dan keluraga di Kg Gudon

Datin Seri Panglima Stella Yong, YB Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, YB Melanie Chia, Chong Pit Fah, Don Chin, Datuk Philip Yong, Wong Kee Yu merakam gambar kenangan bersama Ag Lamin Derahim dan keluraga Kg Likas Lama

1560 Datin Seri Panglima Stella Yong, YB Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, Chong Pit Fah, Datuk Philip Yong, Don Chin merakam gambar kenangan bersama Masuhur Juanal dan keluraga di Kg Bangka- Bangka

Tuan Rumah Jamdin Patola (kiri) berbual dengan Datuk Liew Teck Chan

Datin Seri Panglima Stella Yong, YB Datuk Liew Teck Chan, Datin Chu Yun Moi, Datuk Richard Yong, Datuk Philip Yong, Chong Pit Fah, Don Chin, Foo Fook Ming merakam gambar kenangan bersama Tuan Hj Said Bilu dan keluraga di Kg Likas Rumah Murah

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party