Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   5/17/2012 4:05:54 PM

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2010 Sep 19 - Sabah Tidak Perlu 1Malaysia

Sabah Tidak Perlu 1Malaysia

KOTA KINABALU, 20 SEPT 2010: Sabah tidak memerlukan konsep 1Malaysia kerana perpaduan dikalangan rakyat sudah lama terjalin di negeri ini.

Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor berkata, perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Sabah bukan sesuatu perkara baru kerana keadaan itu sudah diamalkan sejak sekian lama.

"Kita di Sabah tidak memerlukan 1Malaysia. Perpaduan rakyat dari pelbagai suku kaum di negeri Sabah ini sudah lama ada dan kalau tidak silap saya sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SAPP 2010 peringkat negeri Sabah di Plaza Tanjung Aru, di sini, kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Presiden SAPP yang juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Hadir sama isteri Teck Lee Datin Seri Panglima Stella Yong, Penasihat SAPP Datuk Murshidi Nambi, Penasihat SAPP Datuk Francis Yap, Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepangar Datuk Eric Majimbun dan Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan.

Turut hadir Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong, ADUN Luyang merangkap Ketua Wanita SAPP Melanie Chia, Naib Presiden Amde Sidik, Naib Presiden Don Chin dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi SAPP serta ahli politik veteran Datuk Saidi Lampoh.

Mohd Noor berkata, perpaduan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku kaum sentiasa kukuh dan tidak pernah goyah.

Katanya, rusuhan kaum pernah berlaku di Semenanjung Malaysia pada 13 Mei 1969 sehingga menimbulkan keadaan tidak menentu.

Menurut beliau, peristiwa seumpama itu tidak pernah berlaku di Sabah kerana rakyat di negeri ini sentiasa menghormati antara satu sama lain sehingga mereka dapat tinggal bersama secara harmoni.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party