Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   10/20/2017 3:43:25 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 24 - Kursus Motivasi untuk ahli-ahli wanita

Kursus Motivasi untuk ahli-ahli wanita

Melanie Chia Ketua Wanita SAPP bersama rombongan Exco Wanita bergambar kenangan bersama Ahli-ahli cawangan memegang sticker "I Love Sabah"KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang merangkap Ketua Wanita Parti Maju Sabah (SAPP) Melanie Chia telah diundang untuk memberi ceramah di Kursus Motivasi untuk ahli-ahli Wanita SAPP di Kanibongan, Pitas.

Kursus Motivasi sehari anjuran Wanita SAPP Zon Utara itu diadakan di Kampung Sulakolung dan telah dihadiri seramai 130 pesrta terdiri dari ahli parti dari 12 buah Cawangan SAPP di sekitar Kawasan Kanibongan.

Kursus itu mempunyai dua Kertas Kerja dimana Kertas Pertama bertajuk "Peranan Wanita Dalam Pilihanraya Umum Ke-13" yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada kaum wanita tentang peranan dan tanggungjawab wanita dalam pilihanraya itu yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Kursus itu seterusnya memberi peluang kepada para wanita mempersiapkan diri untuk menghadapi apa jua cabaran dalam PRU13 kelak. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Cik Maria Nobleza, Naib Pengerusi EXCO Wanita SAPP.

Kertas Kerja Kedua bertajuk "8 Perkara" yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para ahli wanita tentang hak dan autonomi rakyat Sabah yang harus diperjuangkan dan dituntut bagi menjamin hak-hak dan masa depan dan genarasi akan datang.

Melanie Chia sedang berbual dengah salah seorang ahliCeramah tersebut telah disampaikan oleh YB Puan Melanie Chia, Ketua Wanita SAPP merangkap Wakil Rakyat Luyang.

Melanie juga amat terharu dengan keadaan di Kampung Sulakolung, Kanibungan dimana beliau berkata bahawa walaupun rakyat Sabah menyambut Hari Malaysia yang ke-47 tahun, tetapi penduduk di Kampung Sulakolung dan kawasan sekitarnya masih menggunakan air hujan sebagai sumber air seharian.

Katanya, keadaan jalan raya juga masih tidak berturap, manakala infrastruktur dan kemudahan asas lain juga didapati terabai.

Beliau berkata, barangan keperluan seharian juga didapati terlalu mahal sedangkan majoriti penduduk hanya berkerja sebagai petani dan nelayan yang rata-rata berpendapatan rendah.

Melanie juga amat terharu, bila penduduk mengadu tentang hal tanah kampung yang telah diduduki bertahun-tahun lamanya tetapi malangnya telah diambil oleh syarikat dari Semenanjung.

Para penduduk mendakwa bahawa mereka tertipu oleh syarikat-syarikat itu kerana tidak menunaikan semua perjanjian yang telah dibuat sebelum masuk ke kawasan perkampungan penduduk tersebut.

Justeru itu, Melanie mengingatkan, apa yang sedang mereka hadapi ini akan menyedarkan mereka dan seterusnya rakyat Sabah untuk terus berjuang bagi mempertahankan hak-hak mereka sebagai rakyat negeri ini.

Melanie juga menyeru kaum wanita agar berganding bahu bersama suami untuk meningkatkan taraf hidup dengan mempelajari berbagai bidang yang dianjurkan oleh Kerajaan agar dapat memperbaiki ekonomi keluarga.

Wanita pada hari ini tidak seharusnya menyerah kalah kerana peluang bagi mereka untuk memajukan diri adalah terbuka luas.

Turut hadir pada Kursus Motivasi SAPP ialah Ketua Wanita SAPP Zon Utara Puan Agnes Liew, Pengerusi CLC Banggi, Encik Jaely Medong, Setiausaha Exco Wanita Puan Helen Baikan, Setiausaha Penganjur Exco Wanita Puan Carrie Fong Tet Ming, Ketua Penerangan Exco Wanita Puan Rita Benjamin dan AJK Puan Rasni Bte Hj Kassim.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party