Utama Bahasa Malaysia 中文版 Sumbangan Carian Keahlian
Utama | Organisasi | Latar Belakang | Wanita | Pemuda | Kelab GKB | Galleri Gambar | Komen |   11/23/2017 10:31:50 AM

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 28 - SAPP Perkemas Jentera Pilihanraya

SAPP Perkemas Jentera Pilihanraya

Beaufort, Sep 29, 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) sedang giat memperkemaskan jentera pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, jentera itu akan diperkemaskan lagi apabila barisan pemimpin yang akan dipilih pada pemilihan parti pada November ini mengemudi parti itu.

"Kita mahu jentera pilihanraya sudah siap sedia sebaik saja Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dibubarkan. Kita tidak mahu kelam kabut apabila pembubaran itu diumumkan.

"Jentera parti akan diperkemaskan lagi apabila barisan pemimpin parti dari peringkat bawah hingga atas sudah terbentuk pada pemilihan parti November nanti.

"Kita mahu hanya 10 peratus daripada masa berkempen itu digunakan untuk mesyuarat dalam pejabat manakala 90 peratus lagi untuk menjalankan kerja-kerja berkempen meraih undi. Sebab itulah jentera parti perlu diperkemaskan lagi dari awal supaya kita sudah sedia apabila pilihanraya diadakan," katanya.

Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri berucap pada majlis perasmian gabungan Mesyuarat Agung Tahunan bagi cawangan-cawangan SAPP dari enam Jawatankuasa Pusat Kawasan (CLC) Bongawan, Membakut, Klias, Kuala Penyu, Lumadan dan Sindumin.

Hadir sama, Datuk Rashid Haji Gador Pengerusi CLC Klias dan CLC Kuala Penyu, Thomas Chong Dat Kueen Pengerusi CLC Lumadan dan Membakut, Amde Sidek Pengerusi CLC Sindumin dan Jaafar Ismail Pengerusi CLC Bongawan.

Turut hadir, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong dan Naib Presiden merangkap Timbalan Speaker Datuk Frankie Chong.

Tidak ketinggalan, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia, Ketua Penerangan Chong Pit Fah dan Ketua Pemuda Edward Dagul.

Teck Lee berkata, persiapan awal amat penting untuk mengelak jentera pilihanraya menjadi kelam kabut apabila DUN dan Parlimen dibubarkan secara tiba-tiba bagi mengadakan pilihanraya baru.

Beliau berkata, SAPP berpeluang menang dan seterusnya membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baru berdasarkan kepada senario politik pada masa kini serta sokongan padu rakyat.

Katanya, pertelingkahan sesama sendiri diantara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) turut membuka peluang kepada SAPP meraih sokongan rakyat.

Sementara itu, Rashid Gador dalam ucapannya membayangkan perubahan tampuk kerajaan akan berlaku di dalam pilihanraya ke-13 kelak.

Seterusnya beliau berharap rakyat di kawasan Klias dan Kuala Penyu meningkatkan keyakinan diri masing-masing dan berusaha keras menambah kekuatan parti.

Sebelum itu Thomas Chong, berkata kawasan Membakut menampakkan potensi untuk bersaing dalam pilihanraya apabila 20 cawangan baru sudah ditubuhkan.

Beliau juga menggambarkan usaha penubuhan cawangan di Lumadan semakin meningkat.

Sebaik majlis dirasmikan, En. Soo Soon Yong mengetuai 100 orang ahli baru dari Klias menyerahkan permohonan keahlian.

Salah sebuah parti komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima tamparan apabila Ketua Cawangannya En. Risim Aham dari Kampung Lupak, Beaufort yang terletak dalam kawasan Lumadan turut menyerahkan permohonan keahlian serta mengumumkan keluar dari PBS.

Menurut Risim, beliau bertindak keluar dari PBS kerana merasakan hanya SAPP saja yang mampu menjunjung maruah rakyat.

Seterusnya Risim berkata beberapa cawangan lagi akan turut menyertai beliau selepas ini.

Hanya seorang ahli Tanjong Papat CLC letak jawatan setakat ini.

Nov 10, 2008: Ibu pejabat SAPP ingin mengumumkan bahawa setakat hari ini hanya seorang daripada 1, 765 ahli di 18 cawangan kerusi Tanjong Papat secara rasmi telah keluar parti.

Surat bekas ahli Datuk Raymond Tan yang dikatakan bertarikh pada Sep 23, 2008 telah dihantar dengan tangan ke ibu pejabat SAPP oleh seorang kakitangan Kem.Pembangunan Infrastruktur hari ini..

Malam Mesra Warga Emas SAPP CLC Luyang

(Nov 1, 2008): Sebanyak 400 warga emas Luyang bersama keluarga mereka telah di rayakan di satu majlis Malam Mesra Warga Emas yang dianjurkan Pejabat Perhubungan DUN Luyang, Parti Maju Sabah, ataupun CLC SAPP Luyang di Dewan Serbaguna Luyang semalam.



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party