Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Sep 30 - SAPP Akan Perbetul Masalah Kebanjiran Tenaga Kerja Dari Semenanjung

SAPP Akan Perbetul Masalah Kebanjiran Tenaga Kerja Dari Semenanjung

PAPAR: Parti Maju Sabah (SAPP) berjanji akan memperbetulkan masalah kebanjiran tenaga kerja muda dari Semenanjung yang dilihat merampas peluang kerja para belia di negeri ini.

Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, perkara itu boleh diatasi melalui Borneonisasi yang terdapat dalam 20 Perkara dimana penduduk tempatan harus diberi keutamaan mendapat pekerjaan di negeri.

"Borneonisasi yang terdapat dalam 20 Perkara itu jelas menyatakan bahawa penduduk tempatan harus diberi keutamaan memegang jawatan di negeri ini.

"Kita akan melakukan apa yang sewajarnya untuk memperbetulkan ketidakseimbangan dalam perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah," katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan cawangan-cawangan SAPP bagi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Pantai Manis dan Kawang, di sini.

Seramai 400 juruteknik dari Semenanjung dilaporkan sedang bekerja di negeri ini bagi menyelenggara komputer sekolah-sekolah di seluruh Sabah.

Berita tentang kehadiran para juruteknik itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan adalah sangat mengejutkan kerana terdapat ramai belia di negeri ini yang mempunyai kemahiran komputer tetapi masih menganggur.

Teck Lee seterusnya menggesa para ahli parti memperhebatkan gerakan dan memperkuatkan jentera pilihanraya di Papar dan Kinarut kerana SAPP menerima banyak sambutan dan dilihat sebagai sebuah parti yang cukup tersusun dan kukuh untuk memerintah Sabah.

Beliau berkeyakinan tinggi bahawa semangat orang-orang Sabah untuk mengubah tampuk kerajaan sudah membara. Manakala pemimpin BN juga bercakaran sesama sendiri hanya disebabkan perkara yang remeh-temeh seperti isu nombor plat kenderaan.

"Mereka bertengakar dalam surat khabar seperti kanak-kanak kecil, ianya perkara yang memalukan, sedangkan isu-isu besar masih tidak selesai. Ini mendedahkan sikap buruk mereka"

Beliau juga menyarankan agar usaha menambah ahli di kawasan Pantai Manis dan Kawang ditingkatkan untuk mengukuhkan lagi kedua-dua kawasan tersebut. "penambahan kekuatan ini adalah usaha yang berterusan"

Sementara itu, turut berucap pada majlis itu ialah, Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Hj Mohd Noor Mansoor bekas Menteri Kewangan dan Encik Saidi Lampoh seorang aktivis politik yang menyertai SAPP baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Liew Teck Chan, Timbalan Presiden merangkap wakil rakyat Likas, Datuk Frankie Chong Timbalan Speaker yang juga Naib Presiden.

Ahli Parlimen Tawau dan Naib Presiden Datuk Dr. Chua Soon Bui, Don Chin (Naib Presiden), Jimmy Jawatah, Naib Presiden, Poon Kee Yang (Naib Presiden) Datuk Richard Yong (Setiausaha Agung), En. Chong Pit Fah, Ketua penerangan serta ahli-ahli Majlis Tertinggi yang lainnya juga hadir. Beberapa calon yang menawarkan diri untuk pemilihan parti November ini juga turut hadir.

Terdahulu Edward Dagul selaku Pengerusi CLC Pantai Manis dan Kawang di dalam ucapannya menyeru agar ahli-ahli di kedua-dua kawasan terus tabah menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Beliau berkata usaha gigih dan ketabahan ahli-ahli ini merupakan kekuatan yang tidak terdapat di dalam parti lain. Pemimpin BN pula hanya tahu mengejar projek dan sebaliknya tidak mengendahkan keperluan rakyat. Adalah menjadi kebiasaan mereka untuk turun padang hanya semasa pilihanraya.

Sementara itu Parti Maju Sabah (SAPP) pula tidak menunggu hanya pilihanraya, tetapi terus bergerak kehadapan dan melawat kesemua kawasan. Beliau berkata jadual ketat ini bukanlah perkara yang memenatkan tetapi adalah atas dasar tanggungjawab kepada rakyat. "SAPP, akan meneruskan khidmatnya kepada rakyat tanpa mengira musim".

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party