Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Oct 4 - Isu Tanah agenda utama SAPP

Isu Tanah agenda utama SAPP

Kota Marudu, Oct 4, 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) akan melaksanakan reformasi tanah apabila mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, melalui reformasi itu, tanah pertanian hanya diberikan kepada penduduk tempatan saja dan tidak akan dipajakkan lagi kepada syarikat swasta terutamanya dari Semenanjung.

Katanya, pajakan tanah sesebuah syarikat swasta itu tidak akan disambung apabila tamat manakala tanah itu akan diberi kepada rakyat.

Apakah masa depan untuk generasi muda tanpa tanah pertanian yang dipajakkan?

Beliau berkata, tanah berstatus Tanah Anak Negeri (Native Title) juga akan diberi kepada penduduk Bumiputera kerana mereka mempunyai hak dari segi adat (Native Customary Rights).

Katanya, SAPP menjadikan isu tanah sebagai salah satu agenda utama kerana banyak tanah milik rakyat telah jatuh ke tangan syarikat dari Semenanjung.

Katanya, perkara sedemikian berlaku kerana ada sebilangan pemimpin yang tidak jujur.

Beliau menambah bahawa banyak tanah pertanian di seluruh Sabah sudah dipajakkan kepada syarikat dari Semenanjung.

Bekas ADUN Pitas Johanis Piut menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee sambil disaksikan Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun (dua kiri) dan bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Nor Mansoor (kanan) serta pemimpin dan ahli parti"Satu jawatankuasa reformasi tanah yang diketuai Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun akan bertindak dengan segera sebaik saja SAPP mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

"Isu tanah kini menjadi salah satu agenda utama SAPP kerana sejak kebelakangan itu banyak tanah rakyat telah jatuh ke tangan syarikat swasta dari Semenanjung.

"SAPP akan memperbetulkan perkara ini apabila membentuk kerajaan baru nanti," kata Teck Lee.

Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan gabungan cawangan-cawangan Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Kota Marudu, Pitas dan Banggi, di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor dan Naib Presiden merangkap Timbalan Speaker Datuk Frankie Chong.

Richard Jiun Masigi menyerahkan borang permohonan keahlian dan enam cawangan baru kepada Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee sambil disaksikan bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Nor Mansoor serta para ahli baruTidak ketinggalan, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Pemuda Edward Dagul dan Pengerusi CLC Banggi Jaely Medong, dan Pengerusi CLC Kanibongan Dason Suran alias Gaban.

Hadir sama, Naib Presiden Amde Sidik dan tiga Ahli Majlis Tertinggi, Dullie Marie, Kenneth Koh, Yong Chong Kim, Pengerusi CLC Tandek Tan Chun San.

Eric juga merupakan Pengerusi parti bagi Zon Utara.

Sementara itu, Dason dalam ucapannya mengatakan bahawa program e-kasih tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat tetapi hanya menguntungkan para kontraktor.

"Sebagai contoh, projek pemeliharaan ayam. Reban dibina manakala ayam dan baja dibekalkan tetapi tidak berhasil.

"Kontraktor yang dapat untung kerana mendapat projek membina reban dan membekalkan ayam serta baja manakala peserta mengalami kerugian," katanya.

Pada majlis sama, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Johanis Piut, menyertai SAPP.

SAPP juga menerima permohonan keahlian dan seterusnya pembukaan enam cawangan baru di Matunggong melalui Richard Jiun Masigi. komen

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party