Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Oct 5 - SAPP akan batalkan loji janakuasa arangbatu

SAPP akan batalkan loji janakuasa arangbatu

LAHAD DATU, Okt 5, 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) akan membatalkan cadangan membina loji janakuasa arang batu di Kampung Sinakut dekat sini sebaik saja membentuk Kerajaan Negeri Sabah yang baru selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkata, projek loji janakuasa arang batu itu pasti akan dibatalkan apabila SAPP mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah nanti.

"Loji janakuasa arang batu itu hanya membawa kesan negatif kepada alam sekitar serta menjejaskan kesihatan para penduduk," katanya.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan gabungan cawangan-cawangan SAPP bagi Jawatankuasa Perhubungan Pusat (CLC) Lahad Datu dan Tungku di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong dan Naib Presiden merangkap Timbalan Speaker Datuk Frankie Chong.

Tidak ketinggalan, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Tawau Datuk Dr. Chua Soon Bui, Naib Presiden Amde Sidik, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Pemuda Edward Dagul dan Ahli Majlis Tertinggi, Dullie Marie, Kenneth Koh dan Yong Chong Kim.

Hadir sama, Pengerusi CLC Lahad Datu merangkap Pengerusi Zon Silam Wong Yu Chin, Pengerusi CLC Tungku Suaib Mutalib dan Pengerusi Penganjur Mapa Sari Tara.

Teck Lee berkata, sedikit masa dulu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah menolak cadangan projek loji janakuasa arang batu itu dengan alasan alam sekitar dan kesihatan rakyat akan terjejas.

Katanya, bagaimanapun, Kerajaan kemudiannya menyokong pembinaan loji itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menumumkan bahawa projek itu akan diteruskan.

Beliau berkata, cadangan membina loji itu berpindah-pindah dari Silam dekat sini ke Seguntor di Sandakan dan kemudiannya Kampung Sinakut.

Katanya, cadangan membina loji itu mendapat lampu merah apabila Jabatan Alam Sekitar menolak laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan pihak perunding projek itu baru-baru ini.

Menyentuh masalah pengangguran dikalangan belia khususnya di Lahad Datu, Teck Lee berkata, peluang kerja bagi golongan muda terlalu sedikit kerana keadaan ekonomi Sabah tidak stabil.

Katanya, peluang itu semakin berkurangan apabila pekerjaan seperti juruteknik komputer dirampas para belia dari Semenanjung.

Katanya, lebih kurang 500 juruteknik komputer dari Semenanjung sudah memulakan tugas di sekolah-sekolah seluruh Sabah baru-baru ini.

Beliau berkata, pekerjaan seperti juruteknik komputer boleh dilakukan para belia di negeri ini kerana ramai daripada mereka mendapat latihan dalam bidang itu, tetapi perkembangan terbaru yang tidak baik itu menunjukkan Kuala Lumpur kini ingin merampas peluang pekerjaan di Sabah.

Teck Lee berkata, masalah pengangguran itu menyebabkan ramai belia di negeri ini termasuk di Lahad Datu terjebak dalam kancah masalah sosial seperti menjadi Mat Rempit.

Sementara itu, Yu Chin dan Mapa Sari dalam ucapan mereka berkata ramai penduduk di Kampung Singgamata, Kampung Panji, Kampung Puyut dan Kampung Burung kehilangan tempat berteduh apabila rumah mereka dirobohkan Kerajaan Barisan Nasional Sabah.

Mereka berkata, para penduduk itu sepatutnya diberi tapak baru untuk membina rumah terlebih dulu sebelum kediaman mereka dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.

Menurut mereka, para pemimpin mahu pun wakil rakyat dari Barisan Nasional tidak datang memberi sebarang bantuan sekaligus membelakangkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

SAPP is against dirty coal ...more

Coal's Assault on Human Health
Coal pollutants affect all major body organ systems and contribute to four of the five leading causes of mortality in the U.S.: heart disease, cancer, stroke, and chronic lower respiratory diseases. This conclusion emerges from our reassessment of the widely recognized health threats from coal. Each step of the coal lifecycle-mining, transportation, washing, combustion, and disposing of post combustion wastes-impacts human health. Coal combustion in particular contributes to diseases affecting large portions of the U.S. population, including asthma, lung cancer, heart disease, and stroke, compounding the major public health challenges of our time. It interferes with lung development, increases the risk of heart attacks, and compromises intellectual capacity.

Oxidative stress and inflammation are indicated as possible mechanisms in the exacerbation and development of many of the diseases under review. In addition, the report addresses another, less widely recognized health threat from coal: the contribution of coal combustion to global warming, and the current and predicted health effects of global warming...more


State's sovereign rights on oil ....

Stop the Coal-fired Power Plant in Sandakan....

  • Destruction of famous tourist attraction sites

  • Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

  • Kinabatangan Ramsar Site, Sukau Resorts

  • Island Resorts off Sandakan, Selingan Turtle Island...

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party