Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Bangunlah Untuk Sabah....

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Oct 13 - Bukan rakyat didahulukan tetapi pembangunan yang didahulukan

Bukan rakyat didahulukan tetapi pembangunan yang didahulukan

Datuk Richard sedang mendengar aduan dari peniaga-peniaga dan nelayan di kawasan gerai yang akan di robohkanKOTA KINABALU, Okt 12, 2010: Perniagaan terpaksa dihentikan apabila menerima notis merobohkan gerai-gerai menjual ikan, sayuran dan makanan dari DBKK di kawasan gudang Karamunsing ditepi Sungai Sembulan. Lebih kurang 20 orang penduduk Sembulan yang terdiri dari kaum nelayan dan peniaga kecil yang menyara hidup berniaga dikawasan tersebut selama lebih kurang 30 tahun.

Pegawai-pegawai Penguatkuasa dari DBKK mengarahkan mereka keluar dengan serta merta dan pada 12hb Oktober, 2010 kumpulan dari DBKK datang dan merobohkan semua gerai-gerai mereka.

Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong, membuat lawatan ke kawasan tersebut pada malam 11hb Oktober, 2010 menemui sekumpulan peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan membuka dan mengambil perkakas dan bahan-bahan bangunan yang berguna dibawah deraian hujan. Mereka melahirkan kepada Datuk Richard rasa kesal dan kecewa atas tindakan DBKK tersebut, dan tidak tahu kemana harus mereka tuju untuk mencari sesuap nasi selepas ini.

Seorang peniaga, Tuan Hj Osman menyatakan bahawa keluarganya hanya bergantung atas peniagaan disini untuk membesarkan anak-anaknya, dan sekarang ke mana kah harus beliau pergi. "kami membayar RM3.00 tiap-tiap hari kepada DBKK dan inilah tempat kami selama ini." kata Tuan Hj Osman.

Seorang pemuda berumur 20-an menyatakan bahawa di sinilah beliau belajar menjual ikan sejak beliau kanak-kanak dan kemana lagi beliau harus pergi? Pihak kami tidak menerima sebarang subsidi untuk minyak diesel dan tidak pun menerima RM200.00 elaun nelayan dari kerajaan. Tangkapan ikan kami senang dibawa melalui Sungai Sembulan dan menyenangkan orang ramai untuk membelinya.

Peniaga-peniaga dan nelayan menunjukkan notis dari DBKK mengarahkan mereka berpindah serta martaEncik Wahab menyatakan bahawa rancangan DBKK adalah untuk skim beautifikasi yang berharga RM 40 juta. "Bukan kami menentang soal pembangunan, tetapi kerajaan harus perihatin terhadap kepentingan dan masalah rakyat. Kami semua rakyat Malaysia, tetapi apa yang berlaku ini bukan lah "rakyat didahulukan tetapi pembangunan yang didahulukan" kata beliau dengan nada kecewa.

Datuk Richard juga Pengerusi SAPP CLC Tanjung Aru merakam kan bahawa Kerajaan mampu membuat perancangan dan mengimplimentasikan projek berharga berjuta-juta, tetapi tidak perihatin untuk mencari satu penempatan yang sesuai sebagai alternative untuk kumpulan ini meneruskan perniagaan dan sumber pencarian hidup mereka.

Datuk Richard juga menyatakan ramai penduduk disini merasa dukacita amat sangat kerana mengetahui bila-bila masa sahaja rumah mereka akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada rancangan `beautifikasi` Kerajaan. Beliau kagum bagaimana Kerajaan tergamak menghalau rakyat dari rumah mereka tanpa memikirkan `program relokasi`?. Kemana mereka harus pergi? Samalah dengan nasib nelayan-nelayan , kemana mereka harus pergi kalau Kerajaan tidak memikirkan untuk memberi satu kawasan alternatif untuk mereka tinggal dan meneruskan perniagaan. Kita rasa kerajaan tidak punya masalah kalau mahu membantu rakyat, bukan melayan rakyat tanpa keadilan. Cara ini bukanlah unsur `priorities` yang betul.

Puan Masnah Karim dengan linangan air mata menyatakan bahawa beliau tidak akan berganjak dari gerai sayuran beliau, kerana beliau tahu tidak ada lagi tempat untuk dituju. "Biarkanlah apa saja DBKK mau buat, kerana mereka Kerajaan dan mereka mempunyai kuasa untuk berbuat apa saja mereka suka…..".

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party