Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2010 Oct 18 - Bajet 2011, Bajet Orang Mabuk?

Bajet 2011, Bajet Orang Mabuk?

Oktober 18, 2010: KELANGSUNGAN dan keperluan untuk bermegah-megah sangat dengan Bajet 2011 baru-baru ini tidak timbul meskipun pihak pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP) tidak akan menghalangnya dari diteruskan; tetapi sekadar terkejut ketika mengamati intipati kandungan bajet itu hampir selari dengan fokus rangsangan bajet di masa lalu, namun rakyat gusar kerana pelaksanaannya tidak sampai ke sasaran mengikut jadual.

"Apabila rakyat mula gusar kerana bajet berbillion ringgit diumumkan setiap tahun tetapi hasilnya tidak sampai kepada kawasan. Bagaimana pun pemimpin menempelak menyalahkan pula pihak pelaksana, kononnya merekalah punca sebenar lambat melaksanakan arahan itu," kata Naib Presiden SAPP, Jimmy Jawatah pagi tadi.

Tegasnya, keghairahan pemimpin kerajaan BN khususnya Perdana Menteri merencanakan rangsangan program pembangunan untuk dimasukkan dalam setiap bajet; nampaknya tidak terkawal langsung kerana beliau (PM) mungkin tidak mendapat 'input' dari pihak bawahan (wakil rakyat/Pengarah) status keperluan (ditambah nilai atau dibatal) projek pembangunan di masa lalu.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Tenom dan bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Pembantu Menteri Pertaniandan Asas Tani Sabah, Datuk Bobbey Suan baru-baru ini, bahawa pihak pelaksana tidak konsisten dengan tanggung jawabnya mensasarkan sesuatu pembangunan itu disasaran yang tepat mengikut arahan yang dikeluarkan.

Beliau berkata, selain bukti yang telah disebut Bobbey tentang kelemahan meletakkan sasaran tepat pengagehan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada miskin dan miskin tegar, malah kualiti pembinaannya juga termasuk saliran najis dan pendawaian tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang betul.

"Sebenarnya, masalah seperti ini sudah berlaku sejak BN bertapak di Sabah tetapi jentera pentadbiran kerajaan tidak pernah menguatkuasakan peraturan tugas pemantauan setiap projek yang telah siap perlu disahkan sebelum Perintah Am Kerja (GWO) itu ditanda tangani," tegas Jimmy.

"Bantuan PBR juga kita mendapat tahu bahawa ia sudah diselewengkan kerana apa sebab mereka yang dikategorikan sebagai berkemampuan tetapi diberi kelulusan memiliki PBR? Malah ada pula suatu ketika pernah dilaporkan dalam media bahawa seorang pemimpin wanita dari salah satu parti komponen BN mendapat PPRT (sebelum PBR)," tambah beliau.

Nampaknya, tambah Jimmy lagi, apabila ramai pemimpin kerajaan BN khususnya wakil wakil rakyat yang sejak akhir-akhir ini iaitu selepas pengumuman Bajet 2011 turut mempertikaikan kelemahan pihak pelaksanaan, sudah pastilah apa yang disuarakan pembangkang khususnya SAPP dalam masalah tersebut sebelum ini; bukanlah niat pembangkang bermain politik membabi buta tetapi dengan sendirinya telah terbukti dan diakui BN menerusi kenyataan-kenyataan pemimpin mereka sendiri.

"Inilah yang dikatakan sebagai sudah terantuk barulah terngadah atau 'Bajet Orang Mabuk Tuak' namun ia maseh belum terlambat untuk diperbaiki demi mensejahterakan bajet yang baru diumumkan itu," kata Jimmy sambil mengharapkan agar pemimpin BN akan bersedia berubah kearah yang lebih positif dalam konteks membangunkan rakyat di sesuatu kawasan.

oleh: Mail Mathew

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party