Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Oct 28 - Kerajaan BN tidak telus dan ikhlas bantu rakyat

Pengundi Batu Sapi perlu tolak BN

Kerajaan BN tidak telus dan ikhlas bantu RAKYAT, Pengundi Batu Sapi perlu tolak BN

Sandakan, Oktober 28, 2010: KEGIATAN berkempen SAPP prk Parlimen Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee masuk hari ke-2 dimana Datuk Yong terus mendedahkan kelemahan BN ketika berceramah di Kg Air dan Kg Bokara pada Rabu dengan mendapat sambutan yang luar dugaan daripada para penduduk di situ.

Datuk Yong terus menuduh kerajaan BN khususnya di Sabah lemah dan tidak peka kepada masalah kebajikan rakyat khususnya di Kg Air dan Bokara yang langsung tidak diambil perhatian rintihan mereka yang mahukan masalah infrastruktur jambatan dan keselamatan penduduk Kg Air termasuk status lot tanah yang masih TOL diselesaikan dengan secepat mungkin.

Yong yang sedih apabila mendapat tahu bahawa masalah kira kira 10 keluarga yang terlibat dalam kebakaran sekitar tahun 2001 tidak ditangani atau dibantu oleh kerajaan BN sehingga ke hari ini walhal kerajaan BN berulangkali mengatakan bahawa kerajaan BN mempunyai dana yang cukup untuk membantu dan melihat kebajikan rakyat.

Beliau berucap di Kg Air di rumah Omar dihadiri kira kira 200 penduduk terus mendapat tepukan dan sorakan apabila Yong mengumumkan bahawa perjuangan SAPP selaku parti tempatan akan terus berjuang membela rakyat yang tertindas oleh kukuh besi BN yang sekadar pandai menabur kata kata berbentuk 'rethorik' dan gula gula manis.

"Perjuangan kita SAPP adalah mahu menagih hak kuasa autonomi Sabah berasaskan Sabah for Sabahan, mengembalikan hak Pulau Labuan kepada sabah, hak bayaran lebih sumber galian asli dan gas. Kita bukan mengungkit perkara remeh temeh dan isu lapok seperti yang pemimpin BN jawab tuntutan kita sebaliknya is adalah isu serius dan masih tertunggak yang perlu kita perjuangkan dari sekarang," tegas Yong yang terus disorak hadirin.

Beliau menambah, Sabah bukan lagi sebuah negeri 'fixed deposit' yang BN dakwa dan gembar gemburkan sebelum ini, sebaliknya rakyat Sabah menerusi perjuangan SAPP akan terus meleburkan impian mereka kerana rakyat Sabah juga mampu melakukan kemajuan yang lebih baik dari kerajaan BN sekarang.

Tegasnya, rakyat Sabah sudah muak dan bosan dengan kelibat pemimpin pemimpin parti parti luar Sabah seperti Gerakan, MCA, UMNO yang menjajah Sabah termasuk parti parti pembangkang dari luar DAP, PKR dan PAS yang tidak diperlukan memperkotak katikkan politik Sabah dan kita mahu sama seperti Sarawak yang diterajui oleh parti parti tempatan.

Datuk Yong turut membangkitkan masalah menangani masalah status tanah tanah lot perkampongan Bokara yang rata rata mendiami kawasan perkampongan air menjelaskan bahawa, kalau dulu ketika beliau menjadi ketua Menteri Sabah sekitar tahun 1997-1998 dapat mengeluarkan lebih 48 ribu geran geran tanah di seluruh Sabah termasuk Kg Pukat di Bandar Nam Tung dan kenapa sekarang Musa tidak boleh lakukan.

"Ketika menjadi Ketua Menteri, Saya arahkan kerjaan negeri memperuntukkan dana sejumlah RM3 juta khusus untuk membayar elaun kerja lebih masa kakitangan untuk mempercepatkan proses pengeleuaran geran tanah di seluruh Sabah. Tanah adalah penting sebagai asset rakyat...kenapa Musa tidak uruskan semua ini kalau dia dan kerajaan BN benar benar prihatin masalah rakyat," tegas Yong.

Sebelum itu, mantan Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya Datuk Mohd Noor Hj Mansoor menegaskan bahawa rakyat Sabah berwajib menurut Agama untuk mempertahankan maruah dicabar oleh kuasa kuasa luar untuk menentukan halatuju politik dan kerajaan di Sabah.

"Saya melihat kehadiran Umno dan rakan rakannya dalam komponen BN tidak perlu mencampuri urusan politik rakyat Sabah, malah kita tak perlukan mereka ini kerana kita juga ada kemampuan menjalankan kegiatan politik kita termasuklah pembangkang dari Semenanjung....saya persilakan mereka balik ke Semenanjung dengan baik," tegas Matnoor.

Tegas Matnoor lagi, beliau melihat sambutan rakyat Sabah di seluruh pelusuk ceruk rantaun di Sabah dimana SAPP sebenarnya adalah wadah perjuangan rakyat Sabah sebagai jalan keluar untuk mengembalikan maruah rakyat Sabah yang sudahn tercalar selama ini.

"Saya bersetuju dan mengajak rakyat sekalian bahawa kita jadikan pilihanraya kecil Batu Sapi sebagai permulaan perjuangan kita untuk mengembalikan kuasa autonomi di Sabah. Apa pun keputusan yang dibuat pengundi pengundi batu sapi kita terima tetapi syukurlah bermula dari sekarang kita sudah sampaikan mesej kepada BN yang kita berjuang untuk mengembalikan maruah kita," tegas Matnoor.

Turut hadir di majlis itu, Tuan Haji Mohd Saidi Lampoh, Yunus Haji Jifli dan beberapa lagi pemimpin lama dan baru warga Sandakan.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party