Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2010 Oct 30 - Berdebat jalan terbaik atasi kemelut isu kuasa autonomi Sabah

Berdebat jalan terbaik atasi kemelut isu kuasa autonomi Sabah

Oktober 30, 2010: ISU berdebat secara terbuka antara calon SAPP Datuk Yong Teck Lee dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman yang dijadualkan pada Ahad antara jam 12 tengah hari atau jam 2 petang merupakan langkah terbaik bagi meredakan ketegangan isu diprk Batu Sapi daripada Musa menolaknya secara mentah mentah dengan alasan kononnya isu yang dibangkit sudah lapok dan basi.

Datuk Musa tidak boleh menganggap isu itu sudah lapok atau basi tetapi beliau seharusnya menyahut cabaran berdebat itu untuk menjelaskan isu yang dibangkitkan Yong seperti isu kuasa autonomi Sabah mahupun slogan “Sabah for Sabahan” dengan penuh keyakinan.

Musa tidak boleh dengan sewenang wenangnya menuduh Yong membawa isu lapok itu untuk meraih sokongan pengundi prk Batu Sapi sebagai alasan menolak cabaran Yong untuk berdebat sedangkan isu kuasa autonomi Sabah atau slogan “Sabah for Sabahan” masih segar dalam ingatan seluruh lapisan rakyat Sabah kerana sehingga kini ia masih tertunggak dan tergantung begitu sahaja.

Bagaimana isu itu boleh tergantung sedemikian kerana pemimpin pemimpin BN dan Kuala Lumpur tidak berminat langsung untuk menyelesaikan isu tersebut sejak dari peringkat awal lagi meskipun masalah itu sering dibangkitkan oleh pemimpin pemimpin Sabah terdahulu terutamanya Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan yang membangkitkan isu 20 Perkara setelah dinodai oleh Persekutuan.

Dalam kerancakan berkempen bagi prk Batu Sapi, sudah tentu isu 20 Perkara, isu kuasa autonomi Sabah dan slogan “Sabah for Sabahan” tidak dapat tidak ia pasti timbul atas desakan penyokong masing masing dalam kawasan Parlimen Batu Sapi yang mahu isu itu diperjelaskan dengan terbuka oleh kedua dua pemimpin dipihak pembangkang dan BN.

Kepimpinan BN hari ini tidak boleh secara leka mahupun tidak serius menunaikan tanggung jawab mereka untuk menjelaskan sebarang isu yang menjadi kekalutan rakyat kerana isu yang dibangkit Yong adalah kepentingan rakyat Sabah sebagai landasan menuntut hak asasi dan kesaksamaan agehan kekayaan harta yang menjamin masa depan generasi muda yang bakal mewarisi Sabah.

Cabaran Yong adalah ikhlas dan jujur untuk mendapat penjelasan dan kepastian dari Musa bahawa apakah yang dimaksudkan Musa berhubung isu kuasa autonomi Sabah boleh dipadamkan begitu sahaja dan membiarkan Kuala Lumpur mengatur mengikut sesuka hati mereka tanpa merujuk Perlembagaan Persekutuan yang dimeterai sekitar tahun 1963 ketika Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Malaya membentuk Malaysia.

Intipati inilah sebenarnya yang ingin dirungkai dan didebatkan oleh Yong bersama Musa agar isu kuasa autonomi dan hak hak Sabah dalam 20 Perkara tidak diketepikan begitu sahaja, apalagi jika kenyataan Musa melabelkan isu itu sebagai lapok dan basi agak keterlaluan dan sesuatu yang menghampakan harapan rakyat Sabah terhadap sikap tidak bertanggung jawab Musa.

Jika sekiranya Musa memilih untuk menolak cabaran Yong berdebat bererti Musa sudah mengabaikan tanggung jawabnya selaku pemimpin eksekutif BN Sabah dan jangan lagi mengalihkan tuduhan tuduhan yang lain yang sengaja diputar belitkan Musa dimana kesemua itu bukan berkepentingan dalam isu kuasa autonomi dan Sabah for Sabahan sebagai intipati perdebatan itu.

Gendang dan rebana yang dipalu Musa bertalu talu tidak akan dapat mengubah rentak tarian inang dan zapin rakyat Sabah khususnya pengundi Parlimen Batu Sapi kerana paluan gendang dan rebana direkacipta dalam bentuk baru kedengaran suara sumbang yang lebih ketara semata mata menghancur dan menghakis tamadun lama yang tidak disenangi segenap lapisan rakyat masakini.

Musa turut menyerang reputasi Yong serta menkritik dengan keras pencapaian kepimpinan Yong selaku Presiden SAPP termasuk ketika Yong menjawat Ketua Menteri Sabah selama dua tahun dibawah sistem penggiliran Ketua Menteri ilham mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Namun kritikan Musa itu dikira kurang menentu arah kiblatnya dan disifatkan banyak pihak sebagai alasan berputar putar yang mengelirukan semata mata untuk mengelak bersemuka dengan Yong dalam perdebatan itu.

Seseorang yang waras akal dan fikiran bahawa kemajuan dan prestasi kepimpinan seseorang Ketua Menteri dalam talian hayat dua tahun ketika menjawat jawatan itu sukar untuk diramal keberkesanan pencapaian kecemerlangannya.

Oleh: Kacamata Gonod Sunda

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party