Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Bangunlah Untuk Sabah....

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Oct 31 - Tuntutan pembangkang kuasa autonomi bukan lapok atau basi

Tuntutan pembangkang kuasa autonomi bukan lapok atau basi

POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai polimek politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut dicarta dunia malah di PBB hingga ke hari ini.

KERANA Sabah dan Sarawaklah Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin pemimpin DUNIA salah satu Negara yang pesat membangun di rantau ASIA, termasuklah kewibawaan pemimpin pemimpin Negara ini mampu bersaing malah berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di DUNIA yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.

BAGAIMANA PUN dari aspek politik wilayajnya khususnya Sabah dan Sarawak, pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu isu tertunggak yang belum diselesaikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam isu 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri dari Allahyarham Tun Fuad Stephen (sebelum Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.

Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC (inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas 'tsunami politik' tahun 2008 selepas PRU12 pemimpin Kuala Lumpur dalam keadaan terhimpit dan terdesak mahu tidak mahu walaupun sudah terlambat akhirnya mereka terpaksa tunduk kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan Persekutuan telah melantik dua Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai Jabatan Persekutuan diSabah.

Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki baki isu ketidak puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, Sabah for Sabahan dan keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan Gas daripada 5 peratus kepada sekurang kurangnya 20 peratus.

Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekitar tahun 1990an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.

Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang rata ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh pemimpin pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara.

Pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi

KETIKA kempen semakin sedang rancak berjalan di prk Batu Sapi kelihatan isu serupa terus didendangkan oleh rakyat Sabah tetapi dalam masa yang sama terdapat pemimpin BN khususnya Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN negeri ini Datuk Musa Aman malah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin sendiri dengan pantas cuba memadamkan isu itu dari terus diletupkan dengan mendakwa ia isu lapok dan sudah basi.

Penjelasan demi penjelasan dibuat oleh Musa dan Umno-BN berhubung isu itu tidak dapat juga meyakinkan rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi bahawa tuntutan hak kuasa autonomi, Sabah for Sabahan dan pengagehan sumber kekayaan dikaji mengikut hak keadilan kepada rakyat Sabah sekurang kurangnya 20 peratus.

Menyemarakkan lagi kebencian rakyat dan pengundi Batu Sapi apabila Datuk Musa atas sifatnya Ketua UMNO dan BN Sabah menolak mentah mentah cabaran calon prk Batu Sapi yang juga Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berdebat dengan Musa dimana sahaja Dewan atau ruang lapang berhubung isu hak kuasa autonomi dan 20 Perkara yang dilanelkan Musa dan Muhy sebagai isu lapok dan basi.

Pandangan kacamata rakyat bahawa keengganan Musa itu satu tamparan bagi dirinya seterusnya turut melemahkan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap calon BN di Batu Sapi kerana rakyat pada keseluruhannya teringin sangat mengetahui bahawa apakah tuntutan rakyat Sabah selama ini yang terkandung didalam 20 Perkara dicampakkan begitu sahaja atau tidak dipedulikan langsung oleh Kuala Lumpur.

Trend sebgitu rupa akan menguatkan lagi kemarahan rakyat Sabah kerana sekali lagi tuntutan mereka dinodai malah diketepikan dengan melabelkan tuntutan itu sebagai LAPOK atau BASI.

MUNGKIN juga ada rasionalnya demi penyelesaian isu itu, jika pemimpin pemimpin Kuala Lumpur berminat menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk merumuskan kembali isu isu tersebut dari terus dibangkitkan kerana adalah dirasakan bahawa pihak pembangkang tidak akan berhenti begitu sahaja walaupun keputusan prk Parlimen atu Sapi memihak kepada BN.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party