Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Nov 5 - Perjuangan Yong ibarat esok masih ada

PERJUANGAN YONG IBARAT ESOK MASIH ADA

Nov 5, 2010: KEGAGALAN calon SAPP Datuk Yong Teck Lee meraih kemenangan pada PRK Parlimen Batu Sapi meletakkan imej parti itu seolah olah dalam keadaan terus tertekan lebih lebih lagi gelagat pemimpin pemimpin BN yang tak putus putus memperkecil kecilkan kewibawaan Datuk Yong Teck Lee memimpin SAPP selepas itu, namun hakikat sebenarnya ia sekadar suatu keputusan berbentuk SEMENTARA kerana perjuangan Yong diibaratkan “masih ada esoknya”.

Malahan ada pemimpin yang pernah dilahirkan SAPP suatu ketika dulu dan digilap Yong sehingga boleh mengenali dan membaca huruf politik A,B,dan C dengan jelas, lantas jasa Yong itu yang menjadikan pemimpin berkenaan terus digeruni dan disegani tetapi disebaliknya pula tidak sanggup bersama Yong membentuk semula SAPP ketika SAPP dilanda permasalahan kepimpinan dalam BN.

Sesiapa juga pemimpin yang berada dipihak Yong selaku pemimpin utama dan pengasas SAPP, sudah pasti dia tidak akan lari dari tanggung jawabnya untuk terus menggembleng tenaga dan fikiran untuk meneruskan dasar dan halatuju perjuangan parti itu yang berpaksikan kepada pembelaan hak asasi rakyat, maruah bangsa dan hak autonomi rakyat Sabah dari tertindas dan terhakis oleh kuasa besar Persekutuan.

DALAM perjuangan untuk memburu keadilan dan kesaksamaan mengikut lunas lunas DEMOKRASI, tiada jaminan untuk kekal selama lamanya dalam satu gagasan perjuangan yang berkonsepkan ‘divide and rule’ atas nama BN jika dirasakan sistem tersebut sekadar menguntungkan satu pihak dan ‘mengadu dombakan’ pihak yang lain, seolah olah dialah lebih tinggi kuasanya dari lain lain.

Perbezaan dominan kuasa seperti inilah yang menjadi teras kebimbangan kepimpinan SAPP yang tidak putus putus menegur untuk tujuan membetulkan kepincangan itu selaras dengan konsep perkongsian kuasa dalam gagasan BN tetapi ini juga tidak pernah SAPP menikmati layanan baik seperti yang diharap harapkan sebelum itu memaksa SAPP tiada pilihan lain tetapi meninggalkan gagasan itu sekitar tahun 2008.

MUNGKIN strategi perjuangan Yong dan SAPP kali ini tidak berupaya membolosi pertahanan BN yang sudah lama mengintai kelemahan kelemahan Yong sebelum ini termasuk memasang beberapa ‘bom jangka’ yang diberikan kepada beberapa bekas ‘rakan karib Yong dalam SAPP tetapi telah murtad’ menggalas tugas itu untuk menghancurkan Yong dan nampaknya tugas mereka itu berjaya.

YONG yang kelihatan tidak sedikit pun menyesal perjuangan pertamanya dalam musim ini kerana telah melakukan perjuangan yang begitu cemerlang untuk menjaga kebajikan masyarakat Cina dan masyarakat lain dinegeri ini sejak beliau berada dalam BN terutamanya ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah pada 1997-1998 dalam sistem penggiliran jawatan KM yang dilhamkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada tahun 1994.

Bagaimana pun, Yong yang mempunyai perwatakan yang tahan lasak dan daya ketahan mental serta fizikal yang luar biasa, Yong kelihatan tidak goyah malah kelihatan seperti biasa walaupun Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Batu Sapai Haji Mohd Hamsan Supain mengumumkan bahawa Yong tercorot ditangga ketika sekadar meraih 2031 undi.

Justeru, suara suara latar mula kedengaran sumbang yang dinyanyikan pelakon pelakon tambahan wayang kulit BN ( mungkin akan tamat kontrak selepas imbuhan) mengatur dan menyusun kata berbentuk sindiran tajam ditujukan kepada Yong namun kesemua itu adalah tradisi dan budaya pelakon pelakon tambahan sejak zaman USNO, Berjaya dan PBS lagi dan tidak perlu diambil perhatian kerana tiada keperluan.

APA yang lebih penting agenda perjuangan Yong bersama SAPP terus digiatkan lagi yang mungkin hari ini bukan rezeki Yong tetapi dimasa masa akan datang terutamanya apabila Rakyat Sabah telah memahami perjuangan Yong sebenar benarnya tetap akan menerima Yong sebagai wadah perjuangan RAKYAT SABAH yang sejati.

Oleh: GONOD SUNDA

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party