Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Nov 12 - Banyak dibelanja tapi rakyat Sabah masih miskin

Banyak dibelanja tapi rakyat Sabah masih miskin

Kota Kinabalu, November 12, 2010: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Khamis mempersoalkan apa yang terjadi kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk pembasmian kemiskinan selama ini.

Adun Luyangnya Melanie Chia berkata, Laporan Bank Dunia menimbulkan keraguan tentang keberkesanan program membasmi kemiskinan dan program kerajaan untuk membantu penduduk miskin di Sabah.

"Berjuta-juta telah dibelanjakan selama ini, tetapi penduduk miskin yang sepatutnya mendapat faedah daripada program-program itu masih lagi miskin," keluh beliau.

Katanya, sungguh mengejutkan apabila mendapat tahu daripada Monitor Ekonomi Malaysia Bank Dunia 2010 itu bahawa Sabah mempunyai kira-kira 10 peratus daripada penduduk Malaysia tetapi lebih 40 peratus daripada penduduk miskin di Malaysia tinggal di Sabah.

Laporan Bank Dunia yang dikeluarkan Rabu mengesahkan Sabah masih negeri termiskin di negara ini dan kebanyakan penduduk Sabah masih bergelut untuk memenuhi sara hidup mereka terutamanya di kawasan luar Bandar.

Pengarah Pembangunan Insan Bank Dunia (Asia Timur, Wilayah Pasifik), Emmanuel Jimenez berkata, "daripada penduduk miskin di Malaysia, sebahagian besar daripada mereka ada di sini di Sabah. Dan kebanyakan mereka tinggal di kawasan luar bandar dan daripada kumpulan etnik seperti Rungus, Suluk dan Orang Sungai".

Menurut Chia, di Dewan Undangan Negeri sebelum ini beliau ada bertanya kerajaan apakah rancangan dan program untuk meningkatkan kadar pertumbuhan Negeri untuk mencapai status berpendapatan tinggi.

"Pertanyaan saya tidak dijawab. Dengan pengeluaran laporan mutakhir oleh Bank Dunia ini yang mendedahkan penduduk kita tidak bergerak maju, saya harap Kerajaan boleh berhenti daripada memperbodohkan kita dan bersikap jujur terhadap rakyat."

"Mengagihkan wang semasa pilihan raya dan pilihan raya kecil tidak boleh menutup keadaan sebenar yang berlaku di bawah. Orang miskin terus miskin dan ini tidak dapat membantu pembangunan dan kemajuan negeri kita."

Satu lagi faktor yang diajukan dalam laporan itu adalah rakyat diberi gaji rendah bagi kerja yang mereka lakukan. Ia berkata, mereka yang berkerja mungkin miskin bukan kerana mereka tidak berkerja tetapi kerana mereka berkerja dengan gaji yang rendah.

Ketika pilihan raya kecil Batu Sapi baru-baru ini, Chia berkata, beliau perhatikan penduduk di Batu Sapi kekal miskin kerana kebanyakan mereka melakukan pekerjaan dengan gaji rendah.

Malah ada sesetengah belia yang menyatakan bahawa mereka memilih untuk tidak berkerja disebabkan gaji rendah yang mereka terima, dakwa beliau.

"Laporan Bank Dunia itu mengesahkan pendirian SAPP bahawa masih banyak kerja untuk Sabah yang belum dilaksanakan. Perangkaan itu mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di bawah. Angka tidak bohong.

"Kita tidak boleh mendakwa yang kita maju dan telah mencapai kejayaan apabila masih ramai penduduk miskin di Negeri ini dan apabila kita masih tinggal jauh ke belakang daripada segi petunjuk social," katanya.

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party