Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2010 Nov 19 - 47 tahun melalu jalan berlumpur?

47 tahun melalu jalan berlumpur?

TARIK… Kelihatan penduduk menarik kenderaan pacuan empat roda yang sukar melalui jalan licinNabawan, November 19, 2010: BELUM pun sampai 100 hari rakyat Sabah menyambut Hari Malaysia ke 47, penduduk Kg Bonor, di Nabawan mula merungut kerana masih bergelumang dengan lumpur setiap kali musim hujan kerana jalan kerbau menuju ke rumah mereka tidak boleh dilalui hatta oleh kenderaan pacuan empat roda.

Jurucakap penduduk Kg Bonor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ampalit Angimun, 51, ketika memberitahu Sabahkini.net bahawa mereka sudah bosan dengan janji-janji kerajaan dan wakil rakyat sejak tahun 47 tahun lalu kerana kampung mereka wujud sejak zaman British lagi.

Tegasnya lagi, beliau sudah berulang kali mengemukakan rayuan tersebut kepada Pejabat Daerah termasuk juga wakil rakyat; namun jawapannya agak sama meminta mereka (penduduk) bersabar kerana kononnya masalah mereka kini sedang dalam perhatian kerajaan.

"Sampai bila kami boleh bersabar sedangkan jalanraya ini sejauh hampir 20 kilometer kami gunakan setiap hari untuk membawa keluar hasil pertanian kami ke pusat bandar untuk dipasarkan. Kalau janji dua atau tiga bulan mungkin juga kami boleh bersabar, tetapi kalau sudah menjangkau 47 tahun, macam mana?" tegas Ampalit yang mengakui jalan kayu balak di masa British diselenggara dengan baik.

Kata Ampalit, beginilah nasib yang menimpa mereka kerana ketika musim kemarau, terpaksa bergelut dengan debu dan musim hujan terpaksa bermandi lumpur pula; seolah-olah mereka belum mengecap erti kemerdekaan yang diperkatakan penduduk Bandar.

Dalam pada itu, seorang penduduk kampung, Palimon Kamunsing, 50, turut menjelaskan bahawa selain mereka, warga pendidik dan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan (SK) Bonor turut mengalami masalah yang sama.

"Selain SK Bonor, terdapat beberapa buah sekolah lagi mengalami masalah yang sama seperti SK Pengaraan, SK. Pohon Batu, SK. Binanun, SK. Nangkawangan dan SK. Mamagun. Tapi macam ini jugalah. Malas sudah kami bising kerana puas merayupun kami pula kena kutuk," ujar Palimon yang menggesa agar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turun padang memantau keperluan mereka.

Tegas Palimon lagi, keadaan jalan ‘kerbau’ seperti itu menyukarkan pihak guru membawa keperluan mereka termasuk peralatan mengajar ke sekolah kerana pengangkutan awam enggan melalui jalan tersebut kerana khuatir kenderaan mereka akan rosak atau terkubur.

Akibat keadaan jalanraya yang tidak mengizinkan, kata Palimon, banyak jabatan kerajaan terpaksa membatalkan banyak program pembangunan mereka seperti Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Bergerak yang sebelum ini mengunjungi kampung itu mengikut jadual, namun kini tergendala berikutan masalah perhubungan.

"Saya amat sedih kerana apabila ada penduduk yang sakit tenat dan memerlukan rawatan di Hospital Keningau tidak dapat dibawa keluar dengan cepat kerana masalah itu. Malangnya ramai yang meninggal dunia tanpa sempat mendapatkan rawatan. Apa daya kami?," ujar Palimon lagi yang mengakui Kg. Pengaraan, Kg. Pohon Batu A, Kg. Pohon Batu B, Kg. Sumbiling, Kg. Binanun, Kg. Nangkawangan, Kg. Lumiri Tengah, Kg. Mamagun dan Kg. Likowon turut mengalami masalah yang serupa.

Oleh: MAIL MATHEW

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party