Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Dec8 - Jangan gadaikan maruah bangsa rakyat Sabah kepada orang luar

Jangan gadaikan maruah bangsa rakyat Sabah kepada orang luar

Tenom, Disember 8, 2010: SEDAR atau tidak bahawa tanah tanah pertanian di Sabah sudah lebih kurang 50 peratus jumlahnya sudah beralih tangan kepada pihak lain dari Semenanjung melalui beberapa syarikat syarikat gergasi luar seperti Yayasan Melaka yang mendapat kira kira lebih 25 ribu ekar daripada tanah Hutan Simpan di Sabah.

Sedangkan rakyat Sabah yang tinggal dikawasan Hutan Simpan khususnya masyarakat Murut yang tinggal di Mukim Dalit dan masyarakat Rungus di Kudat pernah suatu ketika dulu telah dihalau keluar dari kawasan tersebut malah rumah rumah mereka turut dibakar tanpa peri kemanusiaan.

"Apakah tindakan kerajaan UMNO-BN ini adil untuk rakyat atau menyeksa rakyat?" demikian dinyatakan mantan Menteri Kewangan Sabah Datuk Haji Mohd Noor Mansor ketika berucap dimajlis Induksi ahli ahli baru SAPP Kemabong di Hotel Perkasa dekat Tenom pada baru baru ini.

Beliau menyifatkan keadaan pemerintahan kerajaan Umno-BN diSabah agak keterlaluan dari segi batas batas kemanusiaan dimana kalau pun mereka menghulurkan bantuan tetapi hanya kepada pengikut pengikut mereka sahaja yang terdiri daripada PATI yang telah dikitar semula menjadi RAKYAT SABAH.

Selain masalah ekonomi yang semakin serius, masalah pengangguran di kalangan para belia dan beliawanis di Sabah turut terabai dan semakin menjadi jadi dimana terdapat laporan akhbar beberapa bulan lalu yang mengatakan beribu belia Sabah terpaksa berada dalam keadaan hidup melarat di Kuala Lumpur kerana ditindas majikan mereka.

"Bila kita tanya dan tegur pemimpin pemimpin BN Sabah terutamanya Menteri terbabit, mereka cepat cepat menafikannya. Pada hal insiden itu benar benar berlaku dan sepatutnya kerajaan negeri melalui Kementerian terbabit pantas bertindak dan bukan membuang masa berdolak dalik," tegas Matnor.

Malahan ada diantara belia belia kita bekerja di Singapura dan Semenanjung terlibat dengan masalah jenayah serius termasuk ada yang menanti masa dan ketikanya ke tali gantung kerana terlibat dengan jenayah dadah seperti yang berlaku di Singapura.

Sesungguhnya kejadian kejadian yang dilakukan mereka (belia) bukanlah atas kehendak para pemimpin kerajaan Sabah namun ia berpunca atas kelemahan mereka dari segi meyusunatur pentadbiran yang tidak mengambilkira masalah penempatan belia belia menganggur termasuklah lepasan graduan.

"Semua ini berlaku kerana kelalaian mereka yang langsung tidak menitik beratkan soal belia yang menganggur dan begitu juga yang dihadapi para graduan yang terus menganggur bertahun tahun sukar mendapat pekerjaan. Keadaan hidup mereka semakin serius dan tertekan mengakibatkan mereka tiada pilihan selain bertindak melakukan penghijrahan mencari pekerjaan ke Semenanjung," tambah Datuk Matnor.

Matnor seterusnya menegaskan bahawa selagi sikap pemimpin pemimpin UMNO-BN terus 'lupa diri' terhadap tanggung jawab mereka memajukan negeri ini dan sebaliknya mereka meneruskan amalan 'Korupsi' yang mementingkan diri mereka termasuk kroni-kroni yang senantiasa menjejaki mereka ibarat 'lintah kelaparan untuk menghisap darah' alamatlah apa yang dilaporkan media kononnya Bank Dunia dipetik sebagai berkata, "Sabah diantara negeri yang termiskin diMalaysia" akan menjadi kebenaran.

Oleh itu tegas Matnor, tiada siapa yang mampu mengubah keadaan sebegini rupa selain daripada rakyat Sabah itu sendiri yang harus berani bangun untuk mengubahnya secara demokrasi menerusi pilihanraya umum akan datang ini. Jika tidak, siapa lagi yang boleh berbuat sedemikian kerana Sabah adalah hak milik kita dan adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk melakukan perubahan yang bakal kita lakukan pada PRU13 kelak.

"Saya tua tua bangka ini pun sanggup juga turun padang bersama anak anak sekalian untuk mempastikan kita rakyat Sabah sama sama bangun membina semangat baru untuk terus berjuang mendapatkan kembali hak dan kuasa autonomi kita diSabah. Jika kita lambat bertindak selagi itu masalah hak kita semakin terhakis. Ketika itu kita menangis hingga menitis air mata darah sekalipun tidak berguna lagi," tegas Matnor dengan nada serius.Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party