Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah dan masyarakat yang progresif, adil dan sejahtera ... To establish a trustworthy government and a progressive, just and harmonious society.........

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2010 Dec 22 - Program Evolusi Belia di Sandakan

Ketua Pemuda rasmi hari keluarga seni silat Bingkasan

SERAMAI 200 orang ahli Persatuan Seni Silat Bingkasan Sabah telah menghadiri hari keluarga persatuan tersebut yang diadakan di Kg. Lapai Tenghilan yang bertujuan untuk memperbaharui tekad dan keazaman mereka dalam persatuan selain untuk mengeratkan silatulrahim antara mereka yang telah terujud sekian lama lebih lebih lagi seni silat Bingkasan merupakan khazanah warisan Kadazandusun.

Seni silat warisan Bingkasan yang diturunkan oleh Allahyarham Mahaguru Ahmad Onup dipercayai mempunyai banyak pengikutnya di seluruh pelusuk daerah diSabah kerana seni silat Bingkasan bukan sahaja tertumpu kepada ajaran mempertahankan diri tetapi lebih mengkhusus kepada gerak seni kesihatan, jatidiri dan ketahan mental.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward J Dagul selaku tetamu kehormat telah merasmikan majlis hari keluarga seni silat Bingkasan dengan penuh gilang gemilang dan bersejarah itu.

Dalam pada itu, Edward menegaskan bahawa peranan yang telah dimainkan oleh pihak penganjur silat Bingkasan telah menunjukkan satu contoh yang baik kerana berjaya mengatur satu strategi yang memberangsangkan dengan menganjur satu pengisian aktiviti yang lebih sempurna dimana ia akan dapat menghindar golongan generasi muda terjerumus ke lembah negatif.

Tegasnya lagi, beliau terkejut apabila mendapat tahu wujudnya aktiviti seperti ini khususnya seni silat Bingkasan yang turut disertai ramai belia, sebaliknya khabar angin yang beliau perolehi sebelum ini sudah menjadi realiti.

“ Kalau selama ini saya hanya mendengar cakap cakap kosong keujudan seni silat Kadazandusun dan tidak lebih dari khabar angin…tetapi hari ini ia sudah terbukti ujud dan inilah dikatakan ‘diam diam ubi tapi berisi’,” tegas beliau sambil disambut tepukan gemuruh oleh para peserta.

Edward seterusnya menegaskan bahawa seni silat merupakan satu aktiviti senaman yang bertindak menggerakkan seluruh anggota tubuh badan yang akan menyihatkan fizikal dan mental seseorang individu.

Beliau menambah, lebih lebih lagi seni silat Bingkasan turut melakukan ajaran berguna dengan penerapan nilai nilai murni seperti disiplin dan jatidiri sebagai pelengkap kepada kematangan bagi seseorang itu.

Terlebih dahulu Yang Dipertua Persatuan Seni silat Bingkasan Encik Gaimin Guraat dalam ucapannya menyatakan bahawa tujuan utama hari keluarga tersebut adalah untuk mengukuhkan hubungan rapat dikalangan ahli persatuan itu selain dapat saling mengenali dan bertukar-tukar pendapat.

Dari segi sejarah, secara rasminya persatuan ini telah berdaftar dengan jabatan pendaftaran pertubuhan (ROS) sejak tahun 1988. Apa yang membanggakan persatuan ini dapat melahirkan pesilat kadazandusun yang pertama bertanding pada peringkat kebangsaaan. Selain daripada itu, persatuan seni silat Bingkasan turut menganjurkan kempen derma darah pada setiap tahun.

Cawangan-cawangan yang terlibat dalam penganjuran hari keluarga ini adalah terdiri daripada cawangan Gelanggang Kota Kinabalu, Gelanggang Keningau, gelanggang Kg. Kalipasuan Tamparuli, Gelanggang Kg. Tiong Ratau, dan Gelanggang cawangan Kota Marudu. Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Encik Gunsiang Gondihan
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2013 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party