Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Jan 2 - Kelahiran SAPP Kemabong pulihkan maruah dan menentang pelewengan BN

Kelahiran SAPP Kemabong pulihkan maruah dan menentang pelewengan BN

KEMABONG, Januari 2, 2011: Pemimpin Parti Maju Sabah (SAPP) Saul Salleh menggesa kerajaan BN agar melengkapkan sepenuhnya sesuatu pembangunan yang diberikan kepada rakyat khususnya pembinaan rumah rakyat yang tergolong didalam skim PPRT supaya ia disiapkan selengkap lengkapnya terutamanya pendawaian elektrik sebelum diserahkan kepada para penerima.

Tegasnya, beliau kesal dan sedih melihat keadaan sebegini rupa kerana rakyat seolah olah telah diperlekehkan haknya untuk memiliki pemberian kerajaan walaupun ia suatu pemberian secara percuma.

"Walaupun pemberian itu secara percuma tetapi haruslah dalam keadaan serba lengkap dan siap sepenuhnya kerana penerima itu adalah dikalangan golongan yang tidak berupaya malahan dia mengharapkan balas ehsan daripada bantuan kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Jumaat.

Saul yang juga mantan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan bekas ahli UMNO seterusnya berkata, beliau tidak sama sekali menggunakan kepincangan kerajaan BN dalam membantu rakyat termiskin disitu sebagai modal politiknya untuk meraih sokongan mereka namun perkara itu adalah satu manifestasi wujud kelemahan pentadbiran kerajaan BN yang ditunjangi UMNO khususnya di kawasan DUN Kemabong.

Dalam pada itu Saul menambah, terdapat beberapa tindakan dari segi pengagehan pembangunan dilakukan secara pilih kasih sebagai contoh yang ketara dimana jalanraya antara Sipitang ke Kemabong yang sepatutnya pada perancangan awal jalanraya itu menembusi kawasan Kuala Tomani supaya kawasan mukim Kuala Tomani mendapat impak daripada cadangan itu, tetapi disaat saat akhir cadangan itu ditukar menembusi kawasan Kg Bamban dan Paal Batu 10.

"Saya tidak faham langsung halatuju perjuangan BN dan UMNO diKemabong sama ada untuk kroni kroninya kah atau untuk semua rakyat jelata disini. Cukup dan cukuplah UMNO bertapak disini selama empat penggal kerana kita juga ada maruah dan harga diri malah SAPP sebuah parti tempatan mampu mentadbir negeri ini jika diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 nanti," tegas Saul lagi.

"Misi dan visi kita setelah menyertai perjuangan SAPP adalah untuk memulihkan maruah kita yang sudah tercalar dimata rakyat sebelum ini, kerana pada tahun 1994 kita seakan akan dipaksa meninggalkan perjuangan PBS dan menyertai UMNO. Bagaimana pun PBS dan UMNO sekarang ini sudah bersekongkol dalam satu perjuangan BN, maka kami ambil keputusan untuk terus berjuang dalam SAPP," tambahnya lagi.

Ketika ditanya apakah langkah beliau lakukan selepas menyertai SAPP beberapa bulan lalu Saul berkata, beliau bersama beberapa rakan seperjuangan yang lain daripada berbagai mukim telah menjelajah ke pelusuk kampong menjelaskan misi dan visi perjuangan SAPP termasuk isu 20 Perkara, kuasa hak autonomi rakyat Sabah dan insiden kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994 yang banyak meninggalkan perasaan kekecewaan yang menjatuhkan maruah serta insiden yang memalukan rakyat Sabah hanya kerana melanjutkan 'survival' politik pihak tertentu.

Ketika mengulas lanjut berhubung isu hak kuasa autonomi Sabah Saul berkata, beliau sudah menjelaskan definisi isu tersebut kepada seluruh rakyat akar umbi menerusi beberapa jawatankuasa mukim yang telah dilantiknya suapaya mereka faham dengan sejelas jelasnya maksud isu tersebut supaya mereka tidak mudah dikelirukan lagi.

Tegasnya, isu hak kuasa autonomi meskipun tidak dinafikan ada sebahagian perkara yang beransur ditunaikan tetapi masih banyak lagi yang masih tertunggak khususnya kuasa Imigresen, JPN, Tanah, Kewangan, Pendidikan, Sumber galian dan gas. Persoalannya sekarang tegas Saul bahawa status Sabah, Sarawak dan Semenanjong adalah sama atau lebih dikenali sebagai “equal partnership" dan mengapa hak kuasa autonomi tiba tiba hilang begitu sahaja bagi Sabah dan Sarawak, sedangkan status kuasa adalah sama sejak 47 tahun lalu. Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party