Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Jan 29 - Power in hands of Umno elite

SAPP: Kuasa di tangan Umno

KOTA KINABALU, 30 Januari 2011: Kegetiran dimana Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyangkal bahawa PBS adalah badut elit UMNO dan laporan polis PBS diajukan terhadap blogger Atama menunjukkan bahawa PBS adalah takut terhadap kebenaran. Bahkan, sketsa Atama daripada "Three Stooges" adalah pandangan umum orang Sabah.

Ia adalah fakta di Sabah pada hari ini bahawa kuasa politik, ekonomi dan birokrasi tertumpu di tangan para elit UMNO yang hanya boleh dijawab oleh UMNO di Kuala Lumpur. Penduduk Sabah, dahulunya bangga sebagai negeri terkaya dengan pemimpin yang kuat, kini telah menjadi termiskin di negara ini.

Tan Sri Pairin harus merenungkan fakta berikut:

1. Krisis pendatang haram dari buruk menjadi lebih buruk. Jenayah dan masalah sosial yang berkaitan dengan pendatang haram terus membelenggu negara ini,

2. Setiap hari, pendatang baru diberi kewarganegaraan dengan Mykads. Pendatang berbaris mengambil Mykad di Sandakan, Tawau dan Semporna. Putrajaya juga mengeluarkan Mykads secara langsung kepada pendatang. Apakah para menteri PBS baik di peringkat negeri dan persekutuan benar-benar buta terhadap kejadian yang berlaku dihadapan mata mereka? Atau adakah mereka menutup kedua-dua mata dengan cepat, perubahan dalam demografi Sabah yang tidak boleh diubah lagi?.

3. Keengganan kerajaan BN untuk membentuk Suruhanjaya di Raja (RCI) terhadap pendatang haram. Kematian Teoh Beng Hock mendapat siasatan penuh Suruhanjaya di Raja. Rakaman pita VK Lingham (2007), polis (2004) dan bahkan "gadis tok ketampi" (2005) semua memenuhi syarat untuk RCI. Namun isu keselamatan negara yang sangat besar, seperti pendatang haram di Sabah, diabaikan. Siapakah yang kerugian besar? Bukan UMNO tetapi PBS, UPKO dan PBRS dan masyarakat yang mereka dakwa mereka wakili. Mengapa PBS lupa tentang permintaan mereka untuk Suruhanjaya di Raja ketika mereka masih menjadi pembangkang? Kerana Setiausaha Agung PBS dengan bangga mendakwa mereka adalah rakan karib UMNO dan para pemimpin PBS seperti Johnny Mositun dan Herbert Timbun Lagadan telah mendapat gelaran sebagai "jurucakap UMNO”

4. Kenaikan kos hidup menjadi tamparan hebat kepada orang ramai,

5. Kehilangan tanah pertanian dan pengusiran secara paksa penduduk tempatan dari hutan simpanan, dengan rumah-rumah mereka dibakar dan tanaman dimusnahkan,

6. Hilangnya identiti budaya, bahasa, adat dan ruang fizikal secara berperingkat menjurus kepada perpindahan ridak boleh diubah masyarakat dominan yang dikenali sebagai Kadazandusun dan Murut dan pribumi lain,

7. Ketidakpuasan terhadap pengambilan, kenaikan pangkat dan penempatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan peluang perniagaan,

8. Peningkatan jumlah golongan muda berhijrah ke Semenanjung Malaysia, beberapa di antaranya yang terdampar dan terjebak dalam jenayah,

9. Projek loji janakuasa arang batu telah ditandatangani secara senyap di KL pada Februari 2008 dengan kontraktor dari negara China, dan telah berkali-kali ditolak oleh rakyat dan Jabatan Alam Sekitar tetapi kerajaan tetap tegas meneruskannya,

10. Gas asli milik kita tidak dibenar digunakan untuk menjana tenaga di Sabah tetapi disalurkan keluar ke Bintulu untuk keuntungan Petronas,

11.Projek mega empangan Kaiduan di Penampang dan empangan Tambatoun di Kota Belud di mana Menteri dari UMNO Noh Omar dengan sombongnya mememberitahu para YB dari PBS bahawa projek itu akan diteruskan walaupun mendapat bantahan penduduk tempatan. Rakyat yang mendapat kesan negatif daripada projek-projek mega UMNO ini semuanya terdiri dari masyarakat Kadazandusun. Apa yang pemimpin kita ingin katakan tentang ini? Oleh kerana itu, rakyat berhak diberi penjelasan sebenar bahawa menteri kita hanya menjaga kepentingan diri mereka sendiri. ketidakmampuan mereka telah menyebabkan penderitaan kepada rakyat. Lihatlah contoh terkini:

1. Kontroversi Menara Jam Atkinson dan feri Labuan adalah tanda jelas bahawa keputusan kerajaan terlalu dipengaruhi kepentingan peribadi,
2. Kelewatan panjang jalan bertingkat Tanjong Aru, terminal lapangan terbang dan landasannya,
3. Kegagalan landasan keretapi baru yang tidak sesuai dengan platform landasan keretapi di Sabah,
4. kehilangan memalukan Hospital Umum Ratu Elizabeth (QEH) dan kecacatan serius di QEH2,
5.Projek Hospital Khidmat yang sekejap timbul sekejap tenggelam,
6. Air kotor yang disalurkan Jabatan Air kepada penduduk di Sandakan,
7. Kegagalan membayar gaji selama lima bulan pekerja am Majlis Daerah Putatan. Senarai ini berterusan. Tapi Tan Sri Joseph Pairin dengan gembira hanya menyerahkan kepingan zing untuk penduduk desa dan berikhtiar membaiki pendingin hawa perpustakaan Keningau. Sementara itu para menteri PBS yang lain hanya cekap memotong riben serta dengan senang hati memberi "ang pow” kepada orang-orang tua bagi pihak syarikat judi seperti TOTO. Ini adalah sebab mengapa saya katakan PBS memerintah, tetapi tidak berkuasa.

PBS menjadi badut elit UMNO.

PBS begitu tunduk kepada elit UMNO.Pemimpin PBS sedia maklum bahawa demi menjaga kepentingan mereka sendiri maka mereka sanggup melakukan pekerjaan kotor untuk UMNO. sebagai contoh, krisis pendatang haram dan isu Mykads. PBS sudah pasti tahu bahawa orang-orang UMNO disebalik semua itu. Tapi PBS akan mengalihkan tanggung jawab UMNO dengan menyalahkan SAPP.

Sebagai rekod, saksi PBS dalam perbicaraan petisyen pilihan raya 1999 sudah membersihkan nama para ahli SAPP daripada sebarang "Project IC" dan telah memberi keterangan dengan memberikan nama pemimpin UMNO terlibat dalam "Project IC" itu. Tapi tidak pula walau sekalipun PBS namakan UMNO. PBS dengan niat jahat menyasarkan SAPP. Untuk perkhidmatan ini, PBS diberi ganjaran lumayan. Kuasa elit UMNO terhadap PBS begitu kuat sehingga UMNO tidak perlu melakukan apa-apa. PBS akan melakukannya untuk UMNO. Begitulah kuasa UMNO terhadap PBS.

Mengenai isu patung Mazu, PBS mengerahkan NGO dan tokoh agama memberi pujian kepada Ketua Menteri UMNO kerana menghentikan projek asal Mazu itu. Pemimpin PBS menampilkan diri dengan cadangan untuk mendirikan sebuah patung Mazu kedua. UMNO tidak perlu melakukan apa-apa. Menteri PBS dengan liciknya melakukan pekerjaan kotor itu. Sejarah akan mengingati orang-orang seperti ini.

Mengenai isu Amanah Saham Sabah, penjahat sebenarnya adalah pemimpin UMNO dan syarikat milik UMNO. PBS mendapat tahu penjahat sebenar SAS itu apabila PBS menyertai Kabinet BN Sabah pada 2004. Tapi PBS terus menuduh SAPP. Mengapa? Kerana mereka ingin melindungi UMNO. Begitulah kuasa UMNO terhadap PBS. Ini adalah kuasa yang sama dimiliki Tan Sri Pairin, sebagai orang baru, mengambil bahagian dalam menandatangani perjanjian memberi minyak Sabah untuk mendapatkan hanya 5% royalti pada Jun 1976.

Sewaktu SAPP berada dalam BN, kami dicap sebagai "pembangkang di dalam BN”'. Ketika separuh rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN / UMNO pada pilihanraya umum 2008, SAPP bertindak membebaskan diri dari cengkaman UMNO. Melihat kesempatan seperti itu terbuka bagi Sabah selepas 45 tahun mengabdikan diri dalam Malaysia, SAPP bekerja sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabunan Pakatan yang beliau bentuk untuk mendesak perubahan. Walaupun parti dari Semenanjung itu tidak berjaya mengerahkan kekuatan yang cukup untuk membawa perubahan di negara ini, namun perjuangan diteruskan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party