Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Mar 6 - Inter-party dialogue and leadership mencapai matlamat

"Inter-party dialogue and leadership" mencapai matlamat

Oleh: Mail Mathew

Mac 6, 2011: KATA DISUSUN, JANJI DIPADU DAN IKATAN PERJUANGAN TERUS DIKUKUHKAN antara ramuan perbincangan yang menjadi agenda khusus seminar eksklusif bertema "Inter Party Dialogue and Leadership" dimana sesi perbincangan pelbagai isu telah memakan masa sehari suntuk yang dihadiri seramai hampir 200 pemimpin pelbagai parti pembangkang diseluruh Sabah, disebuah hotel lima bintang diKotaraya Kota Kinabalu pada Sabtu.

Presiden UBF (United Borneo Front) Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan selaku penganjur seminar tersebut menyampaikan kata kata aluan sebelum seminar itu bermula dengan menekankan betapa pentingnya kesepakatan rakyat Borneo khususnya Sabah dan Sarawak memahami beberapa pencabulan kepada hak asasi rakyat oleh kerajaan Persekutuan sejak 47 tahun lalu terutamanya asas perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak perlu dikaji dan dilaksanakan.

Jeffrey seterusnya menekankan bahawa isu yang sudah berlarutan itu telah menghantui perasaan rakyat dikedua dua negeri Wilayah Borneo iaitu negeri Sabah dan Sarawak tetapi menjelaskan bahawa isu tersebut tidak dapat dilakukan secara berseorangan "sendiri sendiri sahaja" namun ia perlu disertai oleh banyak pihak yang cintakan KEADILAN dan KESAKSAMAAN yang memerlukan penyertaan parti parti politik sama ada dari pembangkang mahupun parti parti dalam komponen BN

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang juga mantan Pesuruhjaya SUHAKAM Tan Sri Simon Sipaun diberi mandat mempengerusikan seminar sehari suntuk itu yang turut dihadiri pemimpin pemimpin parti pembangkang antaranya mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Timbalan Ketua Perhubungan PKR Negeri Sabah Christina Liew, wakil Presiden SPF(Sabah People Front dulu Bersekutu), Timbalan Speaker Dun Sabah Datuk Frankie Chong, Adun Likas Datuk Liew Teck Chan, Adun Luyang Melanie Chia, mantan Senator Dr Chong Eng Leong dan Aktivis masyarakat Datuk Patrick Sindu.

Manakala para ahli panel terdiri daripada golongan profesional Amde Sidek (Peguam), Nillakrisna James (Peguam dan Ahli Sejarah), Zainal Ajamain (Economic), Daniel John Jambun (Sastera), Dr Chong Eng Leong (Pengamal Perubatan) dan Yunuf Maringking wakil Persatuan Guaman Sabah.

Dalam pada itu Datuk Dr Jeffrey menekankan bahawa beberapa kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai kumpulan Pembela Rakyat, Cendikiawan Alab Baru dan banyak lagi telah mengikrarkan sokongan mereka kepada agenda UBF yang mempunyai 7 teras permintaannya kepada kerajaan pusat untuk diperbetulkan seperti,

1. That the Federal government establishes a "Compliance Mechanism" berdasarkan Artikel 8 dalam Perjanjian Malaysia.
2. Demand for a Faierer and more equitable revenue sharing formulae;
3. Restor the equal partnership status of Sabah and Sarawak to Malaya in the Federal including special rights & privileges & role of Sabah, Sarawak in citizenship & natural registration and Immigrations;
4. Demand for abolishment of cabotage/Transport/Trade Policies that negatively affects the Borneo States;
5. Demand for the respect and implementation of ative rights/NCR and Article 153 Federal Constitution;
6. Demand for a shift in the economic development focus to Sabah and Sarawak including the narrowing of the economic and digital devides between Malaya and the Borneo (Sabah and Sarawak);
7. Resolve the Illegal immigrants (PATI) “Project IC" problems and the threat to the territorial intergrity of Sabah and Sarawak including the passing of the heaviest deterrent sentence on crime related to the issuance of citizenship to illegal immigrants.

Katanya lagi, manakala parti parti komponen BN seperti PBS disifatkannya sebagai 'malu malu' untuk menyokong agenda UBF, UPKO menyokong agenda perjuangan UBF tetapi tidak menyatakannya secara terbuka dimedia.

Bagaimanapun penyertaan daripada delegasi Sarawak dalam seminar itu tidak kelihatan dan difahamkan bahawa mereka menumpukan persediaan menghadapi pilihanraya umum negeri itu yang akan diumumkan pada bila bila masanya sahaja.

Dalam pada itu, ketika sesi soal jawab daripada para peserta dengan ahli ahli panel dibuka selepas para ahli panel selesai membentangkan kertas kerja masing masing, para opeserta tidak membuangkan masa melorongkan beberapa pertanyaan seperti berikut,

Wakil Tenom ( Ambrose Mail Mathew) – meminta UBF menderaf satu memorandum kepada kerajaan untuk mengkaji ordinan Tanah dan juga hak asasi penduduk kampong tentang NCR yang memasukki kawasan Hutan Simpan. Menurut ordinan itu kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan tidak ada kuasa mutlak menidakkan kewujudan tanah adat atau NCR meskipun ia dalam kawasan Hutan Simpan.

Beliau mengambil contoh insiden yang berlaku di Perkampongan Kg Sumambu, Kapulu dan Katubu dimana penduduk disitu kini 'melilau' tiada ketempatan setelah Jabatan Hutan melabelkan perkampungan itu sebagai HARAM kerana berada dalam kawasan hutan simpan. Sedihnya, penduduk disitu kini menggelarkan mereka sebagai 'pelarian dibumi sendiri'.

Wakil Tongod – meminta UBF memberi defibisi yang tepat dan fungsian geran 'Komunal' sepertimana yang dilancarkan oleh Timbalan erdana Menteri Tan Sri Muhyddin baru baru ini. Mereka menyifatkan pemberian itu sebagai 'olok olok' yang antara lain untuk menutup isu itu dari berpanjangan kerana kerajaan gagal mengeluarkan gerantanah kepada penduduk disitu lebih 30 tahun lalu.

Penjelasan UBF (Yunuf Maringking)- Pemberian geran Komunal bukan ikhlas dan lebih condong kepada strategi politik kerajaan BN. Geran Komunal antara lain menidakkan hak penerima daripada mengusaha dari segi perdagangan (pinjam wang dari bank) untuk menggunakan geran itu sebagai cagaran untuk memulakan bisnesnya.

Aktivis masyarakat Datuk Patrick Sindu – menyuarakan kebimbangan yang mendesak berhubung penyelesaian pemberian Projek IC dan kerakyat kepada PATI yang sehingga kini belum selesai. Memburukkan lagi keadaan apabila Menteri Dalam Negeri Dato' Hishamuddin menolak cadangan penubuhan RCI. Patrick minta UBF menyediakan memorandum yang agak keras sedikit kepada kerajaan untuk mengambil tindakan masalah tersebut.

(Isu ini hangat dan lebih ramai peserta yang mengambil bahagian membahaskan masalah tersebut yang meliputi kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau).

Ahli panel Dr Chong Eng Leong memberi penjelasan – Isu Kad Pengenalan yang berleluasa diSabah beliau mengakui isu itu sehingga ke hari ini masih terus tertunggak kerana belum diselesaikan oleh Federal meskipun beliau dan beberapa pemimpin dan individu lain termasuk seorang wartawan dan pengarang buku Mutalib M.D telah berjuang habis habisan namun pihak pemimpin Persekutuan tetap membisu dalam persoalan ini.

Chong menegaskan bahawa untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah ini tidak lain dan tidak bukan, kita rakyat Sabah Sarawak dan Semenanjong bertekad menumbangkan kerajaan kukubesi BN pada PRU13. Setelah kerajaan UMNO-BN tumbang barulah masalah Kad Pengenalan dan PATI diSabah dapat diselesaikan.

Manakala Ahli Panel Zainal Ajamain terus merungkai permasalahan isu “Cabotage" apabila isu itu turut di ketengahkan oleh para peserta. Zainal menyifatkan system kabotaj merupakan suatu penindasan dan penyisihan hak ekonomi diwilayah Borneo yang sepatutnya Sabah dan Sarawak juga bebas mendapat habuan hasil perniagaan menerusi pungutan hasil pelabuhan jika Sabah dan Sarawak diberi kebenaran dalam 'Import dan Export" secara terus.

Ketika sesi penutupan seminar tersebut, Tan Sri Simon Sipaun dam ucapan penggulungannya menyifatkan seminar itu telah berjaya kerana segala isu isu yang diketengahkan berjaya merungkai persoalan perkara yang merupakan masalah 'tenat' yang perlu ditangani kerajaan BN kerana telah terabai sekian lama iaitu sejak 47 tahun lalu.

Tan Sri Simon turut memperkecil kecilkan bajet 2011 yang dibenatng tahun lepas sebagai 'kacang' (peanuts) dimana bajet tersebut memperuntukkan sekadar RM9.55 billion untuk Sabah dan Sarawak berbanding diSemenanjong yang meraih RM109.74 billion.

"Satu projek yang dinamakan bangunan 100 tingkat di KL telah diberi peruntukkan RM 5 billion dimana ia lebih sedikit peruntukkan diterima oleh Sabah, malah Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang ekonomi kepada Negara kerana mengeluarkan minyak dan gas," tegas Sipaun.

Kebimbangan rakyat Sabah dan Sarawak terus menular kerana pemimpin Persekutuan terus memainkan strategi penyisihan dan taktik kotor seperti masalah PATI dan Kad Pengenalan tetapi tanpa segan silu menamakan Sabah sebagai “fixed deposit' hanya kerana mendapatkan sokongan sokongan Sabah dan Sarawak untuk mengukuhkan kerajaan UMNO-BN diperingkat Persekutuan.
New Page 1
 

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party