Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Mar 9 - Permohonan majlis penangguhan ditolak oleh speaker

Permohonan majlis penangguhan ditolak

Mac 9, 2011: USUL Ahli Parlimen Malaysia (Sepanggar), Datuk Eric Enchin Majimbun yang membuat Permohonan Majlis Penangguhan Mengikut Peraturan 18(1); Cadangan untuk membincangkan tindakan bagi 'Rakyat Malaysia' yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu Ke 33 pada 2 Februari 2011 di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, telah ditolak Dewan Rakyat.

Permohonan majlis penangguhan mengikut peraturan 18(1) ...

Cadangan membincangkan tindakan bagi "Rakyat Malaysia" yang ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 pada 02 Februari 2011 di Kampung Likas Kota Kinabalu, Sabah Malaysia

Rakyat Malaysia khasnya di Sabah telah dikejutkan dengan tersiarnya berita melalui media eletronik dan surat khabar bahawa seorang "rakyat Malaysia" yang memiliki Mykad 570707-12-6083 / H0695275 mengikut daftar pengundi yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sebagai pengundi di Kawasan N.14 Likas, Sabah. Mengikut berita yang tersiar, Datu Mohd. Akjan bin Datu Ali Muhammad setelah mengangkat sumpah kesetiaannya telah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang ke-33 dengan gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ul-Hashim II, Dr. Sharif Mohammad Akjan Mu'izzuddin Waddaaulah Ibni Al-Marhum Sultan Ali Muhammad Pelalun, pada 02 Februari 2011 di Likas Sabah dengan disaksikan oleh sekumpulan 60 orang termasuk Pegawai Kanan Kesultanan Sulu dari provinsi Sulu di Selatan Filipina. Kerajaan sementara Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Perdana Menterinya Datu Albi Ahmad Julkernain telah menjelaskan bahawa pentabalan tersebut diadakan jauh dari ibu kota negeri provinsi Sulu di Jolo atas sebab keselamatan.

Mengikut profilnya, Datu Mohd Akjan dilahirkan pada 23 November 1957 di Jambangan Nipah-Nipah di kesultanan Sulu, adalah anak tunggal Sultan Sharif Ali Mohd Pulatan dengan isterinya Sharifah Sarimah ibni Sharif Imam Yusop ibni Datu Sharif Salahudin ibni Sharif Safarudin telah dibawa oleh bapa saudaranya Hasirin Sumabud ke Kem Sibaud di Sandakan atas alasan keselamatan pada 11 November 1962, kemudian menjadi warganegara Malaysia. Beliau adalah bekas tahanan ISA dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan kerakyatan dan pengeluaran Kad Pengenalan, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia bahagian Sabah (Pekida), beliau juga sebagai ketua Hal Ehwal Antarabangsa Pekida.

Penimbulan hal ini telah dengan sendirinya memperjelaskan kecurigaan dan wasangka rakyat tulin Malaysia khasnya di Sabah bahawa selama ini warga-warga asing telah dan sedang dianugerah dengan keistimewaan sebagai rakyat Malayasia ada kebenarannya, dan 'mereka' ini sedang bercampur gaul, bersaing dengan rakyat Malaysia tempatan didalam semua bidang perniagaan , perusahan, pertumbuhan penduduk dan sebagainya. Ketua Menteri Sabah juga dengan tegas telah membidas agar Datu Mohd. Akjan dilucut keahliannya dari Parti memerintah UMNO.

Keistimewaan yang diberi oleh Kerajaan untuk rakyat asing sebagai warganegara Malaysia telah dibalas dengan satu tamparan yang dahsyat dan amat sukar kita bayangkan sebagai rakyat Malaysia yang taat setia mempertahankan Kedaulatan Negara kita dengan menjunjung tinggi 5 Prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Negara. Adakah rakyat yang diragui ini mempunyai Ketaatan dan Semangat Kekitaan serta Patriotisma terhadap Negara kita, inilah sebenarnya kebimbangan rakyat di Sabah selama ini.

Penimbulan hal ini sendiri juga telah memperjelaskan dakwaan kita di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan penumbuhan bancian penduduk secara mendadak dengan melambung tinggi sejak tahun 1970 hingga sekarang iaitu peningkatan lebih daripada 400% dalam masa 40 tahun. Tentunya dakwaan rakyat Sabah selama ini ada kebenaran dengan bukti jelas bahawa ramai orang asing yang telah diisytiharkan sebagai rakyat Malaysia tanpa mengikut lunas undang-undang seperti yang termaktub dalam akta Perlembagaan Malaysia, Enakmen Pendaftaran Rakyat serta Ordinan Pendaftaran Sabah yang masih diguna pakai khasnya di Negeri Sabah.

Dengan ini majlis Dewan yang mulia ini perlu ditangguhkan untuk membincangkan tindakan terhadap perkara yang tertentu ini. Bahawa "Rakyat Malaysia" yang diragui ini dan mendakwa sebagai "Sultan Sulu yang ke-33" walhal kepulauan Sulu adalah dalam negara jiran Filipina manakala pentabalan diadakan di dalam Negara Malaysia yang berdaulat.

Perkara ini adalah merupakan kepentingan bagi orang ramai dan nampaknya telah menjejaskan hubungan dua Negara diantara Malaysia dengan Filipina. Peristiwa ini juga telah mengukuhkan kecurigaan dan dakwaan majoriti rakyat Malaysia khasnya di Sabah terhadap pendatang asing yang mudah untuk mendapatkan dokumen peribadi sebagai rakyat Malaysia.

Memandangkan perkara ini sangat serius maka dengan ini saya mencadangkan hal ini amat dikehendaki dan perlu disegerakan atas sebab keselamatan Negara kita. Dengan dakwaan Datu Mohd. Akjan bahawa kerajaannya mempunyai ramai orang terutamanya mereka yang berketurunan Tausug bukan sahaja di provinsi Sulu tetapi di sebahagian Pulau Borneo termasuk di Sabah maka ini dengan sendirinya telah menimbulkan tuntutan haknya terhadap Negeri Sabah.
New Page 1
 

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party