Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Mar 7 - Penceroboh hutan simpan Imahit bebas tuduhan kerana hak dari segi NRC

Wajarkah Pairin menidakkan kenyataan Sipaun membela hak rakyat Sabah

TENOM, Mac 12, 2011: Intipati kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika mengulas kenyataan Tan Sri Simon Sipaun bukan sahaja mengejutkan malah mengecewakan banyak pihak khususnya masyarakat KDM kerana kehadiran Pairin kali ini bukan sebagai 'jaguh' politik Sabah sepertimana keunggulan beliau sekitar tahun 1985 ketika PBS mula terjun ke gelanggang politik namun kali ini rentak politik Pairin sudah berubah menjadi 'pak turut'.

Malahan Pairin ketika ini ibarat burung tiong dalam sangkar yang dilatih tuannya berkata kata terpaksa menuruti apa sahaja bentuk perkatan yang disuruh oleh tuannya setiap kali mengeluarkan perkataan..

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Sabtu ketika mengulas kenyataan Tan Sri Pairin yang menyifatkan kenyataan Tan Sri Simon Sipaun dalam seminar UBF baru baru ini sebagai "There's plus and minus" tetapi lebih banyak menidakkan kenyataan Sipaun.

Ekoran ulasan Pairin terhadap kenyataan Sipaun itu menimbulkan banyak kekeliruan malah tidak menyenangkan hati dikalangan kepelbagaian kaum di Sabah yang rata rata menyifatkan kenyataan Pairin itu seolah olah lepas tangan terhadap masalah yang menghantui rakyat Sabah sejak 47 tahun lalu.

Sedangkan rakyat Sabah tegas Jimmy, mereka dahagakan keadilan dan keseimbangan hak asasi dan kuasa otonomi agar direalisasikan sepertimana kewujudan "perkongsian kuasa" antara tiga negeri dalam wilayah Borneo Sabah dan Sarawak ketika pembetukkan Malaysia bersama Malaya sekitar tahun 1963.

Kenyataan Pairin tegas Jimmy, membuatkan rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM mula hilang keyakinan terhadap kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin agung yang disegani dengan harapan beliau mampu mempertahankan hak hak rakyat Sabah sepertimana yang diasaskan didalam 20 Perkara daripada terus dicabuli.

Sebaliknya, Tan Sri Pairin tergamak menempalak kenyataan Tan Sri Sipaun yang mendapat sokongan banyak pihak dan menyifatkannya sebagai suatu kenyataan yang berterus terang dalam sesuatu isu yang mendepani rakyat Sabah yang memerlukan tindakan serius daripada kerajaan Persekutuan.

"Sama ada Pairin tak sedar atau sengaja buat tak tahu keadaan Sabah sebelum merdeka kita semua tidak pasti…tetapi Pairin tentu tahu dan sedar keadaan diSabah ketika ini termasuk masalah pemegang kad pengenalan dan kerakyatan PATI sejumlah kira kira 600,000 pemiliknya…apakah Pairin masih lagi terpinga pinga mengatakan kenyataan Sipaun itu tak betul," tegas Jimmy.

"Sudah tentulah rakyat Sabah sejumlah 3.1 juta tidak boleh ke Parlimen untuk melaporkan masalah PATI diSabah tetapi ia melalui pemimpin pemimpin Sabah tak kira pembangkang atau kerajaan terutama Pairin yang semestinya satu satunya sandaran utama untuk menyuarakan isu tersebut," tambahnya lagi.

Dalam keadaan situasi diSabah yang semakin meruncingkan tegas Jimmy, Pairin harus akur malah sepatutnya bersyukur jika ada lagi suara suara lantang daripada tokoh tokoh lain seperti Tan Sri Sipaun yang sudi bangkit dengan berani membantu beliau dan pemimpin pemimpin lain diSabah untuk meminta Persekutuan menseriuskan pembetulan kepincangan pentadbiran diSabah yang sudah jauh menyimpang dari landasan yang betul.

"Kalau diamati kenyataan Pairin itu yang antara lain kononnya sebarang kepincangan yang berlaku sekarang masih ada ruang untuk dibincang, tetapi Pairin sendiri tahu pelbagai masalah yang sudah dikemukakan kepada Persekutuan untuk dibincang terutamanya masalah kebanjiran PATI diSabah…dan juga pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI tetapi dipandang sepi oleh Kuala Lumpur. Sampai bila masalah ini akan selesai?," tanya Jimmy.

Apa yang menyedihkan lagi tambah Jimmy, Pairin sanggup bersekongkol dengan pihak pihak tertentu untuk menidakkan kenyataan Sipaun walaupun beliau (Pairin) sedar bahawa kenyataan Sipaun itu mempunyai asas dan kebenaran tetapi disebabkan Pairin mungkin terlalu banyak terhutang budi kepada persekutuan menyebabkan beliau menolak ke tepi kenyataan Sipaun dan seterusnya membiarkan masalah yang menghantui rakyat Sabah berterusan.

"Kalau kita tidak mahu menyuarakannya sekarang siapa lagi yang kita harapkan…kalau bukan kita dan apakah kita membiarkan isu Sabah yang sudah menjangkau 47 tahun terus dimomok dengan pelbagai janji manis untuk rakyat Sabah…jawapannya tentunya tidak," tambah beliau. Oleh: Mail Mathew
New Page 1
 

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party