Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Apr 4 - SAPP nafi ada ahlinya sertai PBRS

Rakyat Pensiangan menderita kerana Kurup

1,000 ....Kurup terpaksa angkat langkah seribu kerana mahu diserang beberapa lelaki ketika hari penamaan calon Parlimen Pensiangan kerana didakwa berpakat melakukan penipuan bersama Pengurus Pilihanraya sehingga ramai calon tidak dapat bertanding.

PENJELASAN dengan huraian panjang lebar Kalawon PBRS berhubung kemunduran Sook dan Nabawan 47 tahun lalu bagaikan beliau tidak yakin dan meragui kelibat dan prestasi pemimpin terdahulu, seolah-olah mereka itu dipersendakan mengikut 'interpretasi' yang dicoretkan itu.

Namun kemunduran di masa lalu rakyat di kedua-dua kawasan ADUN iaitu Sook dan Nabawan serta Parlimen Pensiangan sudah mengenalinya; malah sudah difahami mereka keperitan hidup mereka.

Tetapi keperitan hidup seperti itu ia bukan sekadar dirasai Sook dan Nabawan bahkan di seluruh Sabah kerana ketika itu Sabah baru juga terlepas daripada belenggu penjajahan British.

Malangnya selama 47 tahun Sabah bersama Malaya membentuk Malaysia dan Tan Sri Kurup sudah mengguna 28 tahun daripada usianya sebagai 'Wakil Rakyat' Sook dan kini Ahli Parlimen Pensiangan, namun kemunduran masih terdapat di kawasan- kawasan yang beliau pernah wakili.


HADIAH....Inikah hadiah PBRS kepada penduduk Pensiangan?

Contoh paling ketara ialah kemunduran infrastruktur jalanraya masuk ke perkampungan (terlalu banyak untuk disebut), Hospital Nabawan yang pernah dijanjikan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak (Menteri Pertahanan ketika itu) sekitar tahun 1994 masih terbengkalai.

Kurup bernasib baik kerana jalanraya dari Keningau ke Nabawan dan Sepulut dapat dinaiktaraf dan diaspal ketika Kurup sudah berada dalam BN dan atas bantuan UMNO Pensiangan yang melobi projek tersebut di peringkat kerajaan Kerajaan Persekutuan.

Persoalannya, ketika Kurup berada dalam PBS, mengapa jalanraya itu masih tanah merah, licin dan berdebu ketika musim kemarau jika Kurup seorang yang cerdik membangunkan kawasan yang diwakilinya?


CANGKUL....Sepatutnya Kurup yang menyangkul jalan yang tidak dapat dilalui kenderaan ringan ini dan bukannya pembayar cukai yang malang ini.

Ketika rakyat Sabah dalam keadaan kebimbangan dan ketakutan kerana masalah kebanjiran 600,000 PATI di Sabah yang diberi Kad pengenalan dan kerakyatan palsu, tidak pun kedengaran suara-suara lantang Kurup, sama ada di Parlimen mahupun di mana-mana forum kerajaan; kecuali Timbalan Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang kelihatan berani dengan wadah perjuangannya mengusulkan kepada kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI.

Sesungguhnya, kelantangan Bumburing dalam menyuarakan desakan demi desakan beliau kepada kerajaan agar menyahut gesaan rakyat, namun Kurup dalam soal ini telah membisu dengan seribu bahasa. Sedangkan di barisan pembangkang terdiri daripada SAPP, PKR, PAS dan DAP kini bertungkus lumus memungut tanda tangan rakyat menyokong saranan Bumburing supaya KDN segera menubuhkan RCI.

Tentunya rakyat Sabah teringin sangat mahu bertanya bahawa di mana letaknya pendirian Kurup dalam menyelesaikan masalah Sabah yang dikategorikan sebagai 'isu nasional' sedangkan Kurup berada di barisan kerajaan BN.

Sedar atau tidak bahawa isu PATI seramai 600,000 orang adalah merupakan 'ibu segala gala masalah sosial di Sabah malah ia turut membebani rakyat pembayar cukai kerana menggunakan wang itu untuk mengurus PATI'.

Kedangkalan Kalawon PBRS menerima konsep FMU, malah disifatkannya sebagai suatu perkara yang menyusahkan rakyat, juga menunjukkan Kalawon PBRS cuba bermain 'teka silangkata' (crossword) dalam politik, kerana kewujudan FMU bukan diwujudkan atau diluluskan oleh Yong Teck Lee (YTL) berseorangan atau melalui Kisah 1001 malam; malahan kertas kerja/master plan bagi penubuhan FMU telah dibentangkan ketika mesyuarat kabinet negeri yang turut dihadiri dan dipersetujui Kurup ketika itu. Kenapa beliau tidak membantah malah bersetuju. Jadi, Kalawon PBRS mahu salahkan siapa?


TARIK.....Yah! Yah! Tarik, Jangan tak tarik. Tarik sampai Kurup turun.

Sekiranya dakwaan atau andaian Kalawon PBRS merasakan FMU dirancang semata- mata menyusahkan rakyat pada keseluruhannya, Kalawon PBRS sepatutnya menuding jari kepada Konsultan yang merumuskan perkara penubuhan FMU termasuk EPU (Economic Planning Unit) kerana menghasilkan produk yang menyusahkan rakyat dan bukannya petualangan YTL.

Kebatilan Kalawon PBRS yang terus menerus mendabik dada konon Sook dan Nabawan sudah berubah jauh lebih baik daripada dahulu, sudah pasti diakui kerana atas pertolongan BN dan UMNO yang berada di Pensiangan dan bukannya Kurup dan PBRS bersendirian; sebaliknya kemajuan itu terhasil daripada perkongsian kuasa dalam BN yang meliputi UPKO dan UMNO.

Rakyat Nabawan dan Sook telah mengalami sendiri bagaimana keperitan hidup mereka dari segi pengabaian tanggung jawab Kurup dan PBRS menangani masalah jalanraya seperti jalanraya Kg Bonor yang senantiasa bermandi lumpur ketika musim hujan; Kg Lintuhun Baru; Kg Namatan Baru dan Kg Bambangan Baru.

Bentuk senario beginikah yang Kalawon PBRS katakana Sook dan Nabawan sudah berstatus maju?


REDAH.... Pungut Emut dan anaknya terpaksa meredah sungai Ulu Mesopoh kerana tiada jambatan ke kampung mereka. Bagaimana kalau banjir? Apakah Kurup berbahagia jika penduduk kampung menjadi sarapan buaya?


Sejak Kurup menjadi Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, beliau tidak langsung menyuarakan masalah alam sekitar Sabah yang tercemar terutama oleh bateri asid plumbum yang berbahaya dan tidak ada sebarang penguatkuasaan terhadap kuari batu dan pasir secara haram; apatah lagi melibatkan kepentingan isteri beliau di Keningau.

Jabatan Alam Sekitar Sabah hanya menjadi hiasan kerana tidak ada sebarang penguatkuasaan di kawasan pembalakan haram dan halal, terutama yang tidak diluluskan kajian EIA, namun sehingga kini masih beroperasi dan mencemar alam sekitar.

Disebabkan Kalawon PBRS telah mencabar Larry dan SAPP turun padang, kumpulan Komunikasi dan Perancang Strategik SAPP akan melakukan tinjauan secara menyeluruh dan ia bukan sahaja dapat dilihat melalui portal atau media cetak tetapi boleh dilihat melalui Youtube, SabahTV atau SAPPTV supaya apa yang berlaku di sekeliling dapat ditonton secara realistik dan bukan sandiwara.

Selepas ini apakah Kurup akan lari atau melarikan diri daripada Pensiangan atau bersedia kalah di Pensiangan yang sudah 70 peratus dalam genggaman SAPP!

Oleh: Kalawon SAPP
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party