Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

* * * * * * *

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Apr 27 - Ucapan berbahasan ADUN N.16 Luyang

Ucapan berbahasan ADUN N.16 Luyang

Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Bin Hj Mahiruddin pada 21hb April 2011.

Disini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Hj Juhar Bin Hj Mahiruddin atas perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri yang ke-10.

Ucapan tahniah juga kepada Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, atas perlantikkannya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-13.

Seringkali teguran dan pandangan daripada pihak kami di dalam Dewan yang mulia ini dipandang ringan, remeh temeh, tidak rasional, dan dilabel membantah pembangunan, hanya kerana kami wakil rakyat daripada pembangkang. Sebagai wakil rakyat, sudah menjadi tugas kami untuk menyuarakan suara rakyat Sabah dengan jujur dan ikhlas dan seterusnya memastikan segala perancangan dan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dapat memberi manafaat dan kesejahteraan rakyat, secara samarata.

Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang hanya mementingkan keuntungan melalui projek-projek yang dilaksanakan tanpa menghiraukan kesan terhadap alam sekitar, mengancam hak asasi manusia, khususnya rakyat Sabah, dan sekaligus masa depan generasi akan datang, dimana mereka sebagai pewaris Negeri Sabah yang akan menghadapi pelbagai risiko dan kesengsaraan akibat daripada pemimpin-pemimpin yang tidak bertangguungjawab.

Saya pernah mengemukakan usul dalam Dewan yang mulia ini agar pembinaan Janakuasa Arang Batu di Kg. Sinakut Lahad Datu dibatalkan tetapi malangnya telah ditolak. Saya juga telah menyuarakan pendirian dan kebimbangan rakyat Sabah serta bantahan daripada pihak NGO-NGO termasuk penduduk di Kg. Sinakut Lahad Datu, bahawa pembinaan Janakuasa Arang Batu tersebut, akan membawa impak negatif terhadap kehidupan manusia, pencemaran alam sekitar, kemusnahan flora dan fauna termasuklah kehidupan marin.

Saya juga telah mencadangkan supaya kerajaan menggunakan Gas Asli yang kita miliki untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan letrik di Negeri Sabah dan membantah Gas Asli yang terdapat di Kimanis untuk tidak dipaipkan ke Bintulu Sarawak. Pada ketika itu, saya mendapat pelbagai tomahan dan bantahan, daripada ahli Yang Berhormat BN dalam dewan yang mulia ini.

Hari ini kita sedia maklum bahawa kerajaan terpaksa akur, kepada saranan dan bantahan dari berbagai pihak, yang menentang pembinaan tenaga arang batu di Kg. Sinakut Lahad Datu, yang sememangnya bertentangan dengan dasar Green Energy yang diutarakan oleh Perdana Menteri sendiri. Pembatalan pembinaan Janakuasa Arang Batu yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, telah melegakan perasaan dan hati rakyat Sabah, khususnya penduduk Kg. Sinakut di Lahad Datu. Saya difahamkan bahawa pembatalan ini telah mengakibatkan pembayaran pampasan kepada pihak syarikat di Negara China sejumlah RM100 juta. Dalam hal ini saya ingin meminta penjelasan daripada Menteri Kewangan, samaada kos ini benar atau tidak, dan jika benar, siapakah yang akan menanggung kos pembayaranya? Adakah pihak TNB atau pihak kerajaan negeri? Inilah akibat perancangan yang tergopoh-gapah, ringkasnya dengan erti kata yang lain, mungkin boleh disebut sebagai “projek didahulukan, keuntungan diutamakan dan rakyat dibelakangkan” dimana perbuatan dan tindakan adalah bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ada beberapa projek lagi dalam perancangan kerajaan yang mengundang kerisauan penduduk setempat, dimana kampung dan harta benda mereka boleh terancam dan musnah. Diantaranya ialah rancangan Pembinaan Empangan di Kg. Tambatuon Kota Belud, juga termasuk Kawasan Kadamaian, dan satu lagi Empangan Kaiduan di kawasan Papar termasuk kawasan Moyog.

Salah satu projek pembangunan yang saya lihat, bakal membawa masalah kepada rakyat ialah projek pembinaan Empangan Tambatuon di Kadamaian, dalam daerah Kota Belud. Projek yang menelan belanja sehingga RM450 juta itu, didapati mendapat tentangan hebat daripada para penduduk di kawasan sekitar, yang diketuai para penduduk Kampung Tambatuon sendiri. Mengikut laporan SUHAKAM 2010 cadangan pembinaan Empangan ini, tanpa ada perundingan dan konsaltasi dengan penduduk kampung-kampung yang terlibat.

Sepatutnya wakil rakyat Kadamaian harus mempertahankan hak rakyatnya di Kg. Tambatuon yang hidup rukun aman dan damai, bukannya membawa masalah kepada mereka.

Empangan Tambatuon itu, jika dilaksanakan seperti yang dicadangkan, pasti akan menyebabkan para penduduk Kampung Tambatuon akan kehilangan tanah dengan pelbagai hasil pertanian, dan yang amat menyedihkan mereka juga akan kehilangan rumah, yang telah mereka duduki sejak peninggalan nenek moyang mereka.
Dimanakah mereka ini akan pergi apabila rumah yang mereka diami sejak sekian lama, dan tanah yang mereka usahakan sejak beberapa generasi, dengan tanaman pertanian seperti padi bukit, getah dan sebagainya, akan termusnah didepan mata mereka. Dan sekiranya ini terjadi, dimanakah sifat keperimanusian pemimpin-pemimpin kerajaan, terhadap rakyat yang tidak berdaya ini?

Penduduk Kampung Tambatuon dengan sokongan dari para penduduk beberapa buah kampung disekitar Kadamaian, mengadakan beberapa siri bantahan, agar projek yang dicadangkan itu dipindahkan ketempat lain. Kesan bantahan tersebut, Ketua Kampung Tambatuon dipecat. Walaupun Ketua Kampung Tambatuon dipecat, namun para penduduk kampung, tetap teguh dengan pendirian mereka, tidak mahu empangan itu dibina di kampung itu.

Dikatakan Projek Pembinaan Empangan setinggi 340 meter ini di kawasan Kadamaian, adalah untuk menjadikan Kota Belud sebagai jelapang padi bagi Negeri Sabah dan memerlukan peruntukan RM450 juta. Mengapa empangan-empangan yang sedia ada di Kg. Rangalau dan Kg. Tambulion Kota Belud tidak dicadang supaya dinaik tarafkan?

Kampung Tambatuon adalah sebuah perkampungan yang indah dan permai dan kawasan yang berhampiran mempunyai alam sekitar semulajadi yang indah dan berpontesi untuk eco-tourism.

Saya mencadangkan supaya kerajaan sekali lagi harus berhati-hati dan jangan mengambil risiko untuk berbelanja kos yang amat tinggi disamping mendatangkan pelbagai masalah dan kemudaratan kepada rakyat di kawasan Kg. Tambatuon dan persekitarannya. Rancangan projek ini harus dibatalkan dan tidak seharusnya diteruskan.

Cerita-cerita kurang manis seperti kegiatan pelacuran seringkali dipaparkan didada surat khabar, mahupun media portal di Internet, dimana aktiviti tidak bermoral ini, bukan saja melibatkan wanita dari luar Negara malah melibatkan gadis-gadis tempatan.

Laporan media baru-baru ini mengatakan operasi “Ops Sayang” yang dijalankan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen dan Polis telah berjaya memberkas gadis-gadis yang menjalankan kegiatan pelacuran di Lahad Datu. Kes ini tidaklah mengejutkan kita kerana isu ini bukanlah perkara baru. Kes ini samalah juga dengan masalah pendatang tanpa izin, yang dahulunya tidak diambil endah, dan kini ianya menjadi perkara besar dan sudah menjadi masalah Negara.

Dari tinjauan dan maklumat yang diperolehi, bahawa terdapat penglibatan kegiatan pelacuran gadis-gadis tempatan berusia dalam lingkungan 20 tahun yang menjalankan kegiatan yang tidak bermoral ini di Jalan Pantai dan Kg. Air di Bandaraya Kota Kinabalu, dimana terdapat hotel-hotel murah untuk gadis-gadis tempatan ini menjalankan kegiatan-kegiatan mereka.

Gadis-gadis tempatan ini dilaporkan datang bukan saja dari kawasan sekitar dan berdekatan Bandaraya Kota Kinabalu, malah ada yang datang dari jauh seperti Pitas, Kota Marudu dan Kudat. Tiga daerah itu yang terletak di Utara Negeri Sabah merupakan kawasan termiskin bukan saja di negeri ini malah yang paling miskin di Negara ini.

Persoalan utama disini ialah adakah gadis-gadis tempatan itu terjerumus ke lembah pelacuran kerana desakan ekonomi atau akibat keruntuhan moral?

Jika masalah kemiskinan menjadi punca, maka jelas sekali bahawa pentadbiran Kerajaan pada hari ini, ternyata gagal membantu rakyat, terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar dimana kehidupan mereka terus-menerus dibelenggu dengan kesempitan hidup.

Jika rakyat di luar bandar mendapat faedah, hasil dari pembangunan seperti yang seringkali digembar-gemburkan Kerajaan, maka sudah pasti gadis-gadis tempatan ini tidak akan menjual diri dan melakukan kerja-kerja yang tidak bermoral ini.

Gadis-gadis tempatan dari kawasan sekitar dan berdekatan bandaraya Kota Kinabalu, yang turut dilaporkan melacur itu, ada kemungkinannya melibatkan diri akibat desakan hidup, kerana kita sedia maklum, bahawa kemiskinan turut melanda kawasan bandar. Tetapi jika gadis-gadis tempatan dari kawasan bandar atau luar bandar itu melibatkan diri dalam kancah pelacuran akibat keruntuhan moral, maka perkara ini tidak seharusnya dibiarkan, sesuatu harus dilakukan agar masalah ini dapat ditangani dan jangan sampai menjadi masalah besar kepada Negeri Sabah.

Kerajaan seharusnya mencari punca akan keruntuhan moral dikalangan gadis-gadis tempatan ini, kemungkinan berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Jika keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi punca, dan kenapa perkara ini boleh berlaku, maka Kerajaan mesti mencari jalan bagaimana sesebuah institusi keluarga itu boleh bertahan.

Barangkali, kurikulum Pendidikan Moral di sekolah perlu dimantapkan. Pendidikan agama tidak seharusnya menjuruskan hanya Pendidikan Islam sahaja. Saya rasa pendidikan agama-agama lain juga menjadi wajib sebagai satu mata pelajaran diperingkat sekolah. Murid-murid boleh memilih pendidikan agama mengikut kepercayaan masing-masing. Pendidikan agama itu harus diterap dari peringkat awal lagi supaya generasi muda dapat dilengkapi dengan pengetahuan spiritual agar menjadi warga yang baik dan berguna di masa hadapan.

Kerajaan ada menyentuh, adalah menjadi hasrat dan wawasan kerajaan untuk mencapai status Negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, dan menyentuh mengenai Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi juga berperanan sebagai tonggak untuk mencapai matlamat pembangunan Negara, tetapi kita tidak seharusnya melupakan dan mengabaikan akan pembangunan moral dalam menangani masalah sosial ini.

Adakah tinjauan dibuat oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah ini? Dan tidakkah Kerajaan sedar sekiranya perkara ini dibiarkan ia akan menjadi teruk lagi dan kemungkinan gadis-gadis ini akan berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk meneruskan aktiviti mereka, maka kita berharap pihak Kerajaan akan meninjau masalah tersebut dengan lebih mendalam dan terperinci lagi, kerana perkara ini melibatkan gadis-gadis tempatan, dan melibatkan maruah negeri Sabah, kerana mereka adalah sebagai modal insan negeri ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Perseketuan telah mengumumkan pelancaran skim Rumah Pertama-Ku bertujuan memberi peluang kepada golongan muda berumur tidak lebih dari 35 tahun membeli rumah dengan syarat-syarat yang dianggap mudah.

Antara syarat-syarat itu ialah, rumah yang akan dibeli itu mestilah rumah pertama mereka. Manakala, harga rumah itu yang dibina oleh para pemaju perumahan yang menyertai skim itu mestilah berharga sekurang-kurangnya RM100,000 dan tidak melebihi RM220,000 setiap unit.

Para golongan muda yang berminat menyertai skim itu dikatakan akan dapat pinjaman sehingga 100 peratus daripada 25 buah bank yang turut menyertai skim itu. Pembeli atau peserta mestilah mempunyai pekerjaan dan memegang jawatan tertentu selama sekurang-kurangnya enam bulan yang juga merupakan syarat utama skim itu.

Bagaimanapun, saya menerima banyak aduan daripada mereka yang berminat menyertai skim itu, dan antara aduan mereka ialah pemaju perumahan tidak menerima permohonan daripada pekerja swasta. Para pemaju di sini berkata mereka hanya menerima permohonan daripada kakitangan kerajaan sahaja. Apa yang menghairankan ialah, bukankah skim itu diadakan khas untuk kakitangan bukan kerajaan?

Adakah skim Rumah Pertama-Ku itu dikhaskan untuk kakitangan kerajaan sahaja? Jika benar, bagaimana golongan muda yang berumur tidak melebihi 35 tahun yang bekerja dengan syarikat swasta atau bekerja sendiri, dapat membeli rumah pertama mereka dengan pinjaman sehingga 100 peratus? Setahu saya Kerajaan sememangnya sudah ada memberikan skim khas kepada kakitangan kerajaan untuk membeli rumah, jadi tidak perlu lagi mengadakan satu skim baru untuk mereka, maka berilah peluang ini kepada kakitangan bukan kerajaan. Saya berharap kerajaan dapat memberi penjelasan mengenai perkara ini, agar tidak ada timbul kekeliruan dan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan kerajaan dan bukan kakitangan kerajaan.

Memandangkan kenaikan harga minyak membawa implikasi inflasi, dan harga barangan kegunaan harian dan berbagai jenis barangan keperluan kian meningkat termasuk kos rumah. Seorang graduan lepasan universiti yang berpendapatan RM1,600 hingga RM2,500 tidak mampu memiliki rumah sendiri jika diambil kira sara hidup pada masa ini berbanding dengan pendapatan mereka.

Bagaimana pula dengan rumah murah kos rendah yang berharga diantara RM45,000 hingga RM95,000? Adakah rumah jenis ini turut dimasukkan ke dalam skim itu, dan jika tidak mengapa?

Saya sarankan supaya Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) kembali ke objektif asalnya, untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, dan bukan bersaing dengan pihak swasta untuk membangunkan rumah kos sederhana dan tinggi. Jika pihak GLC seperti LPPB tidak membantu membina rumah mampu milik, saya khuatir, sebab tidak ada pihak swasta yang akan membina rumah mampu milik. Kerajaan harus merancang untuk memastikan bahawa golongan berpendapatan sederhana harus juga mampu memiliki rumah sendiri. Jika perkara ini diabaikan dan tidak diambil perhatian, satu hari nanti golongan lepasan universiti pun tidak akan dapat memiliki rumah sendiri.

Tuan Speaker,

Saya berharap saranan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri yang merangkumi semua aspek pembangunan demi kesejahteraan rakyat dapat dilaksanakan dengan secara ikhlas dan jujur oleh semua pihak pelaksana. Tanpa kesungguhan, komitmen dan sistem penyampaian yang sempurna, apa juga rancangan yang diutarakan tidak akan mencapai kejayaan.

Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya mengucapkan “Selamat Menyambut Pesta Ka’amatan” dan dengan izin, “Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan”.

(Oleh Puan Melanie Chia, Ketua Wanita SAPP merangkap ADUN N.16 Luyang)
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2013 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party