Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 May 30 - Tolak politik ekstremis Semenanjung

Tolak politik ekstremis Semenanjung

RAKYAT Sabah perlu menolak politik ekstrimis dari Semenanjung dan kekalkan budaya politik bersifat perpaduan yang sedia ada.

KUNDASANG, Mei 30, 2011: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, parti politik dari Sabah terutamanya SAPP lebih mementingkan perpaduan kerana melaluinya kemajuan dan kesejahteraan dapat diberikan kepada rakyat.

"Tidak seperti parti-parti politik dari Semenanjung Malaysia, mereka bukan hanya memperkenalkan budaya politik ekstrimis tetapi sangat bongkak serta langsung tidak menghormati rakyat Sabah.

"Parti-parti politik dari Semenanjung ini apabila datang ke negeri ini dengan angkuh ingin merampas hak parti dari Sabah walaupun mereka sebenarnya berada dalam satu gabungan.

"Contohnya ialah apabila Naib Presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi ketika merasmikan mesyuarat UMNO Pensiangan baru-baru ini secara terang-terang berkata UMNO akan merampas kerusi Parlimen Pensiangan daripada parti PBRS.

"Ini menunjukkan, pemimpin UMNO dari Semenanjung apabila datang ke Pensiangan langsung tidak menghormati Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup yang menjadi tuan rumah.

"Adakah sopan apabila tetamu secara terang-terang berkata mahu merampas hak milik tuan rumah?" katanya ketika berucap merasmikan Pesta Menuai SAPP peringkat negeri Sabah di sini.

Beliau berkata, rakyat serta para ahli politik Sabah sentiasa mengekalkan perpaduan dan tidak akan sama sekali merosakkannya walaupun ketika berpolitik.

Katanya, rakyat dan para ahli politik Sabah selepas berpolitik pasti akan kembali menjalinkan perpaduan dan ini dapat dilihat ketika meraikan sesuatu perayaan seperti Pesta Menuai atau Hari Raya Puasa atau Tahun Baru Cina.

Teck Lee berkata, rakyat Sabah walaupun berbeza fahaman politik tetapi akan tetap duduk bersama merayakan setiap perayaan yang diraikan di negeri ini.

"Begitu juga para ahli politik di Sabah, saya dijemput dan hadir pada majlis perkahwinan anak Tan Sri Joseph Pairin Kitingan walaupun kami berbeza fahaman politik," katanya.

Beliau berkata, budaya politik ekstrimis dari Semenanjung perlu ditolak dan rakyat Sabah mesti kekalkan perpaduan yang dinikmati selama ini.

Katanya, rakyat Sabah tidak memerlukan konsep seperti 1Malaysia kerana perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini sudah lama terjalin.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansur, berkata perubahan pucuk pimpinan Kerajaan Sabah dapat dilakukan melalui perpaduan rakyat.

"Rakyat Sabah hanya memerlukan pensil untuk menukar kerajaan negeri Sabah daripada Barisan Nasional kepada SAPP pada pilihan raya akan datang," katanya.

Katanya, rakyat Sabah hanya perlu tingkatkan semangat inginkan perubahan sama seperti yang dilakukan oleh rakyat di negara-negara Timur Tengah.

Beliau berkata, rakyat Sabah tidak perlu senjata seperti yang digunakan rakyat Timur Tengah untuk menukar kerajaan kerana pensil sudah mencukupi untuk melakukannya di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Majimbun berkata, perjuangan SAPP sejak dulu lagi ingin memastikan hasil bumi dari negeri ini dinikmati rakyat Sabah dan bukannya dirampas Kuala Lumpur seperti yang berlaku pada masa ini.

Katanya, keadaan itu boleh dibetulkan semula apabila rakyat Sabah berganding bahu dan melakukan perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

Eric selaku Ahli Parlimen Sepanggar berkata, ikatan persefahaman di kalangan rakyat Sabah yang sudah sedia terjalin juga perlu dikekalkan agar keharmonian dapat dikekalkan.

Pengerusi Penganjur Pesta Menuai SAPP peringkat negeri Sabah di sini, Japiril Suhaimin berkata, barisan kepimpinan SAPP yang terdiri daripada pelbagai kaum menunjukkan SAPP bukan sebuah parti perkauman.

Beliau berkata, majlis seperti perayaan Pesta Menuai ini telah diraikan sejak SAPP ditubuhkan pada 1994 samada ketika berada dalam atau di luar kerajaan.

Katanya, perpaduan dikalangan para pemimpin dan penyokong SAPP sekaligus menunjukkan parti SAPP sentiasa mengamalkan sikap toleransi sekaligus diterima rakyat.
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party