Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 June 1 - SAPP to DAP: Show sincerity, Not arrogance

Percubaan DAP dan Bosi lencongkan adat istiadat KDM gagal

Merujuk kepada artikel bertajuk "DAP NODAI KESUCIAN PESTA KAAMATAN" yang tersiar di Portal Sabahkini.net pada Selasa (31 Mei 2011) dan jawapannya daripada Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi menerusi akhbar The Borneo Post keluaran Khamis bertajuk " DAP apologises for Lim's 'harsh' speech but not how Kaamatan dinner organised".

Memandangkan isu yang diketengahkan melibatkan perayaan Pesta Kaamatan yang kononnya berlaku pencemaran adat istiadat perayaan itu begitu menarik dan perlu diperbahaskan menyebabkan saya terpanggil untuk turut serta memberi pandangan sepatah dua kata.

Saya amat bersetuju pendapat Stephen Gaimin Ahli Majlis Tertinggi SAPP yang mempertikaikan cara perayaan Pesta Kaamatan itu disambut oleh DAP dengan tidak mengikuti kehendak yang sepatutnya, meskipun acara kesucian Lagenda 'Huminodun' dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Namun persoalannya antara lain berkisar kepada bagaimana susunatur pengacaraan itu dijalankan yang terdapat banyak cacat celahnya terutamanya ucapan sepatutnya disampaikan dalam Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantara yang wajib, agak malang sekali mengapa ianya disampaikan dalam Bahasa Mandarin.

Sedangkan perayaan itu khusus untuk merayakan adat istiadat suku kaum KDM tambahan pula ianya diadakan diMalaysia dan sebaliknya bukan diluar Negara terutamanya dinegara China yang tentu sekali mengambil kira kesesuaian bahasa Mandarin sebagai pemudahcara penyampaian informasi berhubung perayaan itu.

Tidak dapat dinafikan bahawa penyertaan DAP dalam usahanya mengembangkan adat seni budaya Kaamatan kepada masyarakat kepelbagaian kaum dinegara ini amat dialu alukan namun ianya mengharuskan Bahasa Malaysia sebagai penghantarnya yang mengambilkira kemajmukan kesukuan yang terdapat di Malaysia.

Berhubung dakwaan Gaimin bahawa proses pengendalian keputusan 'Unduk Ngadau' menggunakan kaedah undian berserta dengan bayaran kopun berharga RM5.00 adalah suatu perkara yang ganjil dan sudah terbabas daripada landasan sebenar peraturan dan pengadatan senibudaya perayaan Pesta Kaamatan yang telah wujud sedekad lalu.

Trend baru seumpama ini bukan sahaja amat memalukan kepada segenap lapisan masyarakat KDM yang sudah tentu merasakan seolah olah ianya diperdagangkan malahan ia suatu usaha untuk mencemarkan kesucian Pesta Kaamatan dimata dunia.

Mengenai dakwaan Dr Edwin Bosi (akhbar The Borneo Post) bahawa semua penganjuran pesta tidak ada sesiapa dapat mengelakkan ianya disertai oleh parti parti politik, ia sudah semestinya berlaku kerana dengan cara sedemikian mereka (parti politik) akan dapat memperlihatkan ketelusan dan kebolehan mereka menganjur sesuatu perayaan itu berjalan dengan teratur tanpa melencongkan fakta fakta sebenar sesuatu perayaan itu.

Selain itu, saya amat terkejut apabila Bosi cuba mempertahankan kelemahan mereka (DAP) dengan memperalatkan partinya berbilang kaum sebagai alasan DAP menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa yang digunakan ketika menyampaikan ucapan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Bosi perlu bersikap rasional bahawa amalan pertuturan seharian diMalaysia boleh dikatakan 90 peratus menggunakan Bahasa Malaysia dan selebinya Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Fahamkah Bosi tentang sensitiviti bahasa dinegara yang mempunyai kemajmukan kerakyatan sepertimana yang berlaku di negara ini? Atau Bosi mempunyai agenda lain menidakkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi Negara ini.

Bosi harus bertanya kepada bossnya mengapa Lim Kit Siang dan semua Ahli Parlimen Malaysia dimestikan menggunakan Bahasa Malaysia ketika sessi sidang Parlimen setiap kali diadakan.

Sekian.

Oleh Pemimpin Pemuda SAPP CLC Melalap
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party