Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 June 26 - Illegals and Unemployment in Sabah

Philicica: Sunrise after Tonight

Teks ucapan oleh Philicica Tong, Ahli Exco Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) di Hotel Promenade

Saya amat berbangga melihat yang hadir pada hari ini terdiri daripada pelbagai suku kaum di Sabah dalam dianggap sebagai kaum minoriti atau kaum untuk mencukupkan "korum" Bumiputra agar lebih ramai daripada suku kaum yang lain seperti Cina dan India, kita di Sabah hidup jauh lebih harmoni berbanding penduduk di semenanjung.

Sayang seribu kali sayang, pemimpin negara masih lagi terkontang-kanting memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah kononnya bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep 'Satu Malaysia' yang bermotokan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Umum sedia maklum, slogan ini tinggal slogan, tindak-tanduk mereka pula menceritakan segmen yang berbeza. Pemimpin atas kata lain, pemimpin Perkasa pula mengatakan perkara yang berbeza.

Antara kegagalan utama kerajaan 'Malaysia' dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Buktinya masih berlaku sikap prejudis apabila Suatu bangsa mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun dan mendewa-dewakan ketuanannya.

Konsep ini ternyata gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman di Semenanjung. Malah 1Malaysia ini menjadi konsep murahan dan terus dilelong, sedangkan pada masa yang sama 'mereka' mencantas keperluan dan kehendak kaum yang lain, serta terus bercerminkan imej lapok mereka sebagai pejuang satu 'bangsa' mereka sahaja.

Paling melucukan adalah media milik BN dan UMNO serta kumpulan masyarakat yang digelar PERKASA adalah terlalu membicarakan segala isu dalam rukun bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya seolah terancam, bangsanya yang seolah ditindas, bangsanya seolah dilayan seperti kelas ke-2, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya.

Imej lapok dan konservatif ini gagal dicorakkan kembali dengan imej baru yang mana media BN turut bersikap berat sebelah dan sentiasa bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tapi terus memfokus pada bangsa atau kaum tertentu sahaja.

Sedangkan wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa tidak mereka bicarakan secara telus. Jika adapun hanyalah retorik untuk agenda politik secara bermusim.

Melayu, Cina dan India di semenanjung sangat berbeza, mana mungkin mereka boleh duduk pada kerusi yang sama? Sehingga seorang yang berlainan agama masuk rumah ibadat mereka juga menjadi isu yang tersangat besar. Jika benar adanya toleransi serta semaian rasa kebertanggungjawaban bersama, isu sedemikian boleh selesai dengan mudah. Tetapi mereka sebaliknya mengambil sikap agresif dan menghangatkannya sehingga kepada tindakan membuat laporan polis.

Yang lebih melucukan adalah mereka sebenarnya tanpa sedar menyindir Menteri Pembangunan Wanita Dan keluarga yang dikatakan pakai tudung tak cukup kain.

Kempen 1Malaysia hanya menjadi lubuk duit bagi kontraktor dan sesetengah pihak yang meraih keuntungan untuk membuat baner, tshirt dan baju kemeja. Pengiklanan di telivesyen dan media massa juga sangat merugikan serta menjahanamkan wang rakyat. Sepatutnya wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah. Di Sabah contohnya, masih banyak desa belum menerima bekalan air dan letrik, masih ada jalan yang belum disiapkan, masih ramai kanak-kanak sekolah yang datang kesekolah tanpa memakai kasut, rawatan kepada ibu dan kanak-kanak serta orang tua, wang untuk kempen ini sebenarnya boleh menampung keperluan rakyat.

Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.

Saudara dan Saudari,

Saban hari kita mendengar keluhan kadar sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikkan harga barang, dan perbelanjaan turut meningkat. Individu yang menerima bahang atas situasi ini adalah ibubapa. Apatah lagi dengan beban anak yang belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Bukannya malas, tetapi peluang pekerjaan yang terhad dan pendapatan yang terlalu rendah sehinggakan tidak berbaloi untuk bekerja kerana tiada lebihan hasil pendapatan pada akhir bulan, bah kan pula terlebih perbelanjaan. Maka ramai yang memilih untuk duduk di rumah.

Kadar Pengangguran bukanlah satu isu yang baru, namun apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini khususnya kita di Sabah? Kita mempunyai banyak graduan institusi tinggi dan juga tenaga professional, namun hak kita diperlekehkan. Hak rakyat Sabah yang termaktub dalam perjanjian 20 perkara dalam mengisi jawatan dalam kerajaan hanya dilihat sebagai satu angan-angan atau mimpi di siang hari.

Dalam memohon jawatan dalam perkhidmatan Awam kerajaan, nasib kita belum dapat dipastikan. Ini adalah kerana Kerajaan yang ada sekarang mengamalkan sikap, ada saudara ada kerja. Ada sokongan YB ada peluang. Sehinggakan nak dapatkan kerja dikaunter kerajaan pun sukar. Apatah lagi dengan berita mengatakan setiap kekosongan jawatan di dalam perkhidmatan awam di Sabah dibolot oleh anak-anak dari semenanjung. Inikah yang dibuktikan oleh slogan 1 Malaysia. Dimanakah anak-anak Sabah harus bekerja jika pekerjaan dibumi sendiripun kita terpaksa meluakkan mata melihatnya terlepas begitu sahaja ke tangan belia dari sememanjung.

Dalam pembentangan bajet 2011, saya memetik satu kenyataan yang dibentangkan oleh YB Melanie, dimana Bajet Negeri tidak dinyatakan mengenai sasaran peningkatan pendapatan per kapita Sabah bagi tahun 2011. Sebanyak RM1,023,080.00 diperuntukkan bagi pembiayaan projek-projek utama seperti: pembesaran rangkaian jalan raya dan penyelenggaraanya; sistem kereta api, sistem kumbahan serta pembinaan dan penyelenggaraan bangunan Kerajaan dan lain-lain. Pembiayaan bagi projek-projek ini jelas menampakkan dalam meningkatkan infrastruktur namun, perbelanjaan tersebut tidak kelihatan memberi impak untuk membantu dalam mengubah ekonomi negeri dari segi peningkatan pendapatan ekonomi mahupun membanteras kemiskinan di mana diantara yang tertinggi di Malaysia. Usaha untuk mengubah ekonomi Negeri seharusnya lebih menfokuskan kepada nilai tambah, menghasilkan kekayaan baru, meningkatkan pendapatan rakyat, dan mencipta pekerjaan baru.

Bercakap tentang meningkatkan pendapatan rakyat dan mencipta pekerjaan yang baru, dengan limpahan graduan di pasaran kini, tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan Sabah mempunyai ramai anak muda yang pendidikan tinggi, tetapi menjadi graduan yang berhutang. Belum pun mula bekerja, hutang sudah mendahului. Bagaimana mungkin seorang graduan dapat memulakan kehidupan baru? Ramai graduan yang tidak mampu untuk berdikari, dan takut mengambil risiko kerana hutang sudah menghantui sebelum menghabiskan segulung ijazah.

Saban hari kita mendengar PTPTN mengesan peminjam untuk memungut hutang, siap pula dengan tindakan mahkamah, sekiranya gagal, nama peminjam akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan untuk keluar Negara. Adakah ini satu fenomena yang membina? Ini sangat jelas menunjukkan kerajaan gagal untuk melonjakkan ekonomi Negara untuk meningkatkan pendapatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang setaraf dengan keperluan hidup. Para graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan yang lebih mendukacitakan adalah gaji permulaan adalah lebih rendah sekiranya dibandingkan di Negara yang lain apatah lagi di dalam sektor swasta, kerana tidak ada garis panduan menyatakan majikan dalam sector swasta harus meletakkan sukatan pendapatan mengikut pencapaian pendidikan.

Dan yang lebih mendukacitakan adalah kenaikkan gaji yang sangat rendah. Mengikut statistic, purata kenaikkan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010 mencatatkan 2.6% berbanding purata kenaikkan gaji dunia 3.2%.

Dengan beban hutang PTPTN dan keperluan hidup seharian mempengaruhi keyakinan dan psikologi generasi muda masa kini walaupun digelar graduan, bukankah kita harus melahirkan generasi muda yang berdaya saing di peringkat Negara dan globalisasi? Kerajaan seperti mengiyakan situasi ini dan seperti menginginkan generasi yang hanya akan mengangukkan kepala dan tunduk kepada apa jua yang kerajaan lakukan.

Saudara dan Saudari,

Saya amat tertarik dengan system yuran pendidikan percuma yang dilaksanakan di beberapa Negara. Kita mempunyai pendapatan dari sumber asli seperti minyak dan gas, apatah lagi dengan pemotongan subsidi petrol dan gula. Namun mengapakah kerajaan tidak berupaya untuk melaksanakan yuran percuma di Malaysia? Agihan peruntukan lebih mengutamakan projek-projek MEGA dan mengetepikan kan asset yang penting iaitu, generasi baru. sektor pendidikan menjadi korban dan kos lepas terhadap keutamaan di dalam sektor lain di dalam negara.

Saya memetik kenyataan YB Datuk Eric pada sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini berhubung isu Loji Sinakut, atas kebonkakkan Kerajaan, kita kerugian sebanyak RM70 Juta. Kerajaan telah menandatangani perjanjian awal tanpa menjalankan laporan EIA terlebih dahulu. Persoalannya, kerajaan mempunyai wang untuk membayar pampasan tetapi tidak mempunyai kewangan untuk menampung yuran pendidikan percuma untuk masa depan generasi baru.

Sebenarnya pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Sejak zaman dahulu lagi pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat. Namun Perkembangan dasar Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya. Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland, Scotland, Rusia, Rwanda, Argentina dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar Minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya sahaja.

Jika dibandingkan dengan Cuba, Venezuela dan Argentina, Negara Malaysia yang tergolong dalam Negara dunia ketiga juga mampu memberi pendidikan percumakepada rakyat sehingga peringkat universiti kerana pendapatan Negara kita lebih tinggi jika dibandingkan dengan ketiga-tiga Negara tersebut yang sedang memberi pendidikan percuma. Malah kadar literasi Malaysia lebih rendah iaitu hanya 91.9% jika dibandingkan kepada Negara-negara jiran kita yang pendapatan Negara berlipat kali ganda lebih rendah daripada Malaysia seperti Thailand (94.1%), Philippine (93.4%) dan Indonesia (92.0%).
Pendidikan adalah satu hak asasi manusia, tetapi Pendidikan dijadikan perniagaan sebagai landasan untuk mengaut keuntungan.

Di Negara Barat, Demonstrasi sering dilakukan untuk menuntut pendidikan percuma. Di German, mereka selalu berbangga yang kebanyakan universiti mereka terutamanya universiti awam tidak mengenakan walau satu sen pun yuran pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Di Norway dan Finland, walau pun tidak layak memohon bantuan sara hidup bulanan, akan tetapi mana-mana rakyat luar negara mereka boleh untuk mendapatkan pengajian percuma di universiti awam mereka. Di Scotland, penduduk asal Scotland atau pun mereka yang telah tinggal sekurang-kurangnya 3 tahun di sana akan dikecualikan daripada membayar yuran pengajian universiti. Mereka menggunakan hampir 2 bilion wang rakyat daripada cukai yang pelbagai untuk dibelanjakan bagi membangunkan modal insan kalangan rakyat tempatan.
Apa yang pasti, keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Scotland adalah merupakan komitmen mereka untuk melahirkan generasi terbilang daripada rakyat tempatan mereka sendiri. Bahkan pelajar yang dikecualikan yuran tersebut tidak langsung diikat dengan kontrak yang membebankan.

Di Malaysia, yuran percuma sering dikaitkan kepada biasiswa, akan tetapi graduan yang menerima biasiswa biasanya akan terikat dengan kontrak. Biasanya graduan tersebut akan terus dipanggil untuk bekerja di syarikat yang menaja atau sector awam, namun haruslah menunggu panggilan. Jelas menunjukkan Graduan ini tidak dapat membuat keputusan untuk diri sendiri dan terpaksa mengikut hala tuju yang di arah. Adakah ini yang diingini oleh kerajaan? Sepatutnya melahirkan generasi yang terbilang dan berdaya saing harus lah diutamakan maka Malaysia akan dapat terus membangun di persada dunia.

Saudara dan Saudari,

Kalau dulu, Sabah hanya dikatakan pengenap dalam kemenangan BN dalam pilihanraya umum, kewujudan Sabah langsung tidak dihargai tetapi dilihat sebagai Fixed Deposit, bah kan sehingga hari ini pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur masih lagi dengan megahnya melaung-laungkan Sabah sebagai Fixed Deposit walaupun kita sedar realitinya bahawa kalau bukan Sabah & Sarawak, Pembangkang sudah menjadi kerajaan dalam pilihanraya umum yang lepas.

Pengaruh undi penentu membuktikan dalam pilihanraya sebelum ini, pengundi muda menjadi golongan pengundi yang sukar diramal. Banyak pihak menggambarkan pengundi muda hari ini lebih memihak kepada pembangkang. Di Semenanjung Malaysia pilihanraya ke 12 sudah cukup dapat merungkaikan bagaimana pengundi muda mengalihkan undi mereka kepada pembangkang. Faktor ini juga dijangka akan berlaku pada pilihanraya ke-13 kelak. Status kita sebagai orang muda yang di Sabah juga menggambarkan reputasi sebagai asset penting kepada pembangkang. Ini adalah kerana pada pilihanraya baru-baru ini, kebanyakkan peti undi dimana majoritinya pengundi muda berusia 40 tahun dan ke bawah memihak kepada parti pembangkang. Bukan soal calon yang diutamakan oleh golongan ini, tetapi kehendaknya adalah mereka mahu kerajaan mendengar suara hati mereka. Mereka menyimpan rasa ketidak puashatian melihat scenario yang terus menghimpit golongan muda hari ini. Bagaimana di Sabah, begitu juga barangkali sentimennya di Semenanjung.

Saya mengambil peluang ini, untuk menyatakan bahawa belia-beliawanis perlu cekal, berani dan perlu mempunyai patriotisme yang tinggi kepada negeri sendiri Sabah. Kita perlu mengorak langkah lebih kuat, lebih padu untuk membuktikan bahawa kita mampu mengubah. Parti Maju Sabah adalah sebuah parti yang akan terus berada di Sabah untuk memperjuangkan nasib kita. Senario politik hari ini, berdasarkan materialistic harus kita tolak kerana ianya adalah bersifat sementara. Sukar untuk kita meningkat lebih jauh kerana pemimpin-pemimpin Sabah di dalam kerajaan Barisan nasional terus memekakkan telinga dan pemimpin Putrajaya menidakkan hak kita orang-orang Sabah seperti yang termaktub di dalam perjanjian Malaysia. Bukan sahaja pekerjaan kita semakin susut peluangnya, tetapi peluang kita untuk mendapatkan pendidikan di institusi pengajian tinggi juga semakin merudum. Kita dieksploit dengan gelaran Fixed deposit. Gula-gula politik yang akan terus diberikan oleh Putrajaya.. pemimpin BN Sabah pula pantang dipuji.. bila dipuji dengan gelaran itu, mereka mula kembang dan lupa akan tanggungjawab mereka. Tanah-tanah yang luas terlepas ke tangan syarikat besar. Projek-projek tidak masuk akal, jumlah kosnya tinggi menggunung, lebih tinggi dari gunung kinabalu. Kata orang, dulu kita biasa makan menggunakan tangan, TAPI sekarang orang Sabah terpaksa 'makan menggunakan kaki'. Inilah gambaran betapa buruknya apabila bank Dunia mengiktiraf kita sebagai Negeri paling miskin di Malaysia.

Entah apakah lagi gelaran yang bakal kita terima dikemudian hari sekiranya orang-orang muda tidak bangkit mengundi PARTI TEMPATAN SAPP dalam PRU13 kelak. Kita tidak boleh lagi menoleh kebelakang. Kita harus memberikan peluang dan peluang ini datang hanya sekali. Inilah waktu yang tepat untuk kita tukar kerajaan.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party