Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Jul 4 - SAPP mengenai pilihanraya yang Bebas dan Adil

SAPP mengenai pilihanraya yang Bebas dan Adil

Oleh Datuk Richard Yong

KOTA KINABALU: Isnin, 4 Julai 2011: Bila-bila masa sahaja rakyat biasa akan muncul mengambil bahagian dalam kempen untuk pilihanraya yang bebas dan adil kerana pihak awam telah hilang kepercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang termaktub dalam Artikel 114 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Para pemimpin peringkat kebangsaan Bersih 2.0 seperti peguam Dato Ambiga Sreevanasan dan Harris Ibrahim telah menunjukkan bahawa pilihanraya bukan lagi domain ekslusif parti-parti politik. Di Sabah, pada masa ini kita dapati aktivis generasi baru muda dan berani telah muncul berkempen untuk pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

SAPP menyokong segala usaha aktivis tempatan seperti Atama dan lain-lain yang berkempen melalui Malaysian Civil Liberties Movement (Pergerakan Pembebasan Awam Malaysia) untuk mengetuai kempen Bersih 2.0 di Sabah.

Baru-baru ini, ketika pilihanraya kecil Batu Sapi yang telah diadakan pada 4 November 2010, aktiviti seperti membeli undi dan perlakuan rasuah lain telah dilakukan secara terbuka. Memandangkan ianya adalah satu pilihanraya kecil maka terdapat ramai pegawai penguatkuasa undang-undang dan "pegawai penguatkuasa kempen pilihanraya". Tetapi para pemimpin Barisan Nasional (BN)secara terbuka mengagihkan wang tunai dalam bentuk nota RM100, memberi hamper, komputer dan beraneka pemberian yang di isikan dalam kereta sorong. Aktiviti itu dilakukan di hadapan para pegawai SPR! Para pegawai polis berada dimerata-rata tempat samada di kawasan bandar atau kampung. Semua pihak melihat dengan jelas aktiviti membeli undi itu tetapi apa yang menghairankan ialah pihak polis dan SPR tidak pula nampak.

Ini adalah beberapa kegagalan yang telah menambah kepada hilanganya kepercayaan terhadap kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya.

BN membelanjakan kira-kira RM20 juta pada pilihanraya kecil itu, tidak termasuk projek-projek kerajaan bernilai RM150 juta yang kebanyakannya tidak dipenuhi. Stesyen radio kerajaan telah menyiarkan berita palsu pada hari terakhir kempen supaya pihak pembangkang tidak mempunyai masa untuk menepis kenyataan yang di buat.

Selepas pilihanraya kecil itu, SAPP telah membuat laporan kepada MACC (SPRM) dan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang. Tetapi malangnya, tidak ada satu pun pegawai yang kisah untuk mengambil kenyataan lanjut dari SAPP. Tidak ada susulan yang berlaku dari beberapa laporan yang di buat SAPP itu. Jadi bagaimana rakyat akan mempercayai SPR? Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap SPR, rakyat akan memprotes, seperti apa yang sedang berlaku di Malaysia. Perhimpunan Bersih 2.0 berpunca dari kegagalan SPR dalam menjalankan menerusi tugas perlembagaannya untuk memastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih.

Oleh itu, kami menggesa pihak polis meluluskan permit agar perhimpunan Bersih 2.0 dapat diadakan di Kota Kinabalu pada 9 Julai ini. Pihak polis tidak perlu dimaklumkan lagi bahawa pada 11 Jun lalu beberapa batang jalan disekitar Padang Merdeka telah ditutup bagi mengadakan Pesta Menuai Kebangsaan dan sekali lagi beberapa jalan diutup pada 29 Jun untuk memberi laluan kepada satu jamuan makan malam bersama Perdana Menteri.

Minggu lepas, pesta Jom Heboh dengan Ketua Menteri telah menyebabkan kesesakan jalan raya dan arah laluan di sekitar Kompleks Sukan Likas dan Teluk Likas terpaksa diubah.

Laluan yang akan digunakan oleh mereka yang mengambil bahagian pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kota Kinabalu pada Sabtu petang itu nanti pendek sahaja iaitu dari Padang Merdeka ke Istana Negeri.

Perhimpunan itu nanti mungkin menyebabkan sedikit saja gangguan lalulintas pada laluan berkenaan dan oleh itu tidak ada sebab mengapa ianya tidak boleh diluluskan pihak polis.

Pihak polis tidak sepatutnya mengeluarkan alasan-alasan tidak berasas dan manasabah seperti kononnya perhimpunan itu dipengaruhi "pihak luar" atau berunsur "Komunis". Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah ada ancaman komunis.

Bagaimanapun, yang jelas satu-satunya ancaman pihak luar yang menimbulkan masalah keselamatan di Sabah ialah pendatang asing tanpa izin yang mana pihak penguatkuasa undang-undang telah gagal menghalang mereka daripada memasuki Malaysia.

Datuk Richard Yong ialah Setiausaha Agung (Pengarah Operasi SAPP, 4 Nov 2010, Pilihanraya Kecil Batu Sapi)
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party