Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Jul 23 - Isu papan tanda Sabahtv.net: SAPP saman Mayor

SAPP saman DBKK

Isu papan tanda Sabahtv.net: SAPP saman Mayor

KOTA KINABALU, Julai 23, 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) mendakwa langkah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuka papan tanda di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang sebagai berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan mencemarkan reputasi serta imej Parti itu.

Setiausaha agungnya Datuk Richard Yong We Kong, bagi Pihak parti itu memfail saman terhadap Mayor DBKK kerana cuba menurunkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di premis SAPP di Luyang pada 9 dan 11 Julai, tahun ini.

Writ saman itu difail melalui peguam Tetuan R.M. Marahin & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini Jumaat.

Parti itu memohon Pengisytiharan bahawa undang-undang kecil no 3(1) dan 4 Undang-Undang Kecil (Pindaan) Majiis Perbandaran Kota Kinabalu 1983 ("Undang-Undang Kecil Iklan") tidak tertakluk kepada mereka, yang bukan entiti perniagaan.

Parti itu juga mendakwa notis kedua yang dikeluarkan defendan bertarikh 11 Julai adalah berniat jahat dan tidak betul maka dengan itu batal dan tidak sah.

Parti itu juga memohon Pengisyiharan yang mereka berhak untuk mempamerkan papan tanda No.2 itu di premis mereka sendiri dan Pengisytihalan lanjut bahawa mereka berhak untuk mempamerkan sebarang papan tanda tertakluk kepada tangungjawab defendan untuk membuktikan papan tanda itu mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan/atau mengandungi perkataan atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang Malaysia.

Plaintif juga memohon Perintah kekal yang defendan dilarang daripada menurunkan papan Tanda itu atau mana-mana papan tanda lain di premis mereka, kos berasaskan peguam cara dan Pelanggan serta bayaran lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Yong dalam kenyataannya mendakwa, pada 8 Julai, jam 11 malam Parti itu memasang papan tanda di bahagian atas aras l. premisnya untuk memaklumkan orang ramai bahawa pada pagi esoknya radio dan televisyen dalam talian Parti itu "Sabahtv.net" akan ditempatkan dalam premis itu (Papan Tanda No 2) dan Sabahtv.net, menurut beliau, bukanlah entiti perniagaan, tidak menjana hasil iklan.

Beliau mendakwa, papan tanda No 2 itu menggunakan warna latar kuning terang (turut menjadi baju seragarn Parti itu) dan mempunyai logo Sabahtv.net di tengah-tengah papan tanda itu. Di sebelah kanannya tertulis perkataan "Sabah Bole" bersebelahan dengan perkataan "RADIO" yang berwarna biru dan di atasnya alamat laman sesawang Sabahtv.net dan Parti itu.

Katanya, di bahagian kiri Papan tanda itu terdapat perkataan "Bersih, Berani dan Benar" sebagai aforisme kempen bagi Sabahtv.net, sebagai sebuah radio dan televisyen dalam talian yang bukan membuat untung untuk perkhidmatan awam.

Yong mendakwa, tarikh Pelancaran Sabahtv.net telah ditetapkan pada 9 Julai di premisnya yang pada ketika itu juga perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh lebih 60 pertubuhan awam Malaysia yang dikenali sebagai pilihan raya bersih dan adil di negara ini semakin menghampiri hari Sabtu 9 Julai.

Perhimpunan Bersih 2.0 itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak kumpulan masyarakat Malaysia termasuk Kerajaan. terutamanya berkaitan warna kuning dan perkataan "Bersih".

Yong berkata, sekitar 11.30 malam 8 Julai, beberapa anggota Polis berpakaian biasa datang ke Premis mereka dan berlaku selepas bertanyakan beberapa soalan berkaitan Papan Tanda No 2 itu.

Padi hari berikutnya, 9 Julai sekitar 9.30 pagi, Yong mendakwa, defendan datang ke premis mereka tanpa sebarang notis dan mendesak mereka menurunkan Papan Tanda No.2 itu serta merta, jika gagal mereka akan menurunkannya sendiri.

Bagaimanapun, defendan tidak melaksanakan ancaman mereka untuk menurunkan Papan Tanda No.2 itu sendiri setelah plaintif menjelaskan yang tidak ada sebarang notis dikeluarkan defendan kepada plaintif maka tidak ada asas bagi permintaan tersebut.

Pada sekitar 2.30 petang pada Isnin, 11 Julai, defendan datang ke Premis plaintif membawa Notis bertarikh 11 Julai (Notis pertama) dan meminta Papan Tanda No.2 itu diturunkan serta merta atas alasan tidak ada lesen dikeluarkan untuk papan tanda itu.

Yong mendakwa, Parti itu telahmempamerkan papan tandanya tanpa lesen oleh defendan di Premisnya sejak 1994 dan terdapat dua lagi papan tanda di atas aras bawah dan aras dua di premis Parti itu (Papan tanda No.1 dan No.3).

Yong mendakwa pada waktu-waktu penting, pada 11 Julai, defendan mendakwa walaupun semua tiga papan tanda plaintif adalah tanpa lesen dan mereka menuntut untuk mengalihkan cuma Papan tanda No.2 dengan segera bersama pegawai penguatkuasaannya dan sebuah jentera bomba untuk Jabatan Bomba dan-Penyelamat dan dan bukan dua lagi Papan tanda No.1 dan No. 3.

Beliau mengulas lanjut bahawa apabila defendan menuntut untuk pengalihan segera hanya untuk Papan tanda No.2, peguam cara plaintif mengemukakan surat bertarikh 11 Julai kepada defendan sebagai maklum balas kepada Notis Pertama yang mendakwa desakan untuk menanggalkan segera papan tanda No.2 menyalahi prinsip keadilan dan hak asasi kepada plaintif.

Plaintif mendakwa defendan mengeluarkan notis kedua pada hari sama kepada mereka dan mendesak atas dasar sama bahawa cuma Papan tanda No.2 perlu ditanggaikan dalam tempoh 14 hari dari 11 Julai dan tarikh tutup Notis N0.2 adalah pada 2 Julai.

Plaintif memberikan alasan bahawa Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (pengiklanan) 1983 tidak termaktub kepada entiti bukan komersil seperti jabatan kerajaan, organisasi bukan kerajaan, persatuan berdaftar, parti-parti politik dan lain-lain dan entiti bukan komersial adalah tidak diwajibkan untuk memohon lesen bagi menunjukkan papan tanda mereka seperti yang dikehendaki oleh undang-undang kecil no.4 Undang-Undang Kecil Pengiklanan.

Plaintif kemudahan mengemukakan melainkan terdapat bukti untuk menunjukkan mana-mana papan tanda boleh membahayakan orang awam dan/atau mengandungi kata-kata atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang, tanggungjawab yang mana ke atas defendan, defendan tiada hak untuk memohon dan menguatkuasa Undang-undang Pengiklanan ke atas entiti bukan komersil.

Plaintif mendakwa tuntutan dan ancaman oleh defendan untuk menanggalkan cuma Papan tanda No.2 adalah berniat jahat (mala fide), bermotifkan politik dan bertu- juan untuk mencemarkan reputasi dan kebajikan parti itu secara terbuka.
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party