Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

Check Your Voter Status Now....Vote for Sabah Vote for SAPP!

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride

Sabah TV
Follow Sappmedia on Tweet
Borneo Herald
A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

--------------

This is the start, not the finish of our journey

SAPP president Yong Teck Lee accepts his first electoral defeat in 8 outings, and vows to continue his 'Sabah for Sabahan' struggle.

"Yes, this is my first defeat in Batu Sapi. But our party values number six as it means 'resilience'. You fall, and you get up again,"

"You will fight and fight until you win, until you achieve autonomy for Sabah and a better deal for Sabah."

Send us yours to publish

2011 Aug 9 - Dua saman kerajaan sebab gagal laksana Borneonisation

Dua saman kerajaan sebab gagal laksana "Borneonisation"

KOTA KINABALU, Ogos 9, 2011: Dua penduduk Sabah pada Isnin mengemukakan saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

Bekas anggota polis Bernard Fung Fon Chen, 70, dan Mohd Nazid Maidan Dally, 36, yang bekerja sendiri, menfail saman itu melalui peguam Peter Marajin di Pendaftar Mahkamah Tinggi pukul 10 pagi.

Fung dari Kota Kinabalu dan Nazib dari Sipitang menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah yang Kerajaan Persekutuan telah gagal dan/atau cuai mempercepatkan dan melaksanakan sepenuhnya Pemborneonisasian perkhidmatan awal persekutuan di Negeri ini.

Mereka juga memohon pengistiharan Kerajaan Negeri telah gagal dan/atau cuai mengambil perundangan seperti itu, melaksanakan dan/atau bertindak seperti apa yang diperlukan dalam melanjutkan dan untuk melaksanakan sepenuhnya jaminan, perjanjian dan syor berkaitan dengan Pemborneonisasian perkhidmatan awam persekutuan di Sabah.

Plaintif seterusnya memohon pengisytiharan yang defendap pertama telah gagal dan/atau mengabaikan nasihat Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 153(2) Perlembagaan persekutuan untuk memastikan reservasi bagi anak negeri Sabah seperti jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama telah gagal melahsanakan sepenuhnya jaminan dan syor khusus dalam perenggan tujuh Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) bahawa Ketua Menteri Sabah harus dibawa berunding sebelum Kabinet Persekutuan menasihatkan Yang Di PertuanAgong tentang reservasi jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan untuk anak negeri Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan yang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui pemansuhan Artikel 161A(3) pada 1971 adalah ultra vires dengan Artikel 161E(2)(d) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan pada 1971 itu tidak mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan yang penduduk dan anak negeri di Sabah mempunyai jangkaan yang sahih bahawa Pemborneonisasian perkhidmatan persekutuan di Sabah dilaksanakan dengan segera dan sepenuhnya, kos dan penggantian lain.

Kedua-dua Fong dan Nazib merujuk kepada Perjanjian Malaysia bertarikh 7 Julai, 1963, Akta Malaysia 1963, laporan IGC 1962, Memorandum 20 Perkara dan Memorandum Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia mengenai Malaysia yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold dan Perlembagaan Malaysia dalam saman mereka.

Pendengaran terhadap saman itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi pada 10 Oktober tahun ini.

Fung, yang meletakkan jawatan sebagai Inspektor pada 1980 setelah berkhidmat dalam pasukan polis selama 13 tahun, men- dakwa dia meletak jawatan kerana kecewa dan patah semangat kerana walaupun mempunyai kelayakan, dedikasi dan kerja keras, beliau sering diketepikan apabila berlaku kenaikan pangkat ke jawatan Asisten Superintenden Polis dan beliau juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja di negara ini.

"Walaupun ada kekosongan dari semasa ke semasa di Sabah dan tempat lain di Malaysia, tetapi jawatan itu sering sahaja diberikan kepada para pegawai dari Semenanjung Malaysia sedangkan terdapat orang yang layak seperti saya dan lain-lain dari Sabah yang boleh mengatasi kekosongan tersebut.

"Sebagai warga dari zaman pra-Malaysia, saya berpeluang memfailtindakan ini terhadap kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana gagal memenuhi perjanjian dan jaminan yang dibuat terhadap Sabah pada 1962 dan 1963 oleh para pemimpin Malaya dan jabatan penjajah British untuk melaksanakan Pemborneonisasian mengikut dasar dan keperluan perlembagaan.

Oleh Jo Ann Mool
New Page 1

Malaysian Insider

WikiSabah

Free Msia Today

SAPP Policies

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [Bahasa Malaysia] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [Bahasa Msia][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

Issues affecting Sabah on..

Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Malaysia and Development in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Twenty points safeguard
20 Perkara
SAPP's Eight (8) Points Declaration
Schedule 9 (Legislative Lists) of the Federal Constitution
Malaysia Agreement of 9 July 1963
Restore Sabah's right to appoint JCs, says SLA
SAPP's 14 point memo in 2006
Ex-Sabah minister: Review 20-point agreement
First City in the World Without General Hospital
Supply Sarawak power to Sabah...




SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....



Copyright (C) 1996-2009 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party