Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Aug 21 - Penduduk Melalap sokong SAPP tumbangkan BN

Penduduk Melalap sokong SAPP tumbangkan BN

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

TENOM, Ogos 21: Rakyat dikawasan Mukim Melalap digesa agar menilai sendiri bagaimana kesudahannya janji janji pemimpin pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika mereka berkempen pada PRU12 yang kononnya mereka akan menjadikan cadangan status pekan kecil Melalap menjadi kenyataan apabila BN menang dan kembali memerintah negeri ini selepas itu.
Bagaimana pun PBS dan BN kini sudah kembali berkuasa tetapi tidak pun kelihatan janji janji mereka tertunai meskipun kerajaan BN hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dibubarkan untuk menghadapi PRU13.

Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Tahunan parti itu bagi Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan pada Ahad yang dihadiri kira kira 60 orang terdiri daripada ahli dan penyokong SAPP dikawasan itu.

"Apa sudah jadi dengan janji janji BN konon mahu bikin pekan kecil, bina sederet kedai, bina Sekolah Menengah dan juga SDC atau Koridor Pembangunan Sabah yang konon konon mahu menjadikan Melalap sebagai pesat membangun dari segi ekonomi…apa jadi sekarang macam janji tarang bulan juga," tegas Jimmy.

"Dengar cerita lagi…Datuk Radin Malleh mahu bersara dalam politik selepas menghabiskan penggal yang dia menang tanpa bertanding untuk tahun 2012-2014. (Jadi)…kalau sudah bersara macam mana sudah itu janji untuk pekan kecil Melalap atau mungkin pengumumannya itu satu sandiwara politik lagi," tambah Jimmy disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Jimmy yang juga merupakan Ketua CLC Melalap dan Kemabong seterusnya berkata, pemimpin pemimpin BN khususnya PBS sanggup berbuat apa sahaja bentuk pendustaan kata kata kepada rakyat asalkan parti itu dapat membantu rakan karib mereka UMNO untuk terus hidup subur dibumi Sabah.

"PBS dan Pairin bukanlah mereka yang pernah kita sokong dahulu sekitar tahun 1985 dimana PBS mula mula menumbangkan kerajaan diktaktor Parti Berjaya…sebaliknya Pairin dan PBS sekarang sudah jauh berubah untuk mencapai matlamat asalnya," ujar beliau.

"Kalau dulu mereka lantang bersuara membela hak asasi rakyat Sabah termasuk isu PTI dan kad pengenalan tetapi sekarang mereka terus senyap malah langsung tidak bersuara lagi," jelas Jimmy lagi sambil kesal bahawa PBS merupakan satu satunya parti tempatan tetapi gagal menangani masalah PTI diSabah.

Dalam pada itu, Jimmy turut menyelar ketelusan pemberian program e-kasih dimana ianya memberi ruang terbuka luas untuk aktiviti penipuan dikalangan pemohon sepertimana yang berlaku sekarang bahawa kebanyakkan pemohon yang diluluskan layak menerima adalah golongan mereka yang berkemampuan malah mereka yang berstatus PTI pun dapat.

Beliau berkata, perjuangan SAPP memerlukan sokongan padu daripada segenap lapisan rakyat diSabah untuk tampil bersama sama parti itu untuk menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi Umno pada PRU13 pada masa akan datang ini, kerana hanya dengan berbuat demikian segala masalah penyelewengan, pemanipulasian ekonomi dan isu pengusiran PTI akan dapat dibanteras dengan sewajarnya.

"Jika kita terus berpeluk tubuh tidak mahu menyertai perjuangan SAPP bagi membersihkan pelbagai masalah salah laku yang dicetuskan kerajaan BN, maka selagi itu keadaan tidak akan berubah malah akan bertambah parah lagi," tegasnya.

"SAPP merupakan sebuah parti tempatan dimana wadah perjuangannya adalah semata mata untuk menuntut kembali hak hak asasi kita sepertimana yang termaktub didalam 20 Perkara termasuk mahu mengembalikan hak kuasa otonomi yang ada pada pada kita suatu ketika dulu iaitu semasa pembentukan Malaysia bersama Sarawak dan Malaya pada tahun 1963," tambahnya lagi.

Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan Flavius Robert menjelaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat bangkit berjuang bersama SAPP untuk mengembalikan hak hak asasi negeri ini yang kian terhakis, dimana jikalau rakyat tidak dengan sendirinya bertindak siapa lagi yang harus ditunggu dan diharap untuk membetulkan kepincangan itu.

Tegasnya, janganlah mengharapkan wakil rakyat BN untuk bersuara membela rakyat sedangkan janji janji pembangunan seperti menaiktaraf jalanraya, membaiki kerosakan jalanraya termasuk bantuan warga emas kena menunggu bertahun tahun untuk diambil perhatian.

"Kita difahamkan bahawa kerajaan Sabah selain tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai pembangunan tetapi satu masalah lagi dimana kerajaan negeri terpaksa mendapat arahan atau keizinan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dimulakan. Mana sudah slogan PM…Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," tegas Flavius.

Selain itu, terdapat keraguan penduduk setempat yang menerima maklumat mengatakan bahawa sekiranya SAPP ditakdirkan menang dalam PRU13 diperingkat negeri, tidak akan memberi impak yang berkesan jika tidak bersepakat dengan PR yang akan membentuk kerajaan pusat kelak.

Bagaimana pun sumber maklumat itu tidak dapat disahkan namun ianya dapat dijelaskan oleh rombongan SAPP yang menyifatkan itu sebagai satu dakyah pihak lawan (BN) yang menakut nakutkan penyokong SAPP supaya mereka berperasaan tawar hati untuk menyokong SAPP berdasarkan andaian maklumat itu.

Apa yang sebenarnya berlaku bahawa isu tersebut merupakan satu persepsi semata mata sedangkan sebelum ini pun empat negeri di Semenanjong telah dikuasai pembangkang (Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang) tidak mengalami masalah pentadbiran namun dari segi prestasi kepimpinan kerajaan pembangkang jauh lebih baik daripada dulu sewaktu BN memerintah.
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party