Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Aug 27 - Sabah a training ground for new recruits

PBS bukan parti KDM

Oleh Peter Marajin

Kita biasa terdengar beberapa isu-isu politik di kawasan Kota Belud (di Kadamaian khasnya) yang ditimbulkan oleh sebilangan pihak yang berkepentingan (dan mungkin juga oleh orang-orang yang tidak berkepentingan tetapi suka menimbulkannya). Isu-isu ini, mungkin juga relevan di kawasan-kawasan lain di Sabah, seperti berikut:

ISU No. 1 – "Kita KDM Tidak Harus Mengenepikan PBS Dalam Pilihanraya Akan Datang Sebab PBS Adalah Parti KDM. Jika PBS Kalah Maka KDM Akan Kehilangan Parti Sendiri Di Sabah"

Komen saya: Pertama, PBS sebenarnya bukanlah parti Kadazandusun Murut. Hanya kebetulan sahaja PBS diketuai oleh seorang KDM. Jika kita lihat perlembagaan parti PBS kita tidak akan melihat satu ayatpun yang mengatakan PBS adalah parti KDM. Itulah sebabnya keahlian dan kepimpinan PBS adalah terdiri dari golongan Bumiputra Islam, Bumiputra Bukan Islam dan Cina. Ini bermakna PBS adalah sebuah parti berbilang kaum dan bukan parti KDM seperti yang disalah sangka oleh sebilangan pihak.

Kedua, walaupun parti ini adalah parti KDM atau diketuai oleh seorang KDM, parti ini sangat jelas telah gagal menaikkan mertabat bangsa KDM di mata rakyat di Negara ini. Cuba kita lihat disekeliling kita, kaum KDM lah yang termiskin di Sabah (mahupun di Malaysia). Hanya baru-baru ini kita membaca bagaimana seorang perempuan KDM di Kota Marudu melayari hidup yang sangat perit di bumi yang diberkati dengan kekayaan hasil yang banyak dan kaya.

Orang KDM sahaja di Negara ini yang pernah membunuh diri kerana kemiskinan walaupun dia hanya berumur 12 tahun (masih ingat Dony di Kinarut?). Orang KDM sahaja yang kehilangan beribu-ribu ekar tanah nenek moyang mereka kerana di "rampas" oleh syarikat gergasi di luar Sabah.

"Rampasan" ini bukan sahaja dibuat oleh syarikat besar tetapi kadang-kadang oleh agensi yang disokong Kerajaan. Ingat baru-baru ini sahaja Begaraya dinasihati tidak teruskan projeknya yang beribu ekar di Kota Marudu. Orang KDM menjadi mangsa dalam perkongsian tidak adil dalam perbahagian jawatan dalam perhidmatan Awam (kita pernah mendengar formula 40:40:20 tetapi sehingga sekarang tidak dilaksanakan).

Orang KDM terhimpit dibumi sendiri dengan kehadiran lebih sejuta pendatang haram dari Negara jiran dan diberi kad pengenalan dan disenarai sebagai pengundi, diberi keutamaan dalam semua bidang dan sektor ekonomi. Orang KDM diberi tempat yang kecil dalam pengajian tinggi di Negara ini.

Orang KDM dipinggirkan dalam pemberian pembangunan infrustrktur seperti jalanyara yang beraspal. Cuba kita lihat kawasan Kadamaian sahaja sebagai contoh.

Berbanding dengan Usukan dan Tempasuk kebayakan jalan di kampung-kampung di Kadamaian masih dalam tahap dan keadaan yang lebih kurang seperti dalam pemerintahan British dulu, walaupun kita sudah ‘merdeka’ 48 tahun. Dan terlalu banyak lagi kegagalan untuk dimuatkan dalam ruangan FB yang terhad ini. Soalnya, masih lagi kah kita berbangga dengan PBS, sebagai parti KDM?

Ketiga, saya rasa kita kenalah buka minda sedikit dan mula berfikir bagaimana kita cuba ubah keadaan ini tanpa bergantung harap dengan PBS lagi. Kita cuba bayangkan hidup ini tanpa PBS. Orang Amerika, British, Australia, Jepun, Korea Selatan dan Negara-negara maju yang lain tidak terkongkong dengan satu parti (walaupun parti itu dianggap parti "orang/bangsa kita"). Mereka pintar, mereka senantiasa sedar bahawa penubuhan Kerajaan adalah di tangan mereka.

Jadi, mereka ganti Kerajaan dengan tidak mengundi parti yang memerintah yang gagal memenuhi kehendak rakyat dan mengundi parti lain pula iaitu pembangkang. Dan jika parti pembangkang tadi yang mengambilalih Kerajaan tidak lagi dapat memberi yang terbaik untuk rakyat, mereka undi lagi kembali parti yang mereka singkir dari Kerajaan sebelum ini.

Dengan begini setiap Kerajaan yang baru ambilalih akan hanya berusaha bertungkus-lumus berkhidmat untuk RAKYAT dan bukan untuk SAKU sendiri. Tiada rasuah, tiada salahguna kuasa, tiada menipu rakyat, tiada membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya dan sebagainya. Bukankah ini bagus untuk kita contohi?

Ayuh, kita cuba ini dalam pilihanraya akan datang! (…….Bersambung dengan ISU No. 2, stay tuned).
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party