Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Sep 3 - Adakah Sabah sebuah negeri merdeka di Malaysia

Adakah Sabah sebuah negeri merdeka di Malaysia

Oleh John Stephen Dionysius

(Disebabkan permintaan ramai, artikel yang sebelum telah dikeluarkan dalam Bahasa English telah diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia untuk tatapan umum. Walau bagaimanapun jika ada kemuskilan atau percanggahan maksud atau fakta artikel Bahasa English adalah digunapakai)

Melalui kehidupan normal yang kita lalui, Sabah baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September. Persoalan sekarang ialah di manakah Sabah akan tujui selepas tarikh ini. Sebagai seorang belia Malaysia di Sabah, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dan ingin membawa rakyat Sabah kembali ke hari-hari terawal Malaysia dan bertanya sama ada Sabah sudah benar-benar sebuah negeri merdeka dalam Malaysia selepas 48 tahun dijajah British.

Saya ingin memberi senario di sini:

Orang telah bertanya sama ada Sabah menyertai atau membentuk Malaysia? Saya memberitahu mereka bahawa tidak akan ada Malaysia tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak. Adakah Malaysia wujud pada 31 Ogos 1957? Jawapannya ialah TIDAK. Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 apabila Sabah dan Sarawak bersama-sama dengan Tanah Melayu (Malaya) membentuk MALAYSIA.

Sejak itu, Sabah telah menjadi apa yang sehingga hari ini dari negeri terkaya kepada negeri termiskin di Malaysia. Selama 48 tahun Sabah telah terlalu bergantung kepada kerajaan Persekutuan dalam apa jua perkara yang mendatang demi kepentingan masa depan Sabah terutama dalam segi politik dan ekonomi. Dalam erti kata lain, masa depan negeri Sabah terletak di tangan Persekutuan dan bukannya rakyat Sabah. Mereka memutuskan apa yang terbaik untuk Sabah tetapi tidak melalui hasrat / suara rakyat Sabah.

Semasa pembentukan Malaysia, Sabah adalah sangat muda, baik, merendah diri dan naif yang cuba untuk belajar merangkak serta rapuh, tetapi kini selepas 48 tahun Sabah telah melalui satu peredaran transformasi bukan sahaja orang dewasa tetapi sebuah negeri yang cukup matang dan atas sebab-sebab itulah, Sabah kini perlu sedar dan bangkit dan menyebarkan kepada setiap orang di Malaysia tahu bahawa Sabah boleh mengurus dan mengendalikan diri sendiri tanpa campur tangan langsung daripada Malaysia Barat. Apa yang menyedihkan kita ialah pemimpin-pemimpin semasa dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya pemimpin pemimpin parti yang mewakili masyarakat KadazanDusunMurut (PBS, UPKO dan PBRS) terlalu lemah dalam meletakkan setiap harapan dan masih terus mengekalkan status quo membiarkan Persekutuan memimpin dan membuat keputusan.

Apa yang saya maksudkan dengan gangguan daripada Malaysia Barat?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pentadbiran negeri telah diletakkan di bawah satu pentadbiran pusat tetapi dengan status tidak ada kuasa di tangan pemimpin Sabah untuk melaksanakan kehendak-kehendak politik dan ekonomi. Dalam erti kata lain, Sabah sebenarnya telah hilang autonomi sejak pembentukan Malaysia yang datang dari Federalisme. Fakta sebenar tentang Federalisme dan Penjajahan ialah kedua-duanya tidak ada beza sama sekali. Ia adalah sama tetapi hanya satu jenis istilah yang berlainan digunapakai. Pada masa lalu, kita tidak terlupa tentang apa maksud autonomi kerana kita memiliki kekangan orang –orang yang berpelajaran untuk memahami hak-hak sebenar kita.

Sekarang kita sudah mempunyai lebih ramai orang yang berpendidikan tinggi dan dilengkapi dengan pengetahuan serta kesedaran tentang apa yang berlaku kepada hak-hak kita yang jelas dinyatakan dalam pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963. Sebenarnya kita tidak kehilangan apa-apa terma di dalam Perjanjian Malaysia tetapi kerana keenganan Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi dan mematuhi Perjanjian Malaysia. Adakah Persekutuan melanggari perjanjian yang ditandatangani di antara Sabah, Sarawak dan Malaya pada tahun 1963 kerana tidak memenuhi dan mematuhi kandungan perjanjian itu? Sehingga hari ini rakyat Sabah masih mempersoalkan kesahihan Perjanjian Malaysia 1963 kerana klausa di dalam perjanjian itu digubal meliputi Singapura dan Brunei di mana Singapura telah ditendang keluar sementara Brunei tidak menandatangani perjanjian itu.

Satu contoh terbaik ialah pelantikan Ketua Menteri adalah hak negeri tetapi kini ia telah menjadi satu kehilangan besar maruah kepada Sabah dan oleh itu kita berhak dan berkeras untuk menuntutnya kembali. Poin 13 Perjanjian Malaysia menyatakan bahawa "Kerajaan Negeri: a) Ketua Menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Undangan; b) Maka hendaklah satu sistem kerajaan yang betul di North Borneo (Borneo Utara)". Tidak pernah disebutkan bahawa majlis perundangan negeri perlu bersetuju bahawa pelantikan Ketua Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan bertarikh 21 Julai (berita harian tempatan), Datuk Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan juga menteri bertanggungjawab bagi pendidikan negeri telah mendakwa bahawa sistem pendidikan kita telah hilang autonomi dan menggesa Persekutuan menyerahkan beberapa kuasa Kementerian Pelajaran dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said pula bercakap tentang memberi kerajaan negeri autonomi pendidikan. Di bawah Poin 20 Perjanjian Malaysia 1963, Poin 15 dibaca sebagai "sistem pendidikan yang sedia ada di Borneo Utara hendaklah dikekalkan dan atas sebab ini ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan". Ia telah dinyatakan dengan jelas bahawa keistimewaan pendidikan sentiasa di bawah prerogatif dan bidang kuasa negeri ini sejak pembentukan Malaysia. Tiada persoalan meminta, memberi dan mendesak tetapi adalah menjadi perkara prinsip utama bagi Kerajaan Persekutuan untuk mematuhi dan memenuhi apabila ia telah pun termaktub di dalam perjanjian itu. Ini adalah sebab mengapa sebahagian besar guru-guru muda berijazah di Sabah pada hari ini tidak diberi sebarang peluang latihan, penyelenggaraan dan lantikan dalam jawatan tetap. Jika hari ini, Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan bahawa Sabah adalah negeri autonomi maka Datuk Masidi Manjun akan menjadi Menteri Pendidikan pertama Sabah dan pada masa yang sama gelaran Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri akan dinaikkan taraf sebagai Yang Di - Pertua Negara dan rakyat Sabah pasti akan merasa sangat bangga dan juga penghormatan tertinggi. Poin 18 Perjanjian Malaysia dibaca sebagai "Nama Ketua Negara: Yang Di - Pertua Negara" yang bermaksud dan membawa kepada status yang sama rata kepada Ketua Negara.

Saya ingin menyebut juga pada bulan Julai 2011, dua rakyat Sabah dengan nama Bernard Fung dan Nazib Maidan telah memfailkan saman terhadap persekutuan dan kerajaan negeri kerana gagal untuk memenuhi Borneosasi di bawah Poin 8 Perjanjian Malaysia 1963 dan ia masih menunggu dalam proses penghakiman daripada mahkamah sama ada saman itu berasas atau sebaliknya. Poin 8 dibaca sebagai "Borneosasi: Borneosasi perkhidmatan awam perlu diteruskan secepat mungkin." Ia memerlukan hati yang berani dan patriotik bagi rakyat Sabah dalam mengharungi peperangan yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat Sabah dan rakyat perlu menyanjungi pengorbanan mulia mereka itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kini terdapat lebih ramai orang yang berpendidikan dan sedar betapa pentingnya Perjanjian Malaysia perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan marilah kita memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan mereka kerana ia adalah kita, anda dan saya dan semua rakyat Sabah yang harus bersatu kerana kita mempunyai kewajipan untuk melindungi hak kita dan jika gagal maka Sabah yang akan kerugian akhirnya.

Kemungkinan ramai yang sudah lupa, oleh itu marilah kita menyedarkan mereka akan lagu kebanggan negeri Sabah iaitu "SABAH TANAH AIRKU". Terdapat dalam baris lagu ke 6 mengatakan "MERDEKA SEPANJANG MASA" dan baris 8 "SABAH NEGERI MERDEKA". Sama ada seseorang itu sedar atau tidak kedua-dua baris kata-kata yang sangat kuat itu memberi makna yang dalam sehingga menusuk ke jantung patriotik rakyat orang Sabah. Perkataan ini membawa makna bahawa Sabah merupakan sebuah Negeri Merdeka. Jika frasa lagu ini diitafsirkan dengan betul, maka Sabah sepatutnya merdeka dalam semua aspek dan Sabah harus mentadbir dan membuat keputusan apa yang terbaik untuk negeri ini untuk seratus tahun akan datang. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah, selama 48 tahun kerajaan Persekutuan masih terus menerus memberitahu kita apa yang harus dan tidak harus dilakukan oleh Sabah. Akibat daripada amalan ini dan sebagai balasan kepada segala pembangunan yang telah diperolehi, Sabah bukan sahaja kehilangan autonomi malah kehilangan segala-galanya termasuk semua tanah, laut, kekayaan semula jadi sumber negeri seperti minyak dan gas, kayu balak, minyak sawit, kehilangan pekerjaan, hasil negeri dan senarai itu berterusan dari hari ke hari dan bulan ke bulan yang mana tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah keseluruhannya terutamanya di Sabah di mana kemiskinan yang masih meluas berbanding dengan negeri - negeri lain di Malaysia. Pada bulan Julai 2011, Sabah menerima satu lagi tamparan dan kejutan apabila kehilangan perwakilan tunggal sebagai lembaga pengarah dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Jawatan yang dipegang selama ini telah disingkirkan selepas perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia menjadi kenyataan. Nampaknya sangat jelas bahawa segala keistimewaan yang telah diberi kepada Sabah selama ini kini telah ditarik balik tanpa pengetahuan dan merujuk daripada negeri ini. Adakah sesiapa terfikir apa yang akan berlaku kepada Sabah jika keesokan hari semua sumber asli yang kini dinikmati Sabah telah habis hasilnya? Apa yang tinggal untuk dinikmati oleh generasi Sabah yang akan datang?

Di manakah para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya PBS, UPKO dan PBRS yang mendakwa telah memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah apabila rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mereka? Mengapa Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tidak membuat pendirian mengenai perwakilan tunggal Sabah dalam MAS? Mengapa Tan Sri sebagai "Huguon Siou" pemimpin utama mengenai isu-isu pribumi tidak membuat pendirian terhadap kes-kes rampasan tanah yang sangat berleluasa di Sabah pada masa ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional di mana lebih daripada 1000 kes telah berlaku berbanding dengan negeri lain seperti Johor, Selangor dan Pahang seperti yang telah dilaporkan oleh Jennifer Lasimbang, Pesuruhjaya Suhakam (yang dilaporkan di DE bertarikh 9 ogos 2011). Apakah pendirian Presiden PBS, UPKO dan PBRS mengenai saman terhadap kerajaan negeri dan persekutuan oleh dua rakyat Sabah mengenai Borneonisasi? Pendirian Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri yang kedengaran adalah mengenai peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air seorang menteri persekutuan yang ketara menyebelahi menteri tersebut walaupun terdapat rayuan mendalam daripada orang-orang Sabah.

Adakah Tan Sri Pairin jahil atau sengaja ingin melupakan bahawa Sabah adalah negeri termiskin dengan 40% kemiskinan di negeri ini datang daripada masyarakat KDM yang mana meletakkan beban yang lebih berat kepada kumpulan etnik bumiputera ini selain kenaikan harga dan kos hidup yang semakin meningkat.

Amalan Federalisme melalui politik dalam membuat keputusan ini mesti dihentikan dan ia adalah sebab utama mengapa Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri dari Barisan Nasional dan mengorbankan segala faedah dan manfaat mereka dalam kerajaan untuk menjadi pembangkang dan terus berjuang demi kebaikan rakyat Sabah dan percaya bahawa kuasa rakyat perlu kembali ke Sabah melalui "Autonomi". Sama ada anda suka atau tidak, Sabah secara langsung masih terkena bahang penjajahan persekutuan melalui parti-parti berasaskan semenanjung seperti UMNO/BN sejak penjajahan British dan minda kita masih belum mendapat kemerdekaan. Sabah kini perlu mula mempercayai bahawa kita boleh mentadbir dan menguruskan Negeri di Bawah Bayu ini dengan sumber-sumber semulajadi yang luas tanpa gangguan langsung daripada persekutuan dengan mengambil contoh daripada dua negara kecil iaitu Singapura dan Brunei yang dapat menguruskan ekonomi dengan baik disamping mata wang yang kukuh.

Jika anda masih ingat, saya telah menulis satu artikel (Perkara ini Tiada berlaku seperti di Sarawak: DE September 16, 2010) mengenai masa depan parti-parti tempatan dan fakta menyebut bahawa Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak telah menolak permintaan Tun Musthapa untuk mengembangkan UMNO ke Sabah semasa pembentukan awal Malaysia dan bahawa masa depan politik Sabah dan Sarawak adalah lebih baik diputuskan oleh parti - parti tempatan yang berasaskan konsep Perikatan Nasional. Selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 perubahan landskap politik yang amat besar dan ketara telah berlaku apabila kali pertama Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2 / 3 di Parlimen dan Pakatan Rakyat (PR – parti - parti komponen yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS berasaskan parti semenanjung) berusaha keras untuk menakluk Malaysia Timur untuk melenyapkan UMNO / BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan datang dengan memperkenalkan sistem dua parti untuk menghadapi Barisan Nasional sekaligus memastikan mereka dapat menawan Putrajaya dan ini diramal secara langsung sebagai berniat menghapus dengan tidak bekerjasama atau menjejaskan parti-parti pembangkang tempatan, satu contoh terbaik ialah SNAP dalam Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini. Untuk rekod, sistem dua parti di Sarawak dianggap satu kegagalan apabila bukan bumiputera berada dalam pembangkang manakala bumiputera dalam kerajaan.

Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dan membentuk kerajaan penjajahan Federalisme ini dijangka akan berterusan. Dengan landskap politik semasa yang telah mengalami perubahan, cadangan SAPP untuk memperkenalkan formula "Satu Negara Dua Sistem" adalah jawapan tepat. Melihat kepada senario politik di Malaysia dengan mengambil contoh Hong Kong yang telah dikembalikan kepada China pada 1 Julai, 1997 dan mendapat autonomi penuh dalam semua perkara kecuali hal ehwal luar negara dan pertahanan. Untuk rekod, berdasarkan Perjanjian bersama Sino British (China British) (1984) dan Undang-undang Asas, Hong Kong akan mengekalkan sistem politik, ekonomi dan kehakiman dan akan terus mengambil bahagian dalam perjanjian antarabangsa.

Memetik kata-kata hikmah Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman dalam pembentukan dan kelahiran Malaysia, "Aspek penting Malaysia Ideal, seperti yang saya lihat, ia akan membolehkan wilayah-wilayah Borneo untuk mengubah status mereka daripada jajahan British" kepada kerajaan sendiri" untuk diri mereka sendiri dan dalam pada masa sama KEBEBASAN MUTLAK dalam Malaysia. Hari imperialisme telah berlalu dan Malaya tidak berniat untuk mengekalkan atau memulihkan imperialisme itu. Apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian daripada Malaysia, mereka akan terhenti menjadi tanah jajahan Malaya, Mereka akan menjadi rakan yang SAMA TARAF, tidak ada lebih mahupun kurang daripada negeri-negeri lain "(Straight Times, 2 Oktober, 1962). Adakah kata-kata ini mempunyai apa-apa makna kepada kepada rakyat di negara ini terutamanya di Sabah?

Saya ingin membuat kesimpulan mengenai persoalan awal saya sama ada kita telah mencapai kemerdekaan atau tidak selepas 48 tahun. Saya telah memberi senario dan menjemput dan mengalu-alukan semua ahli politik, ahli akademik, wartawan, NGO, ahli sejarah dan rakyat Sabah untuk menyuarakan dan berharap anda boleh menganalisanya.

(Nota: Negeri-negeri lain merujuk kepada Sabah, Sarawak, Malaya dan Singapura)
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party