Main Bahasa Malaysia 中文版 Donate Search Archive Membership
Home | Organisation | Background | Women Movement | Youth Movement | GKB Club | Photo Gallery | Write to Us |

... Parti Maju Sabah (Sabah Progressive Party) .... United We Build, Together We Progress in Gabungan

Put your views, comments on how to help Sabah regain its pride


SabahTV Radio Live

Follow Sappmedia on Tweet

Borneo Herald

A little contribution goes a long way

Message

Yong Teck Lee: "This is my promise to you, that our struggle continues and I will always be by your side"...."Trust and integrity of the leaders are fundamental to the future of a country or a government or, in our case, SAPP as a serious political party of the future"

------------

Send us yours to publish

2011 Aug 27 - Sabah a training ground for new recruits

Apakah pencapaian kita boleh banggakan untuk Pairin?

Oleh Peter Marajin

Kita pernah terdengar beberapa isu-isu politik di kawasan Kota Belud (di Kadamaian khasnya) yang ditimbulkan oleh sebilangan pihak yang berkepentingan (dan mungkin juga oleh orang-orang yang tidak berkepentingan tetapi suka menimbulkannya). Isu-isu ini, mungkin juga relevan di kawasan-kawasan lain di Sabah, seperti berikut:

Isu No. 2: “TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN (‘PAIRIN’) ADALAH SUMBER PERPADUAN BANGSA KDM. BAGAIMANA BANGSA LAIN DAN PEMIMPIN-PEMIMPIN BANGSA LAIN BOLEH MENGHORMATI PAIRIN JIKA KDM SENDIRI TIDAK MENGHORMATI PAIRIN?”

(Nota: Ungkapan di atas pernah dilafazkan sendiri oleh YB Datuk Herbert Timbun Lagadan pada ucapannya di perasmian Pesta Kaamatan peringkat Mukim Kelawat di Balairaya Kg. Pangi, Kelawat, Kota Belud pada 06 Jun 2010).

Komen saya: Pertama, perghormatan rakyat terhadap seseorang pemimpin itu adalah datangnya dari kebanggaan hati yang ikhlas oleh rakyat kerana pemimpin terbukti telah berbakti dengan jujur kepada rakyat. Penghormatan itu bukanlah diberi kerana dia adalah seorang pemimpin dan dengan itu dia mesti dihormati.

Kedua, haruskah KDM menghormati Pairin selama-lamanya walaupun beliau tidak lagi berupaya menjadi sebagai seorang pemimpin yang dihormati di mata orang KDM? Ramai dikalangan orang KDM sekarang menganggap Pairin bukan lagi seorang wira KDM seperti yang pernah mereka lihat dalam perjuangan politiknya kira-kira 20 tahun yang lalu. Beliau sekarang nyata gagal meneruskan aspirasi perjuangan KDM sebagai antara bangsa yang maju dalam bumi mereka iaitu Sabah yang kaya-raya ini. Beliau sekarang tidak lebih dari menjadi seorang “figure head” kepada orang KDM dengan gelaran Huguan Siou pada dirinya, tetapi gelaran itu tidak berupaya langsung menaikkan mertabat bangsa KDM di mata bangsa lain di Negara ini.

Ketiga, jika rakyat KDM yang dianggap oleh YB Herbert sebagai tidak menghormati Pairin, beliau sepatutnya menudung jari terlebih dahulu kepada Dompok, Kurup dan yang lainnya kerana tidak setia dan tidak menghormati perjuangan Pairin dengan meninggalkan beliau pada 1994 dan bersekongkol dengan Political Masters di KL untuk menjatuhkan Pairin dan PBSnya. Yang anihnya pula ialah Pairin dan YB Herbert tidak sedikitpun merasa terkilan dengan ketidak-hormatan Dompok, Kurup dan yang lain itu terhadap Pairin tetapi sekarang sama-sama pula bersekongkong dengan Political Masters yang menjatuhkannya pada 1994 untuk meneruskan dasar-dasar yang memudaratkan orang KDM dalam jangka masa panjang di Sabah (sila lihat antara perkara yang saya sebutkan dalam Isu No. 1 dalam posting saya sebelum ini).

Keempat, sebagai seorang pemimpin politik veteran KDM (sejak dari tahun 1976 dan sekarang hampir setanding dengan Gaddafi atau Mubarak dari segi rekod dalam politik) apa yang kita orang KDM boleh banggakan sangat dengan pencapaian Pairin untuk orang KDM? Hampir sukar dilihat dengan mata kasar. Orang KDM masih merempat dengan kemiskinan di bumi sendiri yang sangat kaya. Pencapaian KDM dalam bidang pelajaran, professional dan perniagaan masih terlalu rendah. Sebagai bangsa yang hidup menerokai tanah orang KDM tidak mempunyai ladang kelapa sawit yang besar berbanding dengan bangsa lain, kecuali sebagai pekebun kecil (itupun tanah NCR dari nenek-moyang mereka di “rampas” tanpa belas kasihan oleh pihak tertentu). Terlalu jarang kita lihat orang KDM yang telah berjaya dalam bidang perniagaan (pengusaha, pemaju, financer dan sebagainya). Orang KDM tidak ramai mempunyai gedung-gedung dan bangunan-bangunan komersial. Sebagai Presiden KDCA yang sudah begitu lama memegang jawatan itu seharusnyalah KDCA memain peranan penting dalam usaha membantu orang KDM meningkatkan juga ekonomi mereka selain dalam memajukan kebudayaan. Lihat sahaja persatuan USIA yang mempunyai misi yang besar untuk ahli-ahlinya dalam usahanya dibidang komersial sehingga terdirinya atas hartanya gedung “1 Borneo” sekarang. KDCA pula, selain bangunan yang ada sekarang, apa aktiviti perniagaan yang diusahakannya? Kita semua masih tertanya-tanya dan tercari-cari sehingga sekarang. Sedangkan rumah-rumah kebudayaan di kawasan tapak bangunan KDCA hanyalah digunakan sekali setahun, walaupun sudah berkali-kali dibincangkan semenjak 20 tahun yang lalu tentang jenis aktiviti perniagaan di rumah-rumah kebudayaan tersebut.

Jadi, persoalannya ialah apakah pencapaian Pairin dalam tempohnya sebagai pemimpin KDM selama ini yang boleh kita banggakan dan seterusnya menjadi satu sebab KDM harus menghormati beliau?

(…… Bersambung dengan Isu No.3 - jangan kemana-mana!)
New Page 1

SAPP Policies

SAPP's 17 point Manifesto - Sabah deserves better in terms of more equitable distribution of opportunities, in social, economic and infrastructural development and a better quality of life. [BM][Chinese]

SAPP's Economic Plan for Sabah - SAPP aims to achieve economic prosperity and financial self-reliance for Sabah. Version in [BM] [Chinese]

SAPP's Land Reform Policy - To promote and protect the rights and interests of local natives and other citizens in Sabah [BM][Chinese]

On Oil Royalty - SAPP is not giving up its struggle for more oil royalty payment for Sabah.

SAPP's Eight (8) Points Declaration - Whereas our mission is to establish a trustworthy govt and a progressive ...

SAPP's 14 point memo in 2006 - Time for Direct Preventive Actions

SAPP Constitution (booklet)

Our Sabah..

Books on ....
RCI Report on Immigrants in Sabah
The Birth of Malaysia
Malaysia Agreement Article 1-11
The Original Agreement of Malaysia
Heroes of Kinabalu 神山美烈誌
Schedule 9 of the Federal Constitution

more on ...
Twenty points safeguard
20 Perkara
Illegals & IC issues
Bernas Monopoly
No to coal-fired plant
Sabah Gas pipeline
3 million acres oil blocks ceded
The Formation of Msia & Devt in Sabah
Proclamation of Msia 1963...details
Restore Sabah's right to appoint JCs,
Ex-minister: Review 20-point
Supply Sarawak power to Sabah...
Sedition Act 1948
Continental Shelf Act 83 (1966)
Petroleum Development Act 144 (1974)
Petroleum Oil Agreement (1976)

More....


SAPP bid to discuss Sabah claim rejected
Take action against anti-Malaysia elements
Call for Philippines Consulate in Sabah
Get the RM1 billion and solve the QEH debacle
SAPP's objection of coal-fired plants in Sabah
SAPP: Explain the RM 601 loan to KL company
The missing billion ringgit "special grant"
SAPP on SEDIA Bill 2009
SAPP supports the call for the abolishment of Cabotage Policy
Probe illegals having Mykad also
Political Autonomy for Sabah
Sabah Schools still awaiting share of RM30 million
Special fund: Eric wants ACA probe
Oil royalty: SAPP not giving up
Scrap Bernas monopoly on rice
More News in Search Archive.....

------------------------------------------------------- More Updates -----------------------------------------------------------------



Copyright (C) 1996-2015 Sabah Progressive Party (R) All Rights Reserved
Pages maintained by Sabah Progressive Party